CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 51047|Reply: 27

‘Ini bukan kali pertama, datanglah bincang’ – Pengerusi Mara, Asyraf Wajdi

[Copy link]
Post time 15-12-2024 02:29 PM | Show all posts |Read mode





SEBERANG PERAI – Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki mengulangi gesaannya terhadap pelakon Rozita Che Wan,51, atau lebih dikenali sebagai Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy,28 agar hadir membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.


Beliau berkata, prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan susulan kegagalan Che Ta melunaskan hutang dalam tempoh tujuh tahun.


“Ini bukan tindakan mahkamah kali pertama, ini sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah kepada Mara dan bincang.


“Paling penting juga, bayar balik pinjaman yang dibuat sebab ia sudah berlarutan sejak tahun 2017,” katanya selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang 2024 di Pusat Konvensyen PICCA Butterworth Arena yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di sini, hari ini.


Difahamkan, selebriti itu masih belum tampil bertemu pihak MARA untuk berbincang mengenai penstrukturan dan penjadualan semula pinjaman berjumlah RM960,000 dibuat syarikat milik pelakon itu, RCW Worldwide Sdn Bhd.


Sumber -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 02:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi mementang retis..siap ajak dtg berbincang even jelas culas n berduit tp malas byr hutang piutang
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 02:57 PM From the mobile phone | Show all posts
L.U.S.M replied at 15-12-2024 02:48 PM
Amboi mementang retis..siap ajak dtg berbincang even jelas culas n berduit tp malas byr hutang piuta ...

tak rasa sbb retis kot..mmg MARA bleh je gi bincang..tapi tu la, iols rasa pentadbiran Mara ni jenis murah hati kot..nak2 zaman dulu..pinjaman belajar even cgpa 2.8 @ 2.9 pun bleh convert jadi scholarship..semalam lalu kat Threads, org tu citer  loan study under MARA dia dulu 1.3juta (kos medik kot)..dia cuma bayar 1persen je..maknanya 13000 je la dia bayar balik..kemurahan hati pihak MARA dulu2, menyusahkan pentadbiran skrg..efek jgk pd generasi skrg yg nak belajar..ntah berapa ratus juta @ billion la agaknya dah terbazir gitu je..
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by L.U.S.M at 15-12-2024 04:29 PM
exclusive_vvip replied at 15-12-2024 02:57 PM
tak rasa sbb retis kot..mmg MARA bleh je gi bincang..tapi tu la, iols rasa pentadbiran Mara ni jen ...


Bincang sebelum kes dpt penghakiman Mahkamah tu normal

Klu dh level sitaan lepas tu dh dpt Judgment Sum tak normal la nyah..tu namanya double standard...


apa guna bwk smpi court klu semata2 nk suruh turun bincang..ingat hire lawyer utk dptkn order court tu 500 ke..berpuluh ribu klu dah smpi level sita ni

Patut mara jadikan kes ni landmark Kes bahawa mereka mmg xpilih bulu..tegas jlnkn tugas..pegang duit amanah rakyat kan
Dh dpt penghakiman terus proceed recovery of debt la..xbuat boleh kena contempt of court

Jgn smpi Kes nekta ni jadi precedent kes2 culas byr hutang yang lain xterkesan dgn perintah court siap buat dek je alasan masih "boleh bincang"

Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 04:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Cheta ajak A Wajdi bincang kat rmh dia
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Smpi pengerusi mara buat press statement suruh dtg mara. Ko rase? Malu teruk woii
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-12-2024 05:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Lavish kemain. Hutang x bayo. Kalau bayar sikit2 pun boleh je. Mara terima je
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 05:33 PM | Show all posts
B40 berlagak T20 begini lah jd nye
Dah b40 tu buat lah cara b40
Xpayah berlagak mcm org kaya


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-12-2024 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Cemana agaknya Che Ta bincang?

Mesti bingit dan banyak huruf Q ( huruf ghain bagi Che Ta)

Qeta aku hampa sita? Hampa nak diskas lagu mana lagi? (Qeta = gheta = harta)
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 06:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 15-12-2024 06:30 PM

Kosser aku perempuan yang takleh differentiate huruf Q and Ghain pun dapat sejuta. Jual inai aje pulak tu. Ke ada jual lain?

Kosser aku Mara. Tu pasal jangan main cable. Kena telus la loan belajar ke loan business ke. Macam pakai kabel aje siap dapat sejuta lagi. Merapik sungguh la.

Harap AW boleh jelaskan apa kriteria business Che Ta sampai dapat sejuta tu. Tanggungjawab tu terhadap rakyat jelata.
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 15-12-2024 02:57 PM
tak rasa sbb retis kot..mmg MARA bleh je gi bincang..tapi tu la, iols rasa pentadbiran Mara ni jen ...

Dah guna duit mara 1.3 juta
Lepas tu x nk berkhidmat dgn rakyat
Pg jd influencer
Atau bisnes sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 07:33 PM From the mobile phone | Show all posts
takyah ajak berbincang la...benda dah lepas tarikh luput pun.
gesa suh bayar lumpsum je. pastu plak sudah2 la org beso mara buat stetmen khas utk retis sangkak tu je. nmpk sgt institusi pinjaman membelai2 penghutang, dah katanya kali ke2 tindakan mahkamah ni, sakan ye ms yg first time buat toya je ke blh lagi tnjuk lavish lifestyle.
ada la tu kwn2 dia tlg bukak tabung
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nama pung hutang
Gi la bayo wei
Buat malu je anak2 nak gi sekolah ke atau.tempat kerja kena perli.haha
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 08:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ecah skolah private atau international?
Reply

Use magic Report

Post time 15-12-2024 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
adam sokong bukit che ta

alif, ba, ta, sa, jim, ha, kho, dal, zal, ro, zi, ta, che, wan
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 08:29 AM From the mobile phone | Show all posts
panggil media sekali mane tau yg xbyr terbuka hati nk byr
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-12-2024 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
nak dtg pakai cantik2
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 08:42 AM From the mobile phone | Show all posts
exclusive_vvip replied at 15-12-2024 02:57 PM
tak rasa sbb retis kot..mmg MARA bleh je gi bincang..tapi tu la, iols rasa pentadbiran Mara ni jen ...

Ini betul. MARA memang ajak bincang. Yang penting, dia nak tengok usaha kita dalam membayar hutang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by lightheaded67 at 16-12-2024 08:58 AM

ke deme acik2 mara bg loan sbb nengokkan gaya cheta tu, dia mampu bayar balik
tp ekceli bukan isu tak mampu, tp isu takmo
huhu
(tp mcm tah pape jugak, sbb smua dh dewasa dh tua. buat kputusan hidop, elok2 sikit la)
Reply

Use magic Report

Post time 16-12-2024 09:04 AM | Show all posts
proceed jer lah apa2 yg patut. x perlu dah kot bincang2. dari 2017 plak isu berlarutan. udah2 lah bg muka rasanya.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054657 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list