View: 48908|Reply: 23
|
[Tempatan]
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
[Copy link]
|
|
Tidak boleh jual daging babi, makanan tidak halal di pasar malam - MBSA
NORAFIZA JAAFARNORAFIZA JAAFAR
10 Disember 2024 09:57pm
Video tular di TikTok isu penjualan daging babi di Pasar Malam Setia Alam.
SHAH ALAM - Seorang wanita mempersoalkan tindakan peniaga menjual daging babi secara terbuka di Pasar Malam Setia Alam di sini.
Isu itu ditularkan individu berkenaan menerusi video berdurasi 30 saat di aplikasi TikTok pada Isnin.
Video itu memaparkan keadaan dalam pasar malam berkenaan dengan sebuah gerai menjual 'pork crispy'.
Wanita itu mendakwa, makanan tidak halal itu dijual di pasar malam yang turut terdapat peniaga muslim berniaga di lokasi sama.
"Kita nampak ada peniaga jual 'pork' secara terbuka. Kalau nak ikutkan tak boleh," katanya pada video dikongsikan beserta #majlisbandarayashahalam.
Perkongsian itu menimbulkan kekeliruan dalam kalangan pengguna media sosial yang bertanya sama ada operasi perniagaan itu merupakan satu kesalahan.
Terdapat juga antaranya yang berpandangan penjualan makanan itu tidak menjadi masalah kerana pasar malam itu terdapat dua bahagian iaitu operasi perniagaan halal dan tidak halal.
Bagaimanapun Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Mohd Azhar Mohd Sharif ketika dihubungi memberitahu, penjualan daging babi tidak boleh dilakukan di kawasan terbuka terutama di kawasan pasar malam.
Mohd Azhar berkata, ia termasuk makanan tidak halal seperti ditetapkan dalam syarat perniagaan pasar malam di bawah MBSA.
"MBSA tidak mengeluarkan sebarang kebenaran atau lesen bagi tujuan itu. Kemungkinan peniaga ini berniaga tanpa lesen.
"Jabatan pelesenan sedang menyemak isu ini. Jika peniaga mempunyai lesen, lesennya akan ditarik balik.
"Jika tiada lesen, MBSA boleh mengeluarkan kompaun di bawah undang-undang kecil penjaja," katanya.
Jelasnya, bagi jualan daging babi, peniaga hanya dibenarkan beroperasi di kawasan dikhususkan dan pasar tertutup.
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 10-12-2024 04:15 PM
E eh sejak bila?
Zaman aku stadi dulu lek2 ja penjual jual babi kicap masak panggang segala di pasar malam kat Semenanjung tu. Tu sekitar 20 tahun dulu.
Fast forward 2024, tetiba tak boleh ya? Takut partikel2 dari babi tu dibawa angin tersebar pi nasik lemak jualan cik Kiah ya? Atau masuk dalam rongga hidung pehtu masuk dalam darah persis makan coklat cadbury yang difitnah hado babi sapa makan masuk dalam darah, dulu2 |
|
|
|
|
|
|
|
Bau babi salai wangi ya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Shah Alam darul Taliban! |
|
|
|
|
|
|
|
Masa iols study di Melaka dlm 27 tahun dulu memang kerap ke pasar malam. Area iols tinggal memang majoriti orang cina dan tuan rumah sewa pun cina. Majoriti yang berniaga pun iols tak boleh beli melainkan buah-buahan,barang-barang plastik dan vcd haram. Waktu bersesak-sesak tu ada la lalu depan gerai yg salai daging ke apa tah. Macam daging yg nipis-nipis bentuk empat segi tu. Mungkin itu babi kot. Bila lalu terpaksa la hadap asap benda tu.
Late 1990s. Good old times.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by dua_chzy at 10-12-2024 05:01 PM
ultra78 replied at 10-12-2024 04:35 PM
Masa iols study di Melaka dlm 27 tahun dulu memang kerap ke pasar malam. Area iols tinggal memang ...
Tu dendeng babi. Aku lupa nama dia dalam Mandarin. Rou kan je aku ingat (nama makanan tu - ni tak ingat bahasa apa. Kantonis kot). Rasa dia manis. Versi halal guna ayam.
Ni masa CNY sangat laku. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 10-12-2024 04:35 PM
Masa iols study di Melaka dlm 27 tahun dulu memang kerap ke pasar malam. Area iols tinggal memang ...
Dah ingat. Nama Mandarin, bakkwa.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Bakkwa
Ada resepi halal kat Youtube. Aku pernah jumpa orang niaga kat Sabah (halal homemade). |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-12-2024 12:56 AM
Tu dendeng babi. Aku lupa nama dia dalam Mandarin. Rou kan je aku ingat (nama makanan tu - ni tak ...
Rou gan kot. Bahasa mandarin. Bak kwa dalam bahasa Hokkien. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_almondpecan replied at 10-12-2024 05:00 PM
Rou gan kot. Bahasa mandarin. Bak kwa dalam bahasa Hokkien.
Iya. Rou gan. Tapi meols taip rou kan sebab sebutan gitu. |
|
|
|
|
|
|
|
DNA babi panggang asap terbang terbang hinggap murtabak kedai sebelah kah |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-12-2024 01:00 AM
Iya. Rou gan. Tapi meols taip rou kan sebab sebutan gitu.
Eh baru perasan uols taip rou kan. Mata kita kabur nampak rou saja haha. Sorry... |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 11-12-2024 06:37 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
dua_chzy replied at 11-12-2024 12:58 AM
Dah ingat. Nama Mandarin, bakkwa.
https://en.m.wikipedia.org/wiki/Bakkwa
Oo..itu nama dia. Mcm snek la. Patut la laku kat pasar malam tak kira musim perayaan ke tak. Tapi tak taula skrg masih boleh berniaga ke tak. Mungkin tengok lokasi. Tempat majoriti cina tiada orang ambil kisah. Tempat ramai melayu mcm Shah Alam banyak la pantang larang. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 10-12-2024 10:37 PM
Oo..itu nama dia. Mcm snek la. Patut la laku kat pasar malam tak kira musim perayaan ke tak. Tapi ...
Pasar malam tempat aku selalu pi dulu kawasan mixed race punya kejiranan. So babs pun lek2 je dijual di situ. |
|
|
|
|
|
|
|
Selama iols pi pasar malam, tak pernah jumpa org juai daging or produk khinzir.. |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-12-2024 12:13 AM
E eh sejak bila?
Zaman aku stadi dulu lek2 ja penjual jual babi kicap masak panggang segala di pasa ...
Kt semenanjung ni tgk area la sis
Kalo dlm kes ni kt setia alam / shah alam, majority mmg meleis
Tp kalo ko pi pasar malam cina kt tmn connaught kt cheras, pasar malam cina kt jinjang, kepong, takde sapa nk bising pun kalo ada yg jual
Harap maklong |
|
|
|
|
|
|
|
aik bukan sll boleh je ke, esepecially kalau pasar malam tu majority cina.. yg melayu nk bitter sgt kenapa? masa kekecik dulu sll je gi pasar malam kawasan cina.. xde plak rasa termakan babi ke hapa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tp betul la kan, pasar malam melayu cina bleh meniaga,pasar malam cina, sorry la melayu nk boleh niaga..so kalau pasar malam yg mix ni, rasenye xleh niaga terbuka mcm ni |
|
|
|
|
|
|
|
felinecat replied at 11-12-2024 10:39 AM
Tp betul la kan, pasar malam melayu cina bleh meniaga,pasar malam cina, sorry la melayu nk boleh nia ...
Tak boleh ke? Kena sekat kartel? Ke peniaga Melayu takmau meniaga sana? Tapi banyak je Melayu buka gerai kat kedai cina. Gerai nasi lemak, gerai satay, gerai nasi campur. |
|
|
|
|
|
|
|
cmf_premierleag replied at 11-12-2024 02:34 AM
Kt semenanjung ni tgk area la sis
Kalo dlm kes ni kt setia alam / shah alam, majority mmg meleis
T ...
Yang dalam tered ni, pi jual area Melayu ka? |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 11-12-2024 10:47 AM
Yang dalam tered ni, pi jual area Melayu ka?
Dlm news ni, katanya kat setia alam
Mmg majority meleis
Sbb sblh setia alam ni ada daerah meru & kapar yg mmg area kampung2 melayu gitu.
Tp mmg area setia alam ni fall under MBSA jurisdiction
Kalo area Petaling Jaya (MBPJ) ada pasar malam cina kt SS2 yg femes tu.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|