CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 59607|Reply: 55

Kucing tolong ambil jangan tinggal dia kat rumah masa banjir

[Copy link]
Post time 29-11-2024 01:13 AM | Show all posts |Read mode





PETALING JAYA – Seekor kucing ‘oyen’ yang terperangkap dalam banjir di Kelantan berjaya diselamatkan oleh sukarelawan.


Menerusi sebuah hantaran di TikTok oleh Adam, kucing itu dilihat sedang berpaut sedaya upaya pada tingkap sebuah rumah yang dinaiki air paras tingkap tersebut.


Lebih menyayat hati, kucing berwarna oren itu dilihat menggeletar kerana ketakutan dan mukanya begitu sayu, berharap ada yang menyelamatkannya.


Bot yang dinaiki beberapa sukarelawan itu bergerak ke arahnya dan salah seorang dari mereka bertindak pantas memegang kedua belah kaki kucing itu untuk mengeluarkannnya dari rumah tersebut.


Hantaran ini telah meraih perhatian ramai pengguna media sosial yang turut bersimpati ke atas keadaan kucing tersebut yang terperangkap dalam keadaan banjir.


“Tolong lah ambil dia. Kesian dia. Janganlah biarkan di situ,” tulis Sazlin dengan sebak.


“Kesian dia. Dah berapa lama tergantung dekat situ. Entah-entah dah dua tiga hari,” ujar Selalu yang turut bersimpati.


“Nampak sedih sangat muka ‘oyen’ tu. Mesti dia berharap sangat ada orang tolong dia. Nasib lah, kalian tolong. Kalau tak, mesti kesejukkan dan kelaparan dia dekat situ,” kata Ema.


Orang ramai dinasihati untuk tidak meninggalkan haiwan peliharaan masing-masing tanpa pengawasan di musim banjir ini kerana mereka juga bernyawa dan berharga.




SUMBER : KOSMO
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
kerajaan buat la pusat penempatan banjir utk kucing
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 06:36 AM From the mobile phone | Show all posts
jgn tinggal oyen
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 07:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya.. Mesti kelaparan dan kesejukan.. Tuan rumah sanggup ya tinggalkan kucing selamatkan diri sendiri je. Memang selfish ya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 07:42 AM | Show all posts
semoga semua kucing2 an dan haiwan2 an juga terlindungkan semasa banjir ini..
hati2 uolls.. peralatan letrik tu kna tgk juga eh.. semoga dipermudahkan semuanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 08:04 AM | Show all posts
sedihnya tgk muka dia
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-11-2024 10:41 AM | Show all posts
i tak faham betul orang yang pindah tapi tinggalkan pets kat rumah..
kau fikir binatang tu boleh lari ke kalau dah terkepung kiri kanan atas bawah..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 11:02 AM | Show all posts
Kalau saja lepaskan tengkuk mmg kejam la. Bawak sekali pet even banjir pun..kata ahli keluarga.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 11:13 AM | Show all posts
masa banjir besar kat kontan tahun bila aritu.. lori veterinar dtg angkut 65 meow kawanku.
jiran2 dtg tolong punggah semua naik lori. tumpangkan kat dorm pusat latihan veterinar dlm dua minggu jugek. sebab depa ni partly shelter jd ada ngo dtg tolong bersihkan rumah. air naik paras pinggang masa tu.. meow ada yg dilepaskn naik atas loteng.. yg sakit je dlm cage& carrier. kalo yg buta tu kot dilepas dia nak kemana.. tu ler kawan bertahan jugek tunggu bantuan dtg.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 12:21 PM | Show all posts
tlg bwk sekali..kesian dia
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
cian oyen.. muka stress jer.. mesti lapar tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 02:26 PM | Show all posts
siannn semoga smua anak bulus selamat hendaknya..amin

meols pun smlm dpt news mak kucen meols nazak kena langgo keta..

so balik tu meols ckp la eh ko dah jadi anak yatim piatu tau.. mcm le kucen meols itu paham

Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SecretLuv replied at 29-11-2024 07:08 AM
Kesiannya.. Mesti kelaparan dan kesejukan.. Tuan rumah sanggup ya tinggalkan kucing selamatkan diri  ...

Munkin Oyen tidak berjaya dijumpai masa tu. Munkin ini Oyen tah mana datang tah. Huhu #husnuz0nnn
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 03:10 PM From the mobile phone | Show all posts
kadang tu kucing jiran
panjat siling rmh kita pastu tidur atas tu
mana la tuan rmh tahu sbb tak bela kucing kan
gitu iols speku
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 03:12 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 29-11-2024 11:13 AM
masa banjir besar kat kontan tahun bila aritu.. lori veterinar dtg angkut 65 meow kawanku.
jiran2 dt ...

banyaknya kucing mesti aroma yg sgt tidak...
makcik iols bela kucing byk2
setiap kali pergi rmh dia tahan nafas je la iols
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:40 PM From the mobile phone | Show all posts
alah baby..comelnya kamu..
i suka panggil semua kucing baby..mcm kucing i letak nama baby
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2024 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts
oyen ni kan chuols.@bakingsoda
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 29-11-2024 05:43 PM
oyen ni kan chuols.@bakingsoda

aah betul
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada hadith nabi pasal orang bela kucing atau binatang lain berdasarkan kisah seorang wanita muslim arab yang bela kucing tapi dia biar kucing2 dia kelaparan, lepas dia mati, dia masuk neraka.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2024 10:47 PM From the mobile phone | Show all posts
wikedsaikel replied at 29-11-2024 02:37 AM
Munkin Oyen tidak berjaya dijumpai masa tu. Munkin ini Oyen tah mana datang tah. Huhu #husnuz0nnn  ...

Alhamdulillah, Oyen selamat & masih berada dalam rumah tersebut.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 04:44 AM GMT+8 , Processed in 0.206161 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list