View: 88330|Reply: 36
|
[Tempatan]
Mengapa terdapat netizen tidak setuju kenyataaan Penulis Australia Anggap Nasi Lemak Sarapan Paling Sempurna?
[Copy link]
|
|
Nasi lemak, sarapan kegemaran rakyat Malaysia, kini mendapat pengiktirafan antarabangsa apabila seorang penulis Australia, Ben Groundwater, menulis artikel panjang lebar memuji kehebatan makanan yang sudah menjadi sebahagian daripada budaya di negara ini.
Dalam artikel bertajuk “Forget Vegemite on toast – this is how to start the day right”, Groundwater bukan sahaja menjelaskan keistimewaan nasi lemak, malah turut memuji gabungan rasa yang menjadikannya sempurna untuk memulakan hari.
Penulis tersebut menerangkan bahawa nasi lemak, yang bermaksud “nasi berlemak” dalam bahasa Melayu, dihasilkan dengan nasi yang dimasak menggunakan santan dan daun pandan.
Ia dihidangkan bersama ikan bilis, kacang, timun, telur rebus, dan sambal pedas.
Lebih menarik, Groundwater menyebut terdapat pelbagai jenis hidangan tambahan untuk nasi lemak seperti rendang daging, ayam goreng, kari ayam, atau sotong sambal.
Beliau secara berseloroh menambah, “Sekarang, bagaimana rupa roti bakar Vegemite anda?”
Groundwater turut mengimbau sejarah nasi lemak, dengan menyebut bahawa hidangan ini mula popular pada tahun 1970-an.
Namun, rujukan pertama mengenai nasi lemak dicatatkan pada tahun 1909 dalam buku The Circumstances of Malay Life oleh pentadbir kolonial British, Sir Richard Olaf Winstedt.
Penulis itu turut mengesyorkan tempat-tempat terbaik untuk mencuba nasi lemak di Kuala Lumpur, termasuk Nasi Lemak Tanglin, yang telah beroperasi sejak tahun 1948.
Rakyat Malaysia memberi reaksi berbeza terhadap pujian dari luar negara ini.
Sebahagian bersetuju bahawa nasi lemak adalah sarapan terbaik, tetapi ada juga yang melabelkannya sebagai “biasa sahaja” dan “tidak menarik”.
Seorang pengguna media sosial pula membangkitkan isu kesihatan, menyatakan bahawa nasi lemak mungkin menyumbang kepada kadar obesiti dan diabetes yang tinggi di Malaysia. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni dah tua baru suka nasi lemak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ni, ramai2 yg menjual tu nama aje nasi lemak tapi kadang nasi tu dah macam rasa nasi putih aje. Kedekut benau nak letak santan lebih. Nak sedap berlemak masak sendiri ajelah |
|
|
|
|
|
|
|
tekak ko, ko lah decide tanye org buatper...
ikut keinginan memaseng la dekkkkk!!!!
|
|
|
|
|
|
|
|
Negara ada beras laenn negara xde beras laen masakan penduduk nya |
|
|
|
|
|
|
|
Nasi lemak tu memang favourite lagi2 kalau sambal kerang dengan sambal sotong yang kena dengan tekak. Tapi dah meningkat usia ni terpaksa la cut down untuk kesihatan. Makan 2 minggu sekali ke. Memang look forward nak makan. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 23-11-2024 09:51 AM
Aku ni dah tua baru suka nasi lemak.
Tua.. patut laaaa  |
|
|
|
|
|
|
|
agreed... masak sendiri kat umah yg plg sedap sbb boleh adjust ikowt selera kita
|
|
|
|
|
|
|
|
ssh nk jumpa yg sedap mcm mak mak buat
tp bila pulak mak i pernah buat ns lemak |
|
|
|
|
|
|
|
Nasik lemak kedek bilis sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
Iya sarapan tersedap dan antara yg tinggi kalori..nk makan hari2 boleh tapi kena aktif fizikal takleh duduk kt ofis 9-5pm..
Perfect sarapan bg iols nasi lemak, roti canai, nasi goreng, cekodok pisang..kalau yg healthier version granola + wheatbran + yogurt, waffles, crepes, oat porridge ni semua campur seasonal fruits
|
|
|
|
|
|
|
|
betul la nasi lemak sedap yang mak2 buat.
anak2 dara masak nasi putih pun fail.
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasik lemak is life. Yg penting nasik kena cukup lemak & sambal kena cukup "masak". Lauk2 lain aku x kisah sangat. Dapat telur mata goyang pon dah on. Tapi kegemaran aku nasik lemak yg mak & makcik aku masak sebab dorang buat kangkung goreng belacan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau breakfast better nasi lemak dari roti canai. Tapi kalau hari-hari makan nasi lemak boleh muntah jadinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka nasi lemak yg basic je lauknya sambal bilis dahla aku tak suka lauk2 lain yg menyemak tu.
Mcm ayam goreng la, rendang bagai tu
|
|
|
|
|
|
|
|
Welcome to our shop of light shapes!
Here you will find magical lighting elements that will transform any space. We offer a huge range of decorative lights for country house and events: from elegant luminous figures to large-scale installations.
For more information, follow the link светящиеся фигурки
Each figurine is created with love and attention to detail to add bright accents to Your holiday. Our products are ideal for weddings and just to create a cozy atmosphere in your home. |
|
|
|
|
|
|
| |
|