CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 33107|Reply: 64

Aminuddin hilang di kawasan tempat kerja ibunya sebelum ke kelas fardu ain

[Copy link]
Post time 29-10-2024 08:05 AM | Show all posts |Read mode





Kuala Lumpur: Seorang kanak-kanak lelaki dilaporkan hilang semasa berada di kawasan tempat kerja ibunya di Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.


Bapanya, Ibrahim Syed Mohammed Mossadeg, 40, berkata, anaknya, Mohamad Aminuddin, 11, berada di tempat kerja isterinya untuk menukar pakaian bagi menghadiri kelas fardu ain jam 1.30 tengah hari.


"Memang sudah rutin harian Aminuddin untuk menukar pakaian di sana sebelum ke kelas fardu ain memandangkan sekolahnya berhampiran dengan tempat kerja isteri.


"Selepas menukar baju, Aminuddin meninggalkan beg di pondok pengawal sebelum pengawal keselamatan bertugas memaklumkan perkara itu kepada isteri," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Ibrahim berkata, isteri yang bergegas ke pondok pengawal mendapati Aminuddin sudah tiada di kawasan berhampiran dan memaklumkan perkara itu kepadanya.


"Saya terus bergegas mencarinya di kawasan sekitar, namun tiada kelibatnya. Malah, saya juga bertanyakan kepada rakannya tetapi tiada yang tahu keberadaan Aminuddin.


"Selepas usaha mencarinya gagal, saya terus membuat laporan berhubung kehilangan anak sulung daripada tiga beradik itu di Balai Polis Dang Wangi," katanya.


Beliau yang juga pesara tentera berkata, kali terakhir Aminuddin dilihat memakai baju T berkolar warna merah serta seluar hitam sebelum menghilangkan diri.


"Saya bimbang keadaannya di luar sana yang hanya sehelai sepinggang. Aminuddin memang sedikit sensitif tetapi dia tidak pernah buat seperti ini (menghilangkan diri).


"Saya merayu kepada Aminuddin supaya pulang ke rumah atau pergi semula ke tempat kerja ibunya.


"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Aminuddin boleh menghubungi balai polis berhampiran," katanya.


SUMBER : – Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
semoga selamat balik ke pangkuan keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 08:10 AM | Show all posts
Edited by PULANGKAN at 29-10-2024 08:50 AM

makin kerap kes budak hilang
edit : alhamdulillah dah ditemui selamat
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:05 AM | Show all posts
merajok ke dik
Aminuddin memang sedikit sensitif


hmm harap2 selamat pulang ya dik, smoga allah melindungi mu
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:05 AM | Show all posts
PULANGKAN replied at 29-10-2024 08:10 AM
makin kerap kes budak hilang
edit : alhamdulillah dah ditemui selamat

dah jumpa?
apa cerita? sentap ngan parent ke..



Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:11 AM | Show all posts
banyak dah kes budak2 kena cabul & bunuh dengan guard, dah jadi kes high profile, tetap jugak nak percaya kat orang luar...tetap jugak nak cakap 'itu rutin harian' budak tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2024 09:34 AM | Show all posts
mmg susah nak besarkan anak skrg.. mcm cepat sgt dewasa dan sensitif.
aku pun dalam kelas bila dah tua gini, jaga mulut, jaga tingkah laku kalau nk tegur murid..
lagi besar lagi sensitif.. tokleh nak pujuk mcm budak2..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 09:37 AM | Show all posts
PULANGKAN:    Edited by PULANGKAN at 29-10-2024 08:50 AM  makin kerap kes budak hilangedit : alhamdulillah dah ditemui selamat

dah jumpa ke?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 10:07 AM | Show all posts
dah jumpa ke?
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:43 AM | Show all posts
salam dh jumpa dh...ni anak pegawai kt opis aku
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 10:49 AM | Show all posts
ok tak budaj tu nape boleh hilang
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
dia merajuk ke?
mak ayah jgn mrh mrh ank..
i kalau tgk kakak i mrh ank dia..i hntr video kt tt yg share wktu mak ayah xblh mrh ank..hehe..
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:33 AM | Show all posts
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah indoor cat, itu ini tak reti, semua kami provide. Ini kan pula kanak2. Moga ditemui semula dlm keadaan safe and sound. Kat tpt iols pun ada budak umur 16 hilang dah seminggu, ikut bf naik vios masa hari keusahawanan sekolah. Ya ampun apalah dlm fikiran budak2 ni ya.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Jangan lari ke Thailand ikut gf dah le!
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 01:02 PM | Show all posts
nisako replied at 29-10-2024 10:49 AM
ok tak budaj tu nape boleh hilang

x pasti pulak sbb apa dia hilang...x nmpk maknya hrni lg
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
reenz013 replied at 29-10-2024 10:43 AM
salam dh jumpa dh...ni anak pegawai kt opis aku

Apa citer sebenarnya weih..sekolah tu sebelah lppkn..opis uols lah kan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2024 01:10 PM From the mobile phone | Show all posts
IvyGorgon replied at 29-10-2024 11:33 AM
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah ...

Dh jumpa ke budak yg ikut boipren tu? Better cepat2 viralkan..cepat sikit jumpanya
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 01:52 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 29-10-2024 01:10 PM
Dh jumpa ke budak yg ikut boipren tu? Better cepat2 viralkan..cepat sikit jumpanya

Dah viral dah kat sini tp tulah tak jumpa lagi, aduhai anak ohhh anakkkk
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:14 PM | Show all posts
Edited by nolya at 29-10-2024 02:15 PM
IvyGorgon replied at 29-10-2024 11:33 AM
Sedihnya kanak2 hilang, iols hilang kucing pun iols sedih sampai skrg memikirkan kesian heols dahlah ...

Agaknya parents hari ini perlu ada special dialog session dgn anak2.  Selain secara friendly approach, adakan semcm program brainwash: tanya anak how do they feel with their life, dgn parents/family, happy or tak happy duduk di rumah. How do they evaluate their mother n father. Ayah atau emak terlalu strict, terlalu command ke. Ayah dn ibu kemudian boleh terangkan kpd anak kenapa makayah bersikap begitu, melarang dn mengongkong: serba tak boleh. Bonding sekeluarga perlu diikat rapat, umpama melentur buluh selagi rebung.

Explain to the child kenapa ia dilarang, semata2 demi keselamatan kerana di luar banyak orang jahat.  Nak lari konon, nak ke mana?  Awak tu kecik lagi. Kalau kena tangkap, dibawa lari/dikurung orang jahat, dibunuh untuk diambil organ, dizalimi (rogol or liwat), terjebak dg pemerdagangan orang, cuba membayangkan hal yg bakal terjadi, takut tak? Hari ini anak2 lari, kalau tak jumpa lagi makayah, tak jumpa Along, Angah d adik2 lain, tak rindu?

Tanamkan dlm fikiran anak2, jgn cepat nak merajuk dn sikit2 lari mnghilangkan diri.  Nak buat ape2, waima nak ke rumah jiran sebelah, kena beritau dgn sape saja yg ada di rumah.  Takutnya disangka anak ke rumah jiran, tapi depan rumah pun boleh dpt musibah. Yg ada anak2 gadis remaja/gadis sunti lagilah kena lebih waspada. Makayah kena lebih alert, ambik tau sape kawan2nya, kawan sekolah dn kawan sealam maya. Dlm soal parenting, kena telus, kena ambik tau aktiviti anak2: pljrannya, pakaiannya, pergaulannya dn yg penting solatnya.  Waktu maghrib, suruhlah anak lelaki azan, sedap tak sedap azannya tak apa. Latihkan aja tapi jgn pula suruh kanak2 itu jadi imam. Suruh jadi makmum di saf belakang. Pastu ajar/ajak anak mengaji surah2 pendek. Ceritakan hal syurga-neraka kpd anak2. Pokoknya makayah kena bina sahsiah anak2 dunia akhirat. Anak2 zmn skr tak mudah nak dikawal spt zaman anak2 kita dahulu.
InsyaAllah, doa makayah kpd anak2 akan Allah restui d rahmati.  Amin......

Duhai anak2 'Pse don't break ur parents' heart'.




Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2024 02:22 PM | Show all posts
nolya replied at 29-10-2024 02:14 PM
Agaknya parents hari ini perlu ada special dialog session dgn anak2.  Selain secara friendly approa ...

Iols setuju dgn apa uols tulis ni. Iols skrg ni tgh ada isu dgn anak jiran i, anak dia terbiar and berlapar sepjg hari, so i panggil dia makan kat rumah i, once mamanya tahu, dia bantai anak dia (i tahu anak i balik sekolah passed by rumah dia and nampak si kecil tu main2 kat compund rumah, kat lengan berbilai2 kesan kena pukul). Allahu iols yg terkesan. Kesian anak tu kecil lg, mmg i makin realized anak yg hidup dlm broken family ni mmg kasihan sgt2. Betapa iols and anak i beruntung tak lalui semua tu. Iols masih tggu dia..Harap kalau dia lapar dtglah ke rumah aunty, Insya Allah kenyang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:53 AM GMT+8 , Processed in 0.049659 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list