CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 39249|Reply: 64

Spekulasi perceraian Putera Harry, Meghan Markle bertiup kencang

[Copy link]
Post time 8-10-2024 10:12 PM | Show all posts |Read mode





LOS ANGELES, CALIFORNIA  – Kerabat diraja Britain, Putera Harry dan isteri, Meghan Markle dilaporkan hidup berasingan dengan Duke of Sussex melancarkan ‘jelajah dunia’ secara solo tanpa ditemani Meghan, lapor laman berita RadarOnline semalam.


Harry dilihat tersenyum semasa lawatannya ke Afrika tanpa ditemani Meghan sekali gus membawa kepada spekulasi kencang bahawa rumah tangga pasangan diraja itu berantakan.


Sebelum ini, mereka yang memakai  gelaran Duke dan Duchess of Sussex, terkenal dengan usaha bersama dalam mempromosikan pelbagai acara amal melalui yayasan Archewell.


Bagaimanapun, banyak lawatan Harry baru-baru ini menyaksikan beliau melakukannya secara bersendirian.


Harry juga menghabiskan malam hari jadi  yang ke-40 berjauhan dengan isterinya ketika beliau mengisi sambutan tersebut dengan mendaki bersama rakan-rakannya.


Beliau juga muncul pada 10 acara dalam 15 hari terakhir tanpa Meghan di sisi ketika melakukan ‘lawatan separa diraja’ di tiga lokasi termasuk New York, London dan Lesotho.


Satu sumber memberitahu RadarOnline: “Harry dan Meghan akan menjalani kehidupan berasingan, dan mereka mempunyai pelan tindakan untuk melakukannya.




“Mereka telah lama berpisah dengan Harry mahu kembali ke Britain, di mana rakan-rakan lamanya berada dan harapannya untuk kembali ke pangkuan keluarga diraja yang sangat selesa. Ia meletakkan tekanan sebenar pada perkahwinan mereka.”


Tambah sumber tersebut, kehidupan yang Meghan inginkan di Los Angeles adalah jauh berbeza dengan keinginan Harry, malah ia kelihatan asing kepada mana-mana lelaki Inggeris berdarah diraja.


“Rancangan untuk meneruskan aktivitinya secara sendiri dan lawatan yang jauh daripada  Meghan adalah tanda pertama mereka sedang berada dalam cubaan untuk berpisah,” kata sumber tersebut. – AGENSI




Sumber  -KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2024 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Now mmg musim pisah dan serai ka apa?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Mmg tak minat meghan ni..semacam
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
'Lawatan separa diraja?'

Lawatan je la, sebab dia bukan mewakili mana² institusi diraja.

Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 10:58 PM | Show all posts
Tinot7 replied at 8-10-2024 10:15 PM
Now mmg musim pisah dan serai ka apa?

Biasanya di M'sia, selalunya begitu. Musim hujan, banjirlah sana sini. Time cuti sekolah, itulah musim orang kawen.  
Kalau musim buah, banyaknya rambutan, manggis, durian, duku, dokong, rambai, dll.
Melahirkan dn bercerai sebenarnya tak ade musim, hari2 ada je, cuma mereka adalah orang2 yg tak terkenal/tak ada nama, so tiadalah hebohnya.

Yg tiada musim dn ada terus sepanjag masa ialah bergosip kan, kan?
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2024 11:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nolya replied at 8-10-2024 10:58 PM
Biasanya di M'sia, selalunya begitu. Musim hujan, banjirlah sana sini. Time cuti sekolah, itulah m ...

Laki pompan sumer bergosip.. takde sapa bleh jadi malaikat dunia.. itu hanya gelaran lelaki terhadap pompan cantek jahh..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
So duda la nanti
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 01:06 AM | Show all posts
Biar lah. bukan jemput akak pun masa kenduri hari tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 01:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul cerai, mesti lepas tu dia balik semula kepada keluarga diraja..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 8-10-2024 10:17 PM
Mmg tak minat meghan ni..semacam

Kan..iolls pun x brapa dgn dia ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:34 AM From the mobile phone | Show all posts
aik smalam rasa baca komen komen nya lain. ade trit lain yg sama la tu yek
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:41 AM From the mobile phone | Show all posts
So apa kesan nya pada bekas tanah jajahan malaya ni? Merdeka cancel ka?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
imransulaiman replied at 9-10-2024 01:06 AM
Kalau betul cerai, mesti lepas tu dia balik semula kepada keluarga diraja..

Macam soley balik ke yistana toksop tintimoh le yer
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 07:57 AM | Show all posts
tak berapa dgn die????????
ofis mate kau ke nyah


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:01 AM | Show all posts
musim bercerai ke sekarang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 08:07 AM | Show all posts
betul ke ni musim cerai sungguh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2024 08:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik mackerel ni xdpt duit raya gk ke
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:43 AM | Show all posts
wow ... ingatkan solid rock sgt... serai jugak
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 09:50 AM | Show all posts
L.U.S.M replied at 9-10-2024 08:13 AM
Acik mackerel ni xdpt duit raya gk ke

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA


Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2024 10:18 AM | Show all posts
wanita barat ni majoriti kotor
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 04:26 AM GMT+8 , Processed in 0.059011 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list