CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 20431|Reply: 32

[Tempatan] Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah semula paras RM4.19

[Copy link]
Post time 24-9-2024 01:33 PM | Show all posts |Read mode
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS, cecah semula paras RM4.19
24 September 2024


Ringgit mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas. Foto Bernama


RINGGIT mencecah kembali paras RM4.19 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Selasa, dipacu oleh Indeks Harga Pengguna (IHP) Malaysia yang lebih rendah daripada jangkaan serta pengurangan kadar faedah Rizab Persekutuan AS sebanyak 50 mata asas.

Paras sokongan serta-merta ringgit kini dijangka pada RM4.07.

Pada pukul 8 pagi, mata wang tempatan didagangkan pada 4.1995/2055 berbanding dolar AS daripada 4.2000/2060 ketika ditutup Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, ringgit dijangka kekal disokong dengan baik hari ini apabila data IHP yang dikeluarkan semalam menunjukkan kadar inflasi mereda kepada 1.9 peratus.

Beliau menjelaskan perkara itu menunjukkan inflasi telah stabil.

"Kadar inflasi stabil ketika aktiviti ekonomi di Malaysia terus berkembang dengan baik.

"Ini akan memberi dorongan kepada Bank Negara Malaysia untuk mengekalkan pendirian dasar monetari semasa, yang disifatkan menyokong pertumbuhan,” katanya kepada Bernama.

Mohd Afzanizam berkata, keadaan itu adalah positif untuk ringgit kerana perbezaan antara kadar faedah AS dan Malaysia akan mengecil selepas ini.

Sementara itu ringgit diniagakan stabil berbanding mata wang negara ASEAN.

Unit domestik turun berbanding baht Thai kepada 12.7439/7695 daripada 12.7203/7451 ketika ditutup Isnin, dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2532/2581 daripada 3.2503/2552.

Ringgit stabil berbanding peso Filipina pada 7.50/7.52 sejak Isnin, dan tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 276.1/276.7. - Bernama

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 01:36 PM | Show all posts
Kata Isham Jalil walaupun ringgit naik rakyat tak rasa perubahan asbab kenaikan itu.Betul pun sbb dgn kuasa duit di tangan vs harga barangan memang jadi abu je duit sekejapan susut dlm pegangan huuh..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:04 PM | Show all posts
menahan diri dari impressed dengan pencapaian DS anwar ibrahim, perdana menteri kesayangan kita

tak kurang hebatnya juga mantan PM kita yakni DS najib ketika mengemudi ekonomi malaysia sehingga mencapai bursa 1900 mata dan ringgit rm2.8 satu ketika dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:28 PM | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 02:04 PM
menahan diri dari impressed dengan pencapaian DS anwar ibrahim, perdana menteri kesayangan kita

tak ...

bila masa najib 2.8? Sing dollar 2.8 pun bukan zaman beliau.

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup replied at 24-9-2024 01:36 PM
Kata Isham Jalil walaupun ringgit naik rakyat tak rasa perubahan asbab kenaikan itu.Betul pun sbb dg ...

Benda ni amik masa la
Inflasi tak naik lg buat masa ni
Tu baca org tu tulis

Tp peniaga2 ni 2x5 je. Ada makcik jual nasik lemak telur rm3.00, ada yg rm4.50. Sebjik bahannya. Sama2 jual dr rmh/cod
Akak jual sayur kt pasar  tu cakap sebulan jual sayur masyuk
Untung rm400 sehari ..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitrg paling suka bukak booth niaga air kalau ada event. Milo ais 2-3 ringgit pun dah untung bersih 300-400. Tu baru milo.
Air soda lemon paling untung..
modal kecik je. Modal 50 sen jual rm2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 03:35 PM | Show all posts
Aku cuma kesah pasal ni masa nak travel ja. Other than that malas nak pening. Harta, investments semua dalam RM. Boleh gitu?

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la ringgit mengukuh.. aku nak chikcurrrrrrrr UK & Scandinavians lagi 2 minggu... and later Eastern Europe trip pulek...

Itu je aku kesssssaaaahhhh kan... tambah plak pakai WISE card... tambah2 laa best nak chikcurrr

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
lipans replied at 24-9-2024 02:28 PM
bila masa najib 2.8? Sing dollar 2.8 pun bukan zaman beliau.

Usd1 = rm2.8 = ogos 2011

Sgd1 = rm2.2 = april 2010
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 05:17 PM | Show all posts
Tunan replied at 24-9-2024 03:30 PM
Benda ni amik masa la
Inflasi tak naik lg buat masa ni
Tu baca org tu tulis

Ha ha sbb Rafizi punya kesan ekonomi belum rasa impak nya lagi
Vendor machine tu oklah projek dia yg dah berjaya bagi pendapatan kpd usahawan kecil..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk replied at 24-9-2024 04:44 PM
Usd1 = rm2.8 = ogos 2011

Sgd1 = rm2.2 = april 2010

Iols masa tu baru abis belajar
1st time g spapork 2012
Rm2.50.. cukup gak duit belanja wpun tak kerja lg
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Tp sebenarnya spore takla mahal sgt
Penah pg spore lg 2017, air buah 1 dolar je
Kat malaysia pun air buah 3-4 ringgit
Nasik lemak 3 dolar.. tiket bas 1 dolar
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
bagus....harapnya makin mengukuh sampai awal thn depan.
hjg thn adalah musim sopim baju+skincare+mekap
tgk harga sekarang pun byk sgguh beza compared to last year
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Itu dart atau lisu pada bahagian depan pakaian

mmg satin kita xjahit lisu mcm itu..


ini tailor bodoh mana jahit dart mcm sial sehingga perempuan ni difitnah sebab xpakai bra.

Aku yakin budak perempuan ni bukan seteruk yg ko sangka kan.

Insaflah.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 09:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg keje oberse  or terima gaji mata Wang asing mesti stress
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 10:27 PM | Show all posts
seeebok dgn ringgit
ellooo Nasi lemak harga pun samalah

tiada beza.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 11:33 PM | Show all posts
Up cikeddd....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 11:48 PM | Show all posts
TOPwind replied at 24-9-2024 10:27 PM
seeebok dgn ringgit
ellooo Nasi lemak harga pun samalah

Mahal carik tempat lain la... hidup ni mudah je. Tak payah nak komplen untuk fit ko punya prejudis..naratif ko tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 05:06 AM From the mobile phone | Show all posts
kemaruk: menahan diri dari impressed de ...
betulll..yang tahu je tahu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2024 08:00 AM From the mobile phone | Show all posts
vanilacup: Kata Isham Jalil walaupun ring ...


Aku pun suka dgr ulasan isham ni..walaupun suara dia tu mcm baca syair kadang2.hahaha
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 03:30 AM GMT+8 , Processed in 0.279198 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list