CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21881|Reply: 93

[Tempatan] Kembalikan UPSR versi 1988, bukan yang telah ‘dirosakkan’ – Anuar

[Copy link]
Post time 24-9-2024 01:18 PM | Show all posts |Read mode
Kembalikan UPSR versi 1988, bukan yang telah ‘dirosakkan’ – Anuar Ahmad
Oleh KOSMO!
24 September 2024


Anuar Ahmad


PETALING JAYA – Dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai satu beban serta sudah tidak sesuai dengan zaman adalah satu ‘fitnah’ yang besar.

Ini kerana kata pakar pendidikan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Prof. Dr. Anuar Ahmad, UPSR yang mula diperkenalkan pada tahun 1988 bagi memenuhi matlamat Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) yang telah dimulakan pada tahun 1983.

Malah katanya, kewujudan UPSR juga telah diselarikan dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara yang dirumuskan pada tahun 1987.

“Tujuan UPSR 1988 jelas, hanya sebagai satu ujian pengesanan sahaja. Hanya pada tahun tahun kemudiannya, datang ‘penunggang penunggang’ UPSR yang mula menjadikan UPSR satu peperiksaan.

“Kuatnya mereka ‘menunggang’ UPSR sehingga sampai ke tahap mereka berjaya menjadikan begitu gahnya pengumuman keputusan UPSR sama seperti mana sewaktu mengumumkan keputusan peperiksaan SPM,”tulisnya di laman Facebook.

Justeru, Anuar berkata, beliau mahu UPSR 1988 dikembalikan dan bukan mengembalikan
UPSR yang telah dirosakkan oleh para ‘penunggang’ UPSR.

Jelasnya, UPSR 1988 boleh mengukuhkan kembali penguasaan 3M (membaca, menulis dan mengira) murid-murid di sekolah rendah.

“Ramai murid yang sedang keciciran 3M. Ramai murid yang semakin hilang minat pada Sains dan Matematik. Saya mahu kita kembalikan keseronokan belajar di sekolah rendah tanpa perlunya peperiksaan.

“Cukuplah sekadar UPSR 1988.yang bersifat ujian pengesanan. Supaya apabila murid melangkah ke tingkatan satu, mereka semua akan berada di garisan kemahiran 3M yang sama.

“Supaya semua murid berpeluang belajar dengan baik di sekolah menengah. Tidaklah ada yang ketinggalan kerana keciciran 3M. Itulah tujuan UPSR 1988,”ujarnya.

Bagaimanapun kata Anuar, ramai pihak yang menyalah anggap pendirian beliau untuk mengembalikan UPSR dan bagi mereka UPSR adalah peperiksaan besar.

“Jadi mereka tidak mahu UPSR dikembalikan. Mereka hanya nampak dan faham versi UPSR yang telah dirosakkan oleh ‘penunggang’ UPSR.

“Mereka tidak mampu melihat kemurnian UPSR versi 1988. Mereka tidak faham mengapa UPSR versi asal telah dimulakan 35 tahun lalu,”luahnya.-KOSMO! ONLINE

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
UPSR sblm ni ada 4 je subjek
Kita sekolah rendah pun tak byk subjek dulu
PJK dan PSV tak de buku teks/aktiviti
Skrg ni byk ya subjek sekolah rendah, bahasa arab, tasmik pun ada.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 01:37 PM | Show all posts
setuju...ni x, dah la basic pun kelaut..segala mata pelajaran sumbat kat murid2..ujung2 asas 3M kelaut

btw..igtkan anuar ni vincent tan td
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 02:42 PM | Show all posts
sebenarnya ibubapa juga patut disalahkan. nak anak score 100% semua subjek, siap hantar tuition semua. bila ramai yg score, kementerian terpaksa menaikkan aras kesusahan.

yang boleh hantar tuition & catchup dengan pendidikan ni ok la. yang takleh catchup.... hlang semangat,
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 24-9-2024 01:25 PM
UPSR sblm ni ada 4 je subjek
Kita sekolah rendah pun tak byk subjek dulu
PJK dan PSV tak de buku tek ...

Tak ingat lah kaka subjek2 UPSR masa tu.. BM ada penulisan, pemahaman, English dan Math kan? Dah 4 subjek.. alam dan manusia takde dalam exam kan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 24-9-2024 03:01 PM
Tak ingat lah kaka subjek2 UPSR masa tu.. BM ada penulisan, pemahaman, English dan Math kan? Dah 4 ...

iyerr betul la tu. iols upsr 93 ada 4 paper, 2subjek je.
alam dan manusia best bljr mebi sbb takde exam besar so santai2 je la.
plg best subjek muzik menyanyi je, masuk tahap 2 baru bljr alat muzik, note simple2 , rekoder bagai tu.

skrg muzik pun sakan aihhhh bljr itu ini sampaikan iols pun pening nak ajar anak. subjek yg menyeronokkan jadi terlalu heavy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2024 03:29 PM | Show all posts
“Cukuplah sekadar UPSR 1988.yang bersifat ujian pengesanan. Supaya apabila murid melangkah ke tingkatan satu, mereka semua akan berada di garisan kemahiran 3M yang sama.

“Supaya semua murid berpeluang belajar dengan baik di sekolah menengah. Tidaklah ada yang ketinggalan kerana keciciran 3M. Itulah tujuan UPSR 1988,”ujarnya.

Betul, memang kita perlu buat assessment untuk kenal pasti pelajar yang tidak boleh membaca, menulis dan mengira (3M).

Tapi, kenapa assessment itu perlu dibuat apabila pelajar SUDAH BERADA PADA DARJAH 6?

Kalau kita buat assessment ketika pelajar berada pada Darjah 6, bagaimana dengan pembelajaran pelajar tersebut daripada DARJAH 1 HINGGA DARJAH 6?

Sepanjang 6 tahun pembelajaran di sekolah rendah ... pelajar perlu menguasai kemahiran 3M.

Jika pelajar datang ke sekolah dalam keadaan tidak tahu membaca, menulis dan mengira ... pembelajaran dalam classroom tidak mendatangkan manfaat yang besar kepada pelajar.

Pelajar tidak boleh baca apa yang guru tulis di white board. Pelajar tidak boleh baca buku teks. Pelajar tidak boleh menulis jawapan untuk homework. Pelajar tidak boleh faham konsep matematik. Pelajar tidak boleh buat soalan matematik. Pelajar tidak boleh jawab peperiksaan akhir tahun.

Apabila pelajar tidak boleh buat serba-serbi kerana mereka tidak boleh membaca, menulis dan mengira ... apa guna pelajar datang ke sekolah saban hari selama 6 tahun?

In the context of taxpayer money, how can we ensure the ROI for every ringgit we spend?

Ini yang dikatakan ... students go to school but they learn nothing. Whether students learn something or nothing, taxpayer money still pays for the costs.

Sepatutnya intervention perlu dibuat pada Darjah 1. Sewaktu Semester 1 Darjah 1, assessment untuk menilai kemahiran 3M perlu diadakan.

Untuk pelajar yang lemah dalam 3M, intervention perlu dijalankan pada Semester 2 Darjah 1.

The goal is, apabila pelajar naik Darjah 2, semua pelajar sudah tahu membaca, menulis dan mengira.

Dalam konteks ini, syllabus pembelajaran Darjah 1 perlu diringankan. Mulakan syllabus yang intensif pada Darjah 2.

Jadi, pelajar Darjah 1 yang menguasai 3M dan pelajar Darjah 1 yang perlukan intervention tidak ketinggalan banyak untuk syllabus Darjah 1.

Apabila semua pelajar naik Darjah 2, hopefully everyone can start on the same page. And thus, gap antara pelajar menguasai 3M dan pelajar intervention dapat dikurangkan.

As usual, this is easier said than done. But at least, it seems more logical than introducing the UPSR exam in Standard 6 just to solve the 3M problem.

Siapa setuju dengan cadangan ini?

Ada button Like tak dekat Forum Cari?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
zaman pokcik dulu..tak lulus penilaian darjah 5 kena menggulang...tak lulus SRP x boleh msk ting 4.Tak lulus SPM....kena kerja bancuh simen atau basuh pinggan....Payah nak...memang kena 'berhabis kaloo nak idup'.-Pokcik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Saja nak kabor...kak kiah batch upsr 1988 hehe
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 03:53 PM | Show all posts
UPSR bukan 'ubat' selesai isu murid tak kuasai 3M - NUTP

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) mahu Kementerian Pendidikan (KPM) konsisten tidak meneruskan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Presiden NUTP, Aminuddin Awang, berkata ini kerana jika diteliti, matlamat pendidikan kebangsaan adalah untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi emosi, jasmani, rohani, intelek dan sosial.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata jika isu ramai murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi yang perlu diselesaikan, hanya perlu fokus dan perkasakan sistem prasekolah di negara kerana bukan UPSR yang boleh selesaikan isu tersebut.

"Bagi pendapat saya, dalam isu ini perlu memberi ubat yang sesuai dengan penyakit," katanya.

+ + +

NUTP cadangkan supaya masalah 3M diselesaikan sewaktu peringkat tadika 6 tahun.

Tapi cadangan NUTP ni ada masalah. Kita TAK WAJIBKAN semua kanak-kanak masuk tadika umur 6 tahun.

Bila kita tak wajibkan, ada kanak-kanak 6 tahun yang tak belajar di tadika. Terutamanya kanak-kanak di kampung, pedalaman dan daripada keluarga miskin.

Kalau kita nak selesaikan masalah 3M pada peringkat tadika 6 tahun, ada tiga pembaharuan besar perlu dibuat:

1) Ubah polisi pendidikan sedia ada. Buat polisi baru yang menetapkan kanak-kanak wajib belajar di tadika pada usia 6 tahun.

Sekarang polisi pendidikan kita sekadar mewajibkan kanak-kanak untuk memulakan persekolahan sekolah rendah pada usia 7 tahun.

2) Kita perlu bina infrastruktur yang mencukupi untuk memastikan semua kanak-kanak dapat belajar di tadika pada usia 6 tahun. Contohnya, mewujudkan tadika kerajaan di kawasan PPRT, luar bandar dan pedalaman, memastikan ada guru bertauliah di semua tadika, etc.

Siapa yang nak masukkan anak ke tadika swasta boleh masukkan anak ke tadika swasta. Terutamanya untuk kanak-kanak B40, kerajaan perlu pastikan access mereka kepada tadika dapat diadakan.

3) For the 3M assessment and intervention program, perlu wujud consolidation antara tadika swasta dan tadika kerajaan.

Jadi sama ada pelajar itu belajar di tadika swasta atau belajar di tadika kerajaan, masalah 3M dapat dikenal-pasti dari awal. Dan pihak tadika memulakan intervention program untuk pelajar yang relevan.

Setelah habis intervention, adakan pula post-intervention assessment untuk memastikan masalah 3M benar-benar sudah diselesaikan di peringkat tadika.

+ + +

Yang mula-mula buat announcement suruh reinstate UPSR adalah Zahid Hamidi.

Sebagai seorang TPM, seorang politician yang berpengalaman sebagai menteri kanan untuk beberapa kementerian ... kenapa Zahid Hamidi tak propose solution yang innovative?

Yes, we admit the problem exists. But propose something new and better.

Kenapa Zahid sekadar recycle solution lama? Otak Zahid pun lemah dalam aspek creative and innovative thinking ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Nfir replied at 24-9-2024 03:53 PM
UPSR bukan 'ubat' selesai isu murid tak kuasai 3M - NUTP

Kuala Lumpur: Kesatuan Perkhidmatan Pergur ...

Woww dia kata “ Mengulas lanjut, Aminuddin berkata jika isu ramai murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi yang perlu diselesaikan, hanya perlu fokus dan perkasakan sistem PRASEKOLAH di negara kerana bukan UPSR yang boleh selesaikan isu tersebut.”

Seawal pra anak2 sudah kena menguasai 3M ya? Tp mmg itupun parents nak kan? yg sepatutnya anak2 belajar bersosial, kemahiran asas, belajar adab akhlak selain di rumah, belajar melalui bermain..so lps ni adakah prasekolah menjadi lebih serius coraknya? Hehe aku bukan drp line perguruan atau pendidikan so sekadar lontaran rambang

Siapakah penunggang2 pendidikan yg dimaksudkan itu?
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu ada ujian IQ skalik. Bebudak batch 1980an sempat ambik ni format UPSR 1988.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
cap_ayam replied at 24-9-2024 03:01 PM
Tak ingat lah kaka subjek2 UPSR masa tu.. BM ada penulisan, pemahaman, English dan Math kan? Dah 4 ...

Ya tahun 1997 1st batch 5 subjek ada sains
Itupun kira batch eksperimen gak

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Shayang replied at 24-9-2024 01:25 PM
UPSR sblm ni ada 4 je subjek
Kita sekolah rendah pun tak byk subjek dulu
PJK dan PSV tak de buku tek ...

Itu yg bag makin berat. Tp mmg setujulah UPSR dulu2 mmg enjoy. Belajar tu fun

Skrg ni rasanya kalau SG jd budak sekolah rendah, mesti stress. Pelik nak subjek byk2 time sekolah rendah. Bila budak x catch up, jadi x minat belajar, pastu jd gamers ke, influencers ke, sebab gaji lagi byk. Pastu keluarlah dakyah pelajaran tu x penting
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:21 PM | Show all posts
cap_ayam replied at 24-9-2024 03:01 PM
Tak ingat lah kaka subjek2 UPSR masa tu.. BM ada penulisan, pemahaman, English dan Math kan? Dah 4 ...

rasanya 1988 tu ada alam & manusia. masa tu upsr 5A. tak tau thn berapa dimansuhkan jadi 4A je.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:27 PM | Show all posts
Edited by tripleid at 24-9-2024 04:32 PM

Bangnon menteri pendidikan 1988 yg perkenalkan upsr..zaman dia jadi menteri KPM jugaklah budak2 laki dah takleh pakai seluar pendek gi sekolah,wajib pkai suar panjang tutup aurat



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2024 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Coba buat experiement lagi... Budak yang excell dalam academic buat grade skipping..tinggal average and lower students belajar di standard grade... Lebih mudah untuk cekgu focus....

Hanya suggestion...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
jari10 replied at 24-9-2024 04:04 PM
Woww dia kata “ Mengulas lanjut, Aminuddin berkata jika isu ramai murid yang tidak menguasai lite ...

Bukan masa prasekolah tp setahu aku masa 4 tahun dh kena tahu 3M
Sbb nnt masuk tadika cikgu ada tanya dah tau baca tak?sbb ada mak2 ngadu tadika tanak amik anak dia sbb blm reti baca.
Abis tu antar g tadika tu utk apa baik ko suh mak budak tu ajar sampai form 5 je terus kat umah.
Ko bayangkanlaah budak2 skrg ni takde masa nk rileks main2 dah
Reti ckp mama je terus la ko aja dia mengeja
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:35 PM | Show all posts
i olls suka je zmn UPSR..boleh beza budak pandai, sederhana dan kurang pandai...senang nak kelompokkan masa sekolah menengah...then sng cikgu nak cater cara mengajar ikut prestasi...i olls UPSR 1A je, alhamdulillah boleh improve lepas tu...atleast kita ni ada penda besar cth UPSR 1A then PMR mesti nak lebih dari tu sama juga SPM...ada benda utk jd pemangkin sbb byk topik makcik2 akan tanya bila jumpa...komen baik atau burok boleh dijadikan semangat untuk terus berjaya..wah begitu i olls komen
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2024 04:37 PM From the mobile phone | Show all posts
SalenaGomez replied at 24-9-2024 04:19 PM
Itu yg bag makin berat. Tp mmg setujulah UPSR dulu2 mmg enjoy. Belajar tu fun

Skrg ni rasanya kal ...

Subjek makin banyak
Aktiviti sekolah pun makin banyak
Hari tu hari ni
Mcm2 pertandingan nk kena join ye dak kang markah kurang plak
Tak cukup kat sekolah luar sekolah kalau ada apa2 pertandingan pun kena join tuk tambah markah juga
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-9-2024 03:21 AM GMT+8 , Processed in 0.050864 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list