View: 45801|Reply: 183
|
Perunding Hartanah Bidas Diana Danielle, Tak Setuju Kenyataan Rugi Beli Rumah Saiz ‘Kotak Kasut’.Netizen berbelah bagi
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, seorang perunding hartanah memberi kenyataan balas berhubung pandangan pelakon, Diana Danielle yang memaklumkan harga rumah di Malaysia agak mahal meskipun bersaiz seperti ‘kotak kasut’.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di platform Thread, perunding hartanah yang dikenali sebagai Nur Fathya meluahkan rasa kurang setuju dengan pandangan aktres itu. Menurutnya, meskipun rumah tersebut bersaiz kecil tetapi nilainya akan meningkat dari tahun ke tahun.
Saya nak tambah sikit rumah besar kotak kasut, tapi harga separuh juta pada tahun 2024. Boleh awak bayangkan lepas tahun 2030? Besar kotak tisu tapi harga dah juta? Possiblity it will happen. Sebab apa? Saya bagi contoh lah.
Dulu nilai RM50 besar kan. Boleh beli macam-macam tapi sekarang RM50 boleh beli satu-dua benda saja.
Jelas individu ini lagi, rumah adalah tempat tinggal dan ia merupakan keperluan asas yang perlu bagi setiap manusia. Malah, rumah juga adalah satu aset dan pelaburan jangka masa panjang.
Rumah ni, keperluan asas. Tak beli, kena sewa. Jadi awak nak tunggu harga rumah macam mana dan berapa tahun lagi untuk beli?
Emas dan rumah adalah aset dan ianya berbeza dengan liabiliti. Aset ni beli hari ini, untung kemudian. Liabiliti beli hari ini tapi esok nak jual hargda dah jatuh. Makin lama makin tak ada nilai kereta tu tapi rumah makin lama, makin naik nilai.
Tambahnya lagi, pemilihan lokasi adalah perkara penting yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah.
Maaf Diana Danielle, berpelajaran tidak semestinya awak pakar dalam sesuatu bidang. Saya tak setuju dengan kenyataan awak.
Terdahulu, isteri kepada pelakon Farid Kamil itu memberitahu bahawa dia tidak bercadang untuk membeli rumah kerana saiznya yang kecil dan mahal malah bimbang akan berdepan kesukaran untuk menjualnya kelak.
Diana kemudian memberitahu dia lebih memilih untuk melabur dengan membeli emas berbanding rumah.
Sumber: Platform Thread Nurfathya |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
In denial. Memang betol pun. Rumah saiz jamban diraja tapi harga setengah juta. Gila. Tak berbaloi. Perunding tu tak cerita plak hidden problem rumah tu bila dah bertahun2 duduk. Nak maintain tu mahal. Lama2 ko akan rasa terbeban. Kalau mampu buat loan 300-400k saya cadang lebih baik beli tanah 1-2 ekar pinggir bandar.
Biar lama2 harga rumah tu turun sesuai untuk golongan marhaen gaji bawah 5k. |
|
|
|
|
|
|
|
Betul la, rumah kotak kasut tak sesuai utk famili. Mungkin utk disewa tambah portfilio ok lah. KL bukan Hong Kong/Spore dek tak cukup tanah. Berlambak choices. |
|
|
|
|
|
|
|
iols notice property agent skrg ni tumbuh bak cendawan ya..pakat nampak komisen boleh kaya cepat ke camne ..dulu trend ejen takaful |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by pocongkiutss at 23-9-2024 01:46 AM
Tp DD lg ngok..bukan ke acik porum ada ckp dia penah menyewa kat seri pilmoor..paling cikai sewa mau 7-8k..kalau tgk kt iProperty yg for rent tu 15k ..lagi bazir kalau mampu beli tp xmau beli
Kalau marhaen beli jela umah 2000sqft teres pun leh hidup..ni kalau taste tak menahan nk duk banglo 3 tgkt prime area mcm DD ni..cermin2 la diri tu |
|
|
|
|
|
|
|
aku setuju je dgn diana danielle. |
|
|
|
|
|
|
|
Apabila dua extreme bercakap. Kebenaran berada di tengah-tengah. Bila ada orang cerita ada rumah yang harga lebih mampu dalam 30 minit dari KL,dia cakap tak meet needs dia. Dia nak rumah dalam KL yang luas dan murah. Di situlah problem dia. Expectation yang tidak realistik. Ada juga yang suggest beli tanah di kampung tapi kau masih perlu hidup di KL. Maknanya kau perlu menyewa,atau dalam erti lain bayar loan rumah untuk orang lain. Tiada yang salah atau betul. Bergantung kepada perancangan hidup setiap individu. |
|
|
|
|
|
|
|
Maybe pakat teruja tgk cerita2 realiti pasal realtors kat Netflix kot. Selling Sunset, selling apa tah yg byk2 spin off dia. Diorg jual rumah harga ratus2 k, mencecah ke juta2.
Masuk season terbaru ni, pakat2 dok tunjuk rumah2 cecah 20-30mill dah skrg....
agents2 diorg pulak semua diorg portray hidup best - upgrade boobies, rupa macam model, bawak kereta mahal gi tunjuk rumah, clients pun level2 atas....mana la tau, dpt sangkut jerung seketul...
|
|
|
|
|
|
|
|
mmg betol pown apa yg DD ni kata.. harga rumah kat malaysia x masuk akal lgsung.. bukannya malaysia ni south korea ke, japan or singapore or hong kong... negara2 tu harga property mmg lah mahal giler2.. kawasan tanah pamah pown x byak.. ini area kl and selangor tu banyak jer lg tanah especially kl suburb tp tu pown dah around 500-600k for teres... pastu aku pown x paham kenapa nak bina rumah tinggi2 like apartment sampai puluhan tingkat kat malaysia ni.. even kat kl pown, apartment sampai puluhan tingkat tu x perlu pown.. kalo hong kong ke logikla sbb kat ctu mmg x byak tanah... tgokla kat UK or US, manerla ada apartment sampai berpuluh2 tingkat |
|
|
|
|
|
|
|
Leo_Tigris replied at 23-9-2024 07:46 AM
Maybe pakat teruja tgk cerita2 realiti pasal realtors kat Netflix kot. Selling Sunset, selling a ...
orang kita mmg cepat terpengaruh nak kaya..dulu trend food rider, pakat resign sebab nak buat grab pastu trend air balang, pegi bazar ramadan tu berderet gerai air balang..kat kawasan rumah iols skng ni pakat bukak gerai nasi lemak seringgit..i mean, tak kesah la dorang usaha nak cari rezeki tapi kenapa pakat nak kerja mudah macam tu, pakat ikut template yang konon dah berjaya..semua jenis nak kerja yang senang dapat untung..nampak yang indah2 je |
|
|
|
|
|
|
|
retiskan tak terikat nak kerja 9 to 5
beli tanah kat pinggir bandar kumpul duit 5 tahun ....nah buat lah banglo idaman siap swimming pool |
|
|
|
|
|
|
|
rumah kecairan rendah
emas kecairan tinggi |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak sokong DD, tapi si REIT pun pandai gak ambil peluang..
1st, kau at least kena ada rumah 1 biji...cari la rumah apa pun, at least ada rumah utk berlindung...tak kira la flat ke, kondo ke,yg mana mampu..
2nd, DD ni sembang kari ke apa...dia membesar dulu duduk rumah jenis apa? orang berada gak kan, bukan budak flat ke apa...tak selamanya kaya DD oi... ko tengok kawan2 artis veteran berapa ramai merempat takde rumah, penyudahnya merayu2 nak duduk PPR, ada yang menyewa tak bayar sampai halau pemilik rumah dgn parang nk collect sewa la apa..
3rd, jangan terpengaruh dgn REIT yg duk push rumah mahal2... dan jangan duk berangan2 rumah banglo,teres 2 tingkat tapi nk alamat KL..gaji baru 2.5k...
4th, kena sedar, kerajaan memang takkan backup rakyat dalam pembelian rumah...cuma kerajaan akan bantu dari segi bagi subsidi projek2 tertentu, macam di KL, ada rumahwip, harga mampu milik..dulu pernah ada serendah RM198k utk apartment...sekarang kebanyakkan RM300k.. kat selangor, ada rumah selangorku...serendah RM80k bergantung pada kawasan.. tapi kekurangan dia,kena faham la rumah subsidi ni..takde la swimming pool la apa semua tu... so jangan memilih.
tanah2 ni kerajaan memang akan jual kt pemaju, pastu undertable kita tak tahu apa jadi sampai tanah yg sekecik2 tengah bandar sesak pun boleh bina apartment 40 tingkat...
townplanning kita memang hauk, asalkan ada duit semua boleh jadi... |
|
|
|
|
|
|
|
n3ar replied at 23-9-2024 08:55 AM
aku tak sokong DD, tapi si REIT pun pandai gak ambil peluang..
1st, kau at least kena ada rumah 1 b ...
Takde pool, gym, clubhouse apa sume tu takpe je lagi.. yang paling celaka townplanning tak ambil kira PUBLIC TRANSPORT |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 23-9-2024 09:55 AM
Ai setujuk dd, rumah makin mahal sbb dah KL, zaman dulu2 dd x tangkap rumah murah ka tahun 2005-2010, kalau jenis byk wang zaman dulu boleh beli rumah biasa2 berketul2 di utara timur selatan KL pada zaman dulu2 dan duduk rumah paling dekat dgn tempat kerja, atau retis beli rumah kat pahang ka perak ka yg murah, nak maintenance rumah kos lagi, agent property x cerita ttg kos maintenance, kecairan, rumah rosak, transportation, rumah utk duduk sendiri vs rumah utk masa tua vs rumah utk anak2. Mmg rumah value naik tapi x ramai mampu beli, jgn marah jika rumah mahal utk disewa utk rakyat biasa hujung2 renovate saiz kubur 8 ketul utk cover loan, la ni ramai anak2 x mampu beli rumah dan berhimpit2 duduk serumah dgn mak bapak sibling cucu menantu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Samerosie at 23-9-2024 09:49 AM
Ada je rumah bersaiz besar kat klang valley tp mungkin awak tak mampu, pastu ckp la mcm tu khuenz. Duduk area outside klang valley la kalau nak size besar rega murah.
Betul apa forumer ckp there is no right or wrong, ikut keperluan. Sekarang ni mmg ckp saiz kotak kasut nanti bila anak2 dah x duduk sama balik 3 bulan sekali, dan laki bini dah tua tka larat dah, masa tu terfikir rumah ni besar sgt nak downsize, masa tu lg mahal rumah lagi kecil. Sekarang pun 1000sqft pun dah setengah juta itupun area2 glenmarie sana. Average size sekarang dah turun ke 800+sqft. kat kota warisan pun dah dekat 300k tp tulah nanti x stended lak duduk dgn marhein. |
|
|
|
|
|
|
|
ye je rumah makin lama makin naik nilai..
berapa banyak rumah susut nilai agen tak nak story pulak.. |
|
|
|
|
|
|
|
ultra78 replied at 23-9-2024 06:59 AM
Apabila dua extreme bercakap. Kebenaran berada di tengah-tengah. Bila ada orang cerita ada rumah yan ...
Betul. Setuju..benar atau tidak statement keduanya bergantung kepada perancangan kita |
|
|
|
|
|
|
|
tp tu la dd
hutang belajar dkt uni kota damansara dh habis bayar ke tak?
hutang kene bayar tauu |
|
|
|
|
|
|
| |
|