CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 49049|Reply: 102

[Jenayah] Pereka dalaman dibunuh kejam dengan lebih 20 tikaman

[Copy link]
Post time 16-9-2024 07:32 PM | Show all posts |Read mode
JENAYAH

Pereka dalaman dibunuh kejam dengan lebih 20 tikaman

16 September 2024, 7:09pm

Oleh: Fahmi Tajuddin





PETALING JAYA: Mayat lelaki dengan lebih 20 kesan tikaman ditemui di sebuah pangsapuri di Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara, semalam.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar berkata, maklumat awal mendapati, mangsa, lelaki warga tempatan berusia 36 tahun merupakan seorang pereka dalaman secara ‘freelance.’

Pihaknya menerima laporan daripada orang awam sekitar jam 1 pagi Isnin, yang mendakwa terdengar pergaduhan antara mangsa dan seorang individu yang tidak dapat dikenal pasti.

“Pengadu memaklumkan tidak melihat jirannya itu keluar dari rumah selepas pergaduhan dan bertindak menghubungi pihak polis.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya telah menghala ke sebuah apartment, Persiaran Meranti, Bandar Sri Damansara bagi menjalankan siasatan awal.

“Hasil pemeriksaan di tempat kejadian telah menemui seorang lelaki warga tempatan berumur 36 tahun telah meninggal dunia disyaki akibat daripada kecederaan tikaman dan disyaki dibunuh oleh seseorang yang belum dikenal pasti,” ujarnya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, mangsa tinggal berseorangan dan polis tidak menolak kemungkinan kes mempunyai kaitan dengan cubaan samun atau rompak hingga menyebabkan kematian.

“Kita tidak menolak kemungkinan kes ini berpunca daripada pecah rumah bertukar kepada kejadian samun dan menyebabkan kematian,” katanya.

Sementara itu, Norshahrul berkata orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini untuk tampil membantu siasatan polis.

Maklumat boleh disalurkan terus dengan menghubungi pihak IPD Petaling Jaya melalui talian 03-7966 2222 atau tampil di mana-mana balai polis berhampiran.


https://www.buletintv3.my/jenaya ... h-20-kesan-tikaman/

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-9-2024 07:36 PM | Show all posts
  


  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2024 07:37 PM | Show all posts
Edited by antikorok at 18-9-2024 04:51 PM








Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2024 12:37 AM | Show all posts
NASIONAL

[VIDEO] Lelaki maut ditikam: Pangsapuri di Persiaran Sri Meranti dikawal ketat pihak berkuasa

16 September 2024, 5:30pm

Oleh: Fahmi Tajuddin





PETALING: Polis dan pihak pengawal keselamatan mengawal ketat laluan keluar masuk sebuah Pangsapuri di persiaran Sri Meranti di Bandar Sri Damansara.

Ia susulan laporan media mendedahkan seorang lelaki ditemuI maut dipercayai ditikam berulang kali oleh individu disyaki cuba merompak kediaman mangsa.

Tinjauan Buletin TV3 juga mendapati, beberapa anggota forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) berada di Blok M, pangsapuri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar ketika dihubungi Buletin TV3 mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan ketika ini pihak forensik sedang menjalankan siasatan dan tiada akses masuk diberikan kepada pihak media.

Tambah Sharulnizam, pihaknya akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.

Laporan media sebelum ini menyebut, mayat lelaki berusia 30-an itu ditemui hari ini selepas dua hari, disyaki dibunuh oleh individu yang cuba merompak kediamannya.


https://www.buletintv3.my/nasion ... tat-pihak-berkuasa/
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2024 12:37 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2024 07:08 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-9-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Haaa... tikam-tikam...



Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
20 kali tikam tu mcm bukan kes rompak je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2024 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti mangsa kenal pembunuh
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm dendam je...
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah...

kalau disamun nape tak jerit minta tolong sekuat hati dah bergasak tu pun jiran blh dgr.
bersungguh nau tikam sampai 20x.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Byk pulak kes bunuh sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:03 PM | Show all posts
kalau rompak apa barang yang hilang?
pintu nampak macam elok je bukan macam kena pecah..
mujur juga jiran busy body call polis bila jiran tak keluar lepas gaduh..
and ironinya interior designer tapi yard berterabur dengan kotak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Crime of passion?
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 09:53 PM From the mobile phone | Show all posts
ngerinya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2024 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dendam ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau penjenayah naik kete, mesti ade rekod keluar masuk kat guard house. Kalau penjenayah jln kaki, kene tgk cctv la kot
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by delia3003 at 16-9-2024 10:34 PM
kitaserupaaa replied at 16-9-2024 10:20 PM
Kalau penjenayah naik kete, mesti ade rekod keluar masuk kat guard house. Kalau penjenayah jln kaki, ...


Sepatut nye pejalan kaki (vistors) pun kena rekod, tapi apartment ni nampak macam ada ruang untuk pejalan kaki, boleh bebas keluar masuk.

Kejam nye tikam sampai 20x. Harap dapat dapat tangkap pelaku.
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
20x tikaman tu xkn sbb nk merompak. mcm dendam je
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 11:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kucing boleh melompat pagar cari makan ini pula orang asing masuk haram pagar apartment
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2024 11:54 PM | Show all posts
ni gurenti pembunuh mmg kenal dan dendam kesumat dgn mangsa....kalau tak samun dan curi, satu dua tikaman jah....ini sampai 20...jenis yang nak memuaskan hati
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-9-2024 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.052069 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list