Edited by maklukpenggoda at 2-9-2024 03:12 AM
"Saya tak nak berkongsi lebih lanjut sebab ia sangat peribadi dan libatkan orang ramai.
Kuala Lumpur: Pempengaruh media sosial, Aisyah Hijanah dilaporkan sudah memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, Alif Teega pada Ogos lalu.
Aisyah atau nama sebenarnya, Aisyah Hijanah Azhari, 26, mengemukakan permohonan berkenaan di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, Selangor.
Aisyah dilaporkan berkata, ia adalah ujian berat buat dirinya selain meminta supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.
"Dari bulan lepas sebenarnya (fail cerai). Doakan saya sebab ujian saya sangat berat," katanya.
Aisyah bagaimanapun enggan mengulas lanjut keputusan itu malah menegaskan tindakan berkenaan adalah atas pilihannya sendiri tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak.
"Tidak mengapa sebab saya sendiri memang pilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa," katanya.
Aisyah dan Alif Teega atau nama sebenarnya Mohd Hazalif Mohd Hazani berkahwin pada 25 November 2017.
Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Khadeejah Hijanah, Muhammad Hassan Syarif, dan Safiyyah Hijanah.
Rumah tangga pasangan itu difahamkan mula menjadi perhatian apabila Aliff berkahwin buat kali kedua dengan wanita yang dikenali sebagai Fatin Umaidah di Thailand.
Harian Metro
|