CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 29526|Reply: 24

[Cinta] Kena sidai ke ni?

[Copy link]
Post time 28-8-2024 03:29 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum warga forumer sekalian...

Segan betul nak tanya tapi kalau pendam, serabut pula kepala asyik fikir. Benda kecik je. haha

Aku ada la register platform cari jodoh bertemakan islamik ni sebab aku sejenis tak pandai nak berkenalan depan-depan untuk cintan cintun ni. Dah bertahun lama aku register dalam platform ni sejak 20an lagi tapi dilupakan untuk beberapa tahun dan sekarang ni je baru betul2 aktif sebab umur dah menjangkau pertengahan 30an. Aku dah masuk kelompok andartu.

Apabila aktif kembali, ada la aku sambut salam dari seorang lelaki ni. Ini la satu-satunya ahli dari platform tu yang aku reply. Biasanya aku ignore je salam dari ahli platform yang masuk. Apa yang buat aku tertarik dengan mamat ni pada awalnya sebab dia bagi salam perkenalan berserta dengan nama penuh siap berbin lagi dan pekerjaannya sekali. Kalau ahli lain, sekadar bagi salam perkenalan dengan nama pendek dan tanya dari mana atau buat apa je.

Sebelum aku sambut salam tu, bakat terpendam aku sebagai seorang penyiasat terus menyerlah. Aku stalk nama dia dalam segala platform browser dan media sosial. Macam2 aku jumpa pasal dirinya. Bukan calang-calang orangnya. Seorang yang mempunyai kepakaran teknikal yang tinggi dalam bidangnya, workaholic but perhaps little bit introvert. Rasa inferior sekejap dengan diriku sendiri yang biase-biase je ni. Wakaka..

Well, lepas tu sambut salam dengan buat perkara yang sama, bagi nama penuh aku juga serta dengan pekerjaan aku. Disamping itu, aku selitkan juga soalan tentang sama ada merokok ataupun tidak. Selang beberapa jam kemudian, dia menjawab bahawa tidak merokok tapi tiada soalan susulan dah dari dia.

Aku jadi mati akal nak jawab apa. Keesokannya baru aku jawab dengan satu baris ayat pujian bahawa orang tak merokok ni pembersih orangnya dan aku juga tiada bagi soalan susulan. Lepas dah 2 hari, tiada respon dah dari orang ni. Tapi naluri keperempuanan aku ni nak teruskan perkenalan lagi cuma aku segan. Mana la tau orang tu dah move on ke ahli yang lain dan dah pangkah aku senarai kan. Yela kan, aku pun bagi nama penuh juga, kebarangkalian tinggi bahawa orang tu pun akan stalk nama aku juga. haha

Jadi sekarang ni, perasaan aku berbelah bagi sama ada orang ni sidai aku sebab dia tak tahu nak sembang apa seterusnya atau dia dah tak berkenaan dengan aku lepas maybe dah stalk aku. Haha

Please help beri sepatah dua pendapat. Pedas dan berkata benar pun aku terima je.

Terima kasih pada yang sudi baca luahan panjang-panjang macam ni. haha


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-8-2024 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
tu maknanya laki tu tak berminat
cari lain je la
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-8-2024 11:13 PM | Show all posts
Begitu la nampaknya. Saja nak test market je. Cuma agak terkilan la sikit sebab aku intro diri pi bagi nama penuh jugak. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 03:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata adik straight forward jer ckp nk kenal dia dgj lebih lanjut....stigma memalu, nk lelaki yg mulakan dlu ni dh lapok dik. Esok2 klu ade rezeki smpi ke jinjang pelamin....ko jgk yg hepi dik
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2024 08:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru dua hari kan?
Takpa tengok dalam seminggu dua.
If takdak apa2. Move on ke ahli lain.
Gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-8-2024 09:55 PM | Show all posts
kutu_ayam replied at 29-8-2024 03:55 PM
Apa kata adik straight forward jer ckp nk kenal dia dgj lebih lanjut....stigma memalu, nk lelaki yg  ...

Saya tak ready mental dan emosi untuk hadap rejection seterusnya tu. Tapi tak nampak macam cheap dan terhegeh-hegeh ke?
Saya ni takde la cantik sangat tapi masih sedap la mata memandang. Dah ada kerjaya yang stabil dan harta sendiri. Yang takde cuma keyakinan je.

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-8-2024 09:57 PM | Show all posts
nuhanis replied at 29-8-2024 08:30 PM
Baru dua hari kan?
Takpa tengok dalam seminggu dua.
If takdak apa2. Move on ke ahli lain.

Baik sis. Saya cuba
Reply

Use magic Report

Post time 30-8-2024 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Butterfly41 replied at 29-8-2024 09:55 PM
Saya tak ready mental dan emosi untuk hadap rejection seterusnya tu. Tapi tak nampak macam cheap d ...

Jgn marah.....mungkin ini antara sebab lambat berjodohan. Kurang keyakinan + khuatir kpd rejection. Dik....kita jika x berubah mind setting + usaha tp mengharap result yg berbeza in the future......mcm menipu diri sendiri jer rasanya. Adik prepare bahan2 + kaedah masak utk bolognese, mana mau nya hasil jd oglio. Peace dik....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-8-2024 10:18 PM From the mobile phone | Show all posts
kutu_ayam replied at 30-8-2024 01:08 PM
Jgn marah.....mungkin ini antara sebab lambat berjodohan. Kurang keyakinan + khuatir kpd rejection ...

Saya dah cuba sekali lagi beri teguran setelah lebih 2 hari berlalu. Nampaknya macam tiada respon jua. Sokay lah, sudah masanya saya move on. I have my own dignity and ego too ????
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2024 01:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Move on. Mesti ada yg terbaik. Its ok
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2024 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Wasalam my dear. Macam mana you boleh kenal board cari forum ni? I saja je nak tanya tau. Macih.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2024 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
comel..moga bertemu cinta pertama soon!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 12:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Lily_Elizabeth_ replied at 2-9-2024 10:32 PM
Wasalam my dear. Macam mana you boleh kenal board cari forum ni? I saja je nak tanya tau. Macih.

Entah lupa dah macam mana saya boleh tahu forum cari ni. Saya dah lama actually tahu kewujudan baord cari ni, hampir sedekad lalu kot. Tapi akaun lama dah tak boleh guna sebab idle bertahun2 tak masuk sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 12:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Thank you guys for the soothing words. Saya move on dah. Cuma terkilan sikit la sebab lurus bendul pi habaq nama penuh. Aishhhh. Haha
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Butterfly41 replied at 7-9-2024 12:30 AM
Thank you guys for the soothing words. Saya move on dah. Cuma terkilan sikit la sebab lurus bendul p ...

Terkilan tu takpe, normal la rasa camtu bila buat silap. Lepasni mungkin tak perlu bagitahu nama penuh boleh je kan? Bagitahu nama manjah je dulu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-9-2024 05:32 PM | Show all posts
Jikookie replied at 7-9-2024 02:23 PM
Terkilan tu takpe, normal la rasa camtu bila buat silap. Lepasni mungkin tak perlu bagitahu nama p ...

Orang perkenalkan diri dengan nama penuh, kita pun ikut serta la bagitau nama penuh jugak sebab rasa hormat kan. Yela kan, sebab tak pernah2 orang intro nama penuh selama saya berkecimpung dalam platform tu. Tapi alih2 kita kena ghosting pulaks. Next time, kena habaq nama manjah je walaupun orang intro nama penuh. Learn from the past. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Butterfly41 replied at 7-9-2024 05:32 PM
Orang perkenalkan diri dengan nama penuh, kita pun ikut serta la bagitau nama penuh jugak sebab ra ...

Sampai harini masih kena sidai ke chuols? Bertabahlah. Cari orang lain plk yg serius nak kenal2 dgn u. Good luck
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2024 03:29 PM | Show all posts
Jikookie replied at 8-9-2024 02:51 PM
Sampai harini masih kena sidai ke chuols? Bertabahlah. Cari orang lain plk yg serius nak kenal2 dg ...

Ye masih. Dah kering pun iols kena sidai ni. Haha. Takpa la, masih ada ramai lagi yang baik2 di luar sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2024 03:29 PM | Show all posts
Jikookie replied at 8-9-2024 02:51 PM
Sampai harini masih kena sidai ke chuols? Bertabahlah. Cari orang lain plk yg serius nak kenal2 dg ...

Ye masih. Dah kering pun iols kena sidai ni. Haha. Takpa la, masih ada ramai lagi yang baik2 di luar sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-9-2024 03:30 PM | Show all posts
Jikookie replied at 8-9-2024 02:51 PM
Sampai harini masih kena sidai ke chuols? Bertabahlah. Cari orang lain plk yg serius nak kenal2 dg ...

Ye masih. Dah kering pun iols kena sidai ni. Haha. Takpa la, masih ada ramai lagi yang baik2 di luar sana
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 10:28 AM GMT+8 , Processed in 0.123431 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list