CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 53528|Reply: 72

[Tempatan] Dato’ Haji Azmir..Anak Tempatan Jadi Bos Rangkaian Restoran McDonald’s Di Malaysia,100% milik orang Islam.

[Copy link]
Post time 23-8-2024 02:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Dilahirkan sebagai seorang anak peneroka, Dato’ Haji Azmir Jaafar buktikan kepayahan hidup bukan penghalang untuk berjaya dalam kehidupan. Beliau kini adalah pemilik tempatan McDonald’s Malaysia sejak diambil alih pada tahun 2017, menjadikan restoran kegemaran ramai itu syarikat 100% milik orang Islam.



Namun, mendaki ke puncak jaya ini bukan perkara yang mudah. Banyak keringat dan pengorbanan yang dilalui oleh Dato’ Haji Azmir sebelum menjadi Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Namun setiap peristiwa hidupnya dijadikan azimat kehidupan yang membentuk keperibadian, sekali gus membangunkan McDonald’s Malaysia sebagai satu restoran yang diminati ramai..”

Dato’ Haji Azmir juga telah berjaya mengubah restoran McDonald’s kepada tempat pembangunan kerjaya yang meyakinkan. McDonald’s Malaysia menawarkan pekerjanya peluang belajar mendapatkan sijil kemahiran, diploma kemahiran, diploma lanjutan sehingga ke peringkat master’s degree.

Dengan pendidikan ini, pekerjanya bukan sahaja boleh meningkatkan kemahiran dan menceburi industri makanan, tetapi juga memberi peluang untuk menjawat jawatan dalam pengurusan syarikat.

Dari pengurus pelatih di restoran ke pengarah urusan
Selepas tamat pengajian di Eropah, Dato’ Haji Azmir memulakan kerjaya pertama sebagai Pengurus Pelatih di sebuah restoran McDonald’s Malaysia pada 1993.

Selama 13 tahun beliau telah menunjukkan satu prestasi kerjaya yang cemerlang, diberikan peluang untuk menjawat beberapa posisi sehingga pada tahun 2006, beliau diberikan kepercayaan menjadi Pengarah Urusan McDonald’s Malaysia.

Dato’ Haji Azmir kemudian dilantik sebagai Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pembangunan McDonald’s, mengembangkan pasaran ke China dan Timur Tengah, di mana beliau membuka lebih 1,100 restoran di China dalam lima tahun dan menerajui 17 pasaran di Timur Tengah bersama pemilik tempatan di sana.

Beliau kemudian pulang ke Malaysia dan kembali memimpin syarikat itu sebagai Pengarah Urusan. Pengalaman antarabangsa yang diperolehinya digunakan untuk memajukan McDonald’s Malaysia, mengembangkan lebih 370 restoran di seluruh negara.

Di bawah kepemimpinannya, McDonald’s Malaysia memperkenalkan pelbagai inovasi baharu dalam operasi restoran, sehingga nama ‘Mekdi’ menjadi popular di kalangan rakyat Malaysia.

Apabila pekerjanya ditimpa musibah, Dato’ Haji Azmir memastikan mereka mendapat bantuan yang mencukupi. Baru-baru ini, semasa menunaikan haji, beliau mendoakan kecekalan pekerjanya dan kelangsungan perniagaan McDonald’s Malaysia yang banyak memberi manfaat kepada masyarakat.

Mungkin ramai yang tidak tahu yang McDonald’s Malaysia hanya menawarkan pekerjaan kepada rakyat Malaysia, di mana 100% pekerja mereka adalah orang Malaysia dan 90% daripadanya adalah orang Islam.

Prinsip moral Dato’ Haji Azmir diterapkan dalam kepemimpinannya di McDonald’s Malaysia. Sebagai syarikat milik tempatan, beliau memastikan restoran ini bukan sahaja menyajikan hidangan istimewa tetapi juga berbakti kepada komuniti. Dato’ Haji Azmir menekankan kepentingan menjadi jiran prihatin di setiap lokasi operasi mereka.

Selain daripada diberikan peluang melanjutkan pelajaran, pertumbuhan restoran-restoran McDonald’s di Malaysia juga adalah harapan Dato’ Haji Azmir untuk sosioekonomi dan kesejahteraan masyarakat tempatan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 03:58 PM | Show all posts
ada 1 gambar kt youtube sape tah pi troll
kebanyakan manager2 mcd, laki yg hadek2

kot x cukup kelakor pi guna plk gmbr bill cozby
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 04:02 PM | Show all posts
Ni nak amik hati weols supaya stop boycotting kah.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 04:13 PM | Show all posts
MC D Msia ni byk jasa kat PPUM, salah satu penyumbang terbesar tabung pesakit. No wonder lah melayu baik hati yg punya. aku x boikot pun McD, pegi mcm biasa. suka latte mcd, sedap & murah.
sape yg kecam org palestin dtg sini dptkan rawatan tu masih boikot lg ke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 04:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Artikel kene bayar ke apa ni..? Tunjuk la berapa org Melayu dlm top management McD Malaysia...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ina_na at 23-8-2024 05:15 PM

Boikot sblm perang terbaru sebb nye buger x best..best lg bl burger tepi jln..sos melimpah,cheze x selepek mcmtu je.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 05:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Rindu fillet ofish
i tak boikot pun.tapi mls nak pg sbb jauh dr rmh..
Plus ramai meleis otak giler suka curi ambil gmbr org mkn mcd..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan je la. Yang boikot beriya dan kutuk orang tu pun pakai ipong. Ipong tu lagi mahal dan banyak menyumbang pada israel laknat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni bos btl ke atau ala2 bos susu tu claim produk bumiputra as agama rider?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 23-8-2024 05:34 PM
Makan je la. Yang boikot beriya dan kutuk orang tu pun pakai ipong. Ipong tu lagi mahal dan banyak m ...

Fb pun sama..dlm berita haritu keuntungan fb dari malaysia saja utk last year 600 juta usd kalau tak silap i. Acik2 asyik guna alasan serampang dua mata..free katanya guna fb tak menyumbang apa2..
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Boikot tetap boikot
Demi plastik
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 06:29 PM | Show all posts
Cuba buat kempen derma Gaza sekali dgn iklan makanan, gerenti org pergi beli balik.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:13 PM | Show all posts
orenmango replied at 23-8-2024 06:29 PM
Cuba buat kempen derma Gaza sekali dgn iklan makanan, gerenti org pergi beli balik.



Macam MC D dah pernah buat sumbangan untuk tabung kemanusian Palestine.



Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Helloooowww kot ye pun nak suruh kami berenti boikot, kasi la saluran derma ke Gaza sikit. Baru la boleh tutup mulut orang yang kata satu burger McD satu peluru tu.

Apa la. Kalau ye pun melayu yang di atas, abih cemana pulak dengan McD yang pergi kasi makanan dekat tentera isrohell pulak tu? Pening acik forum aihh
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap ni bos betul ye bukan pekongsi tidur takpun saje letak muka bumiputera kat depan padahal percentage sikit aje
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya tak boikot dia tapi saya memang jarang makan McD sebab tak berapa gemar. Sekali sekala makan la juga kalau kat airport kecik yang tak berapa ada kedai lain.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 07:53 PM From the mobile phone | Show all posts
cm_vungtau replied at 23-8-2024 07:20 PM
Helloooowww kot ye pun nak suruh kami berenti boikot, kasi la saluran derma ke Gaza sikit. Baru la b ...

Helooooo mcd Malaysia dah bagi awal2 pun sebelum article ni keluar.

And yg bagi tu Mcd Israel sana tu. Mcd Israel pun gerenti tak wujud  nasi lemak mcd, ayam goreng mcd, prosperity burger.

Nak boikot silalah, iols pun tak makan dari awal perang.

Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by cm_vungtau at 23-8-2024 07:57 PM
hird replied at 23-8-2024 07:53 PM
Helooooo mcd Malaysia dah bagi awal2 pun sebelum article ni keluar.

And yg bagi tu Mcd Israel san ...


Tapi McD Malaysia kira franchise la. Dia kena bayar franchise fee sana. Bukan dia start McD from scratch. Tu la risk kalau buat franchise. Kalau satu orang buat something, semua sekali terkena tempias.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:01 PM | Show all posts
tak jumpa point yang mengatakan 100% milik islam.... kena selongkar lagi.....

(boleh jadi guna trick farm fresh atau ST market tu)
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:05 PM | Show all posts
damage control ketew

btw dah lama boikot ni hilang dah craving nak makan mcd

sebab local burger joint pun dah banyak step up game diorang

cuma fries tular, tak jumpa lagi yang sedap, selalu dapat soggy jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:30 PM GMT+8 , Processed in 0.079566 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list