CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 20996|Reply: 48

Pecah rekod larian 200 meter pula, hafaz al-Quran, pointer 3.99 anak Rita Rudaini hebat

[Copy link]
Post time 22-8-2024 10:58 PM | Show all posts |Read mode



Selepas berjaya memecahkan rekod acara 100 meter (m) dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD), anak sulung pelakon Rita Rudaini, Airit Rayyan Rizqin sekali lagi menuai perhatian netizen dalam media sosial.


Menurut perkongsian seorang guru, Abdul Muiez beliau mendapat tahu mengenai Airit yang sekali lagi berjaya memecah rekod 200m pula pada perlawanan sesi pagi tadi.


  



“Masa tengah makan tadi, tiba-tiba kawan tag dalam ‘grup’, Cikgu Muiez, Airit Rayyan pecah rekod 200 pula pagi ni.


“Lepas itu dalam ‘grup’ satu lagi pun, kawan tag perkara yang sama. Dah macam wartawan pula saya ini,” tulisnya di Facebook.


Rentetan itu, Cikgu Muiez tampil berkongsi mengenai kehebatan pelajar berusia 15 tahun itu.


“Airit Rayyan Rizqin telah berjaya memecahkan rekod MSSD Sabak Bernam 2024 dalam acara 200m dengan catatan masa 23.81 saat.


“Saya tidak mengenali anak ini secara peribadi. Cuma, pernah bergambar dengannya sewaktu MSSD yang berlangsung di sekolah saya,” katanya.


  



Tambahnya, remaja itu hebat bukan kerana dia anak artis, tetapi keperibadian dirinya sendiri yang bukan sahaja cemerlang akademik, namun juga seorang penghafal al-Quran.


“Kenapa saya rasa dia hebat? Sebab dia anak artis kah? Oh tidak. Dia hebat kerana dirinya.


“Dia seorang murid yang menghafal al-Quran. Malah dia juga cemerlang dalam pelajaran apabila mendapat gred nilai purata 3.99 dalam peperiksaan semester Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Ulul Albab Sungai Besar.


“Selain hebat dalam akademik, Airit juga cemerlang dalam sukan apabila mewakili MRSM dalam permainan bola sepak dan berjaya memecah dua rekod MSSD,” katanya lagi.


Terdahulu, Rita berkongsi rasa bangga apabila anak sulungnya, Airit berjaya memecahkan rekod acara 100m MSSD Sabak Bernam yang memasuki 20 tahun penganjurannya.




Sumber – KOSMO! ONLINE
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2024 11:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah Rita dan anak
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah!
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2024 11:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah , tahniah rita. Iols tak pernah nak rasa  mengutuk dia dgn apa yg jadi... Tuhan lebih tahu... Dalam ramai2 orang kat surau KLCC tu pun dia antara yg tunduk sujud kpda Tuhan mcm kita... I harap anak2 buah i pun baik juga tingkahnya, cemerlang
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Padu beetooiii Ryan ni..full. package..moga terus maju jaya dik. 2record baru MSSD, tahniah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-8-2024 08:11 AM | Show all posts
kata org, genetik pintar ni diturunkan daripada emak..
tahniah Rita Rudaini...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Anak dah elok serba serbi cuma mak dia jer kdg² annoying sikit. Haha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 08:18 AM | Show all posts
darah sukan apaknya mengalir jugak kat anak.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:19 AM From the mobile phone | Show all posts
silampumeja replied at 22-8-2024 11:47 PM
Alhamdulillah , tahniah rita. Iols tak pernah nak rasa  mengutuk dia dgn apa yg jadi... Tuhan lebih  ...

Uols terserempak dia kt surau klcc ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdullillah, taniah rita berjaya mendidik anak2, moga cemerlang dunia dan akhirat
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Dalam hal anak2, aku mmg puji rita
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 08:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti apaknya senyap2 tengok IG acik rita dalam kereta. Senyap2 lap ayaq mata. Bole rasa bangga kat bahagian bin je la. Itu pon nasib baik cikgu yg upload...
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:38 AM | Show all posts
kalau dengar cerita, anak dia ni dr mrsm mana ntah dulu.. pastu pindah ke mrsm sg besar. tapi effort & komited si rita utk pendidikan anak mmg terbaik. dia active dalam group mak ayah ni utk ank2 mrsm.
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:39 AM | Show all posts
Tahniah Ritrud wpon u seorg yg annoying hahahaha..
Bagus didik anak berjaya dunia akhirat manakal apaknya hanya tengokkat medsos sambil menagis dlm hati.. ekekekekeke
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Selalu mak2 yang annoying ni yang dapat anak helok2 Selalu mak2 yang baik kengkonon pijak semut tak mati ni anak tak menjadik. Takpe, kita tunggu anak Zaremah terer apa, kalau betul ada darah atlit dalam badan anak dia jugak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-8-2024 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Cpkay replied at 23-8-2024 08:18 AM
darah sukan apaknya mengalir jugak kat anak.

ni kalau chuols komen kat insta mmg kena sembur 7petala dgn ritrud hahaa
keturunan ritrud pn ade atlet,dan heshe pun bks atlet dl
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah rita dan rayyan

Semoga rayyan akn terus2 membanggakan maknya

Aku caya cm acik porum tu ckp.. Edil mesti tgk curi2 smbil lap air mata.  Menipu la  tak bangga  anak kot.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Alhamdulillah. Tahniah.
Semoga kecemerlangan ini berterusan
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 11:22 AM | Show all posts
Alhamdulillah baguih laaa.
Teruskan kecemerlangan ye.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:18 AM GMT+8 , Processed in 0.220072 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list