View: 26387|Reply: 109
|
Daniel Zaini Depression Tahap Peak, Hampir Bunuh Diri Sebab Tak Tahan Kena Kecam Dengan Acik Porum Bermulot Puaka!
[Copy link]
|
|
Danial mendedahkan dia hampir mencabut nyawanya sendiri akibat serangan kemurungan melampau gara gara buli siber yang diterimanya di media sosial.
Segalanya bermula apabila Danial menerima tugasan untuk mengacara satu program realiti tv – pertandingan nyanyian – sebagai bidan terjun. Ini kerana pengacara lelaki, Nabil Ahmad ketika itu sedang bercuti.
Menurut Danial, dia bertugas seperti biasa untuk slot di belakang pentas. Namun kali itu dia menyahut sahaja cabaran untuk menjadi pengacara utama program tersebut bersama sama dengan Elly Mazlein.
Dia dipanggil ‘last minute’ pada masa itu kerana pihak produksi terdesak mahukan pengganti pada masa itu.
Bercakap dalam satu podcast, Danial Zaini berkata: “Ada satu kejadian, saya pernah dipanggil untuk menjadi hos menggantikan Nabil yang sedang cuti.
“Sepatutnya saya hanya hos di ‘back stage’. Saya dipanggil saat akhir sekitar 4.30 petang. Ketika itu saya hanya positif tanpa sebarang latihan tetapi sekadar di ‘briefing’ sahaja.
“‘Briefing’ pun sekadar dua muka surat sahaja, selebihnya hanya ‘goreng’,” tegas Danial. Dia ketika itu dimaklumkan sepatutnya ada hos yang lain bertugas menggantikan Nabil Ahmad namun pihak produksi merasakan hos tersebut tidak sesuai bergandingan dengan Elly Mazlein.
Maka produksi telah memilih Danial menjadi pengacara. Apa yang menghairankan Danial, selepas dua segmen dia terus direhatkan untuk segmen ketiga sampai kelapan. Ketika itu dia terpinga pinga kenapa pihak produksi menahannya. Kerana dia merasakan dia tidak mengucapkan sebarang kata kata kesat dan sebagainya.
Pembantu peribadinya mengarahkannya agar mengikuti sahaja arahan. Dia kemudian keluar untuk segmen kesembilan. Dan selepas tamat program itu, pembantu peribadinya menunjukkan komen komen netizen di media sosial.
Ianya benar benar mengejtukan Danial. Dia tertanya tanya kenapa dia menerima komen berbaur kebencian dan kecaman yang sangat teruk seperti itu. Apakah salah yang dia lakukan sehingga dikecam dan dihina sertai dibuli siber.
Danial akui dia memang teruk pada malam itu, namun dia sukar menerima buli siber yang diterimanya. Sehinggakan pihak produksi menghubunginya untuk memastikan dia baik baik sahaja selepas apa yang menimpanya.
“Saya sampai ‘depression’ dan hampir bun*h diri,” kata Danial.
Namun dia enggan menyalahkan sesiapa kerana menurutnya, silap dia sendiri yang sanggup menerima tugasan itu walaupun tidak cukup bersedia serta tidak cukup bagus untuk menghiburkan orang ramai. Pengalaman itu menjadi satu pengajaran kepadanya.
Cerita Danial itu membuatkan ramai simpati dengannya. Dan mereka mengakui bahawa Malaysia memang harus lebih serius memandang gejala buli siber di media sosial. |
|
|
|
|
|
|
|
kat porumcari ni pong aku kena buli ramai2 dulu..
mainly kena buli pasal nujum & conspiracyshitt
la ni..
bila da jadi conspiracy fact
aku sebut
konspirasi kapla bapak ko..
|
|
|
|
|
|
|
|
dia ni sapa? kenapa aiols tak berpeluang kecam heshe? |
|
|
|
|
|
|
|
Masa gegarvaganza zaman bila tah yg dia ganti tempat nabil tu |
|
|
|
|
|
|
|
Pergilah tukar bidang kerjaya, kerja mengadap pokok2 dan haiwan2 |
|
|
|
|
|
|
|
danial ni takleh main porum cari.com...mau minum racun nanti |
|
|
|
|
|
|
|
Tak kental jgn jadi artis, jgn jadi influencer. Maki konfem, pujian bonus |
|
|
|
|
|
|
|
Ya ya aku masih ingat. Gegar vaganza. Heran kenapa hujung2 baru dia keluar semula. Oh pasal ni ka? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dgr dia sembang ni
Depression is real
Dasyatnya msg2 duk kutuk2 dia smpai dia depress
Pembuli di mana2 |
|
|
|
|
|
|
|
Apa sangat kecaman tu masa tu? Sampai berbekas begitu sekali. Siapa yg ingat rangkuman kecaman tu, tulis sikit kat sini please |
|
|
|
|
|
|
|
Yg iols ingat org tak kenal dia siapa... Siapa yg tgk Maharaja Lawak kenal lah kut, dia asyik buat ajuk Najib Razak. Jadi org yg tgk memang huayus kan je dia. Itu je lah.. rasa Nabil Jihan punya kecaman yg dapat keras2 & ganas2 lagi ... Ok je diorang |
|
|
|
|
|
|
|
Kena kecam pun dapat bayaran kan.....sekurg2nya dia ni mungkin sedar diri la....
Depression is real, lagi depress org2 kat luar sana yg bekerja keras nak cari duit, artis2 ni perform asal boleh pun duit masuk poket...kalau bukan bawah pengurusan kan...selalunya yg kena kecam smpai kena depression ni artis2 Korea, Jepun, China jala....
Cuba belajar dr artis2 yg banyak kontroversi, xkisah la sampai masuk keluar lokap, tapi aman2 ja p cari duit lol |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by rayna_raynes at 22-8-2024 06:56 PM
Aku kutuk seluar dia je malam tu. ketat yakmat
But otherwise dia taklah teruk sgt. Cuma dia tak mampu kontrol kak lina je.
oh dan aku cerca fish and chip kat cafe dia yang rupa macam span cuci pinggan lama
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
X best ke teruk sangat dia ? Rasanya dulu time jijan host mele**;" lagi akward |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau Jihan dengan Nabil nak ikut kata netizen, lebih pada bunuh diri dah. Sebenarnya masa tu memang tak kelakar pun dia ganti Nabil. Kena pula dengan Pom Pom yang suka overshadow tu. Auto kena cerca jelah dengan netizen. Patutnya dia tak payah buka social media. Buat bodoh je. Kat Malaysia ni satu satu isu teruk mana sekali pun seminggu dua orang lupa lah. Sedangkan yang hilangkan duit negara berbillion billion pun sekarang rilek je ramai panggil bossku bossku, apalah sangat kes Danial ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasa skrg org pun dah lupa dia siapa haha
|
|
|
|
|
|
|
|
jfq replied at 22-8-2024 03:47 PM
Masa gegarvaganza zaman bila tah yg dia ganti tempat nabil tu
Masa arwah bapak nabil meninggal kot. |
|
|
|
|
|
|
| |
|