CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43490|Reply: 2

Ringgit catat terus meningkat, cecah 4.37 berbanding dolar AS

[Copy link]
Post time 20-8-2024 08:03 PM | Show all posts |Read mode





KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum peningkatannya dan mencecah paras 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Selasa.


Pengukuhan itu ketara ketika dolar AS sebaliknya terus susut menjelang ucaptama oleh Pengerusi Rizab Persekutuan AS (Fed) Jerome Powell di acara tahunan Simposium Jackson Hole, akhir minggu ini.


Pada 6 petang, ringgit mengukuh pada 4.3780/3850 berbanding dolar AS daripada 4.3805/3850 pada akhir urus niaga semalam.


Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit meningkat ke paras 4.3635 berbanding dolar AS pada awal dagangan hari ini namun susut kemudiannya sekitar 4.3748.


Walaupun berlaku pembetulan itu, beliau menyifatkan kadar pertukaran semasa sebagai paparan paras terkukuh ringgit sejak Februari 2023.


"ada masa ini, paras rintangan pada julat 4.3000. Jika momentum peningkatan semasa ini berterusan, ringgit mampu mencecah paras itu (semula). Tumpuan utama adalah Simposium Jackson Hole yang dijangka menyaksikan Powell memberi bayangan mengenai tindakan dasar Fed seterusnya.


"Malah, kemungkinan pengurangan kadar faedah utama AS pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) September ini, juga semakin ketara dengan pasaran mengunjurkan penurunan sehingga 25 mata asas bagi Kadar Dana Persekutuan," katanya kepada Bernama.


Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama, kecuali yen Jepun yang menyaksikannya mengukuh sedikit pada 2.9917/9967 daripada 2.9946/9979.


Ringgit bagaimanapun susut berbanding euro kepada 4.8491/8568 daripada 4.8339/8388 dan turun berbanding pound Britain pada 5.6927/7018 daripada 5.6784/6843, sebelum ini.


Berbanding mata wang ASEAN, ringgit bagaimanapun diniagakan lebih rendah.


Ini termasuk susut berbanding dolar Singapura kepada 3.3466/3522 daripada 3.3424/3461 semalam dan rendah berbanding peso Filipina pada 7.74/7.75 daripada 7.73/7.74.


Nilai ringgit juga rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 283.5/284.2 daripada 281.6/282.1 dan turun berbanding baht Thailand kepada 12.7982/8254 daripada 12.7126/7308, sebelum ini.


Sumber: – Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2024 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Ringgiat catat tu apa?
Reply

Use magic Report

Post time 23-8-2024 01:01 PM | Show all posts
-----
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
kuku
kuku4545kuku
Views : 505 Replies : 0
kuku
kuku34tddtkuku
Views : 3939 Replies : 0
GEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahkan Trump & Epstein Lelong Budak Perempuan ~ Jolok Jari Ukur Ketat! [Emel Bocor Tentang PMX Pun Ada!!]
MahathirinaGEMPAR BUMI! Jabatan Kehakiman US Dedahk
Views : 43950 Replies : 23
Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis sudah ambil keterangan pelakon lelaki
ultra78Dakwa jadi mangsa seks luar tabii: Polis
Views : 6252 Replies : 1
PMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epstein Oleh Rakan Baik
bornePMX Pernah Disyorkan Kepada Jeffrey Epst
Views : 42291 Replies : 37
Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universiti Malaya #NawalShahirah [Dah Jumpa!]
tumpanglalu74Anak Abang Jamil Hilang ~ Siswi Universi
Views : 46329 Replies : 24
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 55381 Replies : 1073
Iman Abdullah
ZORRO5555Iman Abdullah
Views : 25887 Replies : 13
...BICARA KEMANUSIAAN...
seribulan...BICARA KEMANUSIAAN...
Views : 40141 Replies : 332
Toyota kereta no 1 paling dipercayai di dunia,kereta Jepun kuasai 4 tangga teratas
YgBenarToyota kereta no 1 paling dipercayai di
Views : 14536 Replies : 5

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2026 06:00 AM GMT+8 , Processed in 0.191550 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list