View: 35351|Reply: 62
|
Pokok tualang di Gua Musang ‘kebal’, ada penunggu - “Pokok besar ini lah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL"
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA – Tular di media sosial apabila sebatang pokok jenis tualang yang berada di laluan Gua Musang – Kuala Krai dikatakan ‘kebal’ kerana ada penunggu.
Dipercayai pokok berusia lebih 150 tahun berada berhampiran Kampung Sungai Bayu, Gua Musang itu masih kekal di tempat asalnya walaupun projek pembinaan Lebuh Raya Lingkaran Utama (LTU) sedang giat dijalankan di kawasan berkenaan.
Berdasarkan perkongsian di aplikasi TikTok oleh pengguna dikenali sebagai Ammar Taha, walaupun pokok lain disekelilingnya telah di tebang, tetapi pokok tualang berkenaan masih gah berdiri.
Menurut Ammar Taha, sekitar tahun 2000 banyak kemalangan berlaku berhampiran kawasan pokok berkenaan sehingga meragut beberapa nyawa.
“Sehingga ke hari ini masih tidak mampu ditebang oleh pihak berkuasa, padahal pokok-pokok lain sudah ditebang,”tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ada netizen mendakwa memang terdapat banyak kemalangan berhampiran pokok ‘kebal’ berkenaan.
“Ada kisah misteri pokok tualang ini,pada tahun 2000-2003 kerap berlaku kemalangan maut bawah pokok ini sampai pokok pon orang tak jadi nak tebang takut sebab bawah pokok tu memang ‘keras’ tempatnya macam ada penunggu,”dakwa @Ayub Lubricants.
Turut berkongsi kisah kemalangan yang meragut nyawa ahli keluarganya adalah seorang pengguna dikenali sebagai @moktehg.
“Pokok besar ini lah yang meragut nyawa mak mertua saya dari KL (Kuala Lumpur) ke Kelantan bas terbakar, semua tak selamat. Tinggal kenangan, sekarang bila saya balik dari KL sampai di situ mesti saya teringat,”tulisnya.
Selain kejadian kemalangan dan mistik ada juga netizen mendakwa bahawa pokok berkenaan dilindungi oleh pihak berkuasa sebagai mercu tanda sempadan daerah Gua Musang dengan Kuala Krai.
“Tak ada kisah mistik,penunggu bagai, ini pokok tualang yang di jaga jabatan hutan sebagai mercu tanda sempadan Gua Musang Kuala Krai,”kata @Hj Fauzi.
Sumber: KOSMO |
|
|
|
|
|
|
|
abis pokok lain kt tengah hutan kene pembalak haram, elok je tumbang, takde penunggu ke?apa penunggu pilih kasih perlu penempatan tepi jalan ka?
merepek sungguh |
|
|
|
|
|
|
|
X dapat tebang pergi bakar |
|
|
|
|
|
|
|
batmana replied at 8-8-2024 11:34 PM
abis pokok lain kt tengah hutan kene pembalak haram, elok je tumbang, takde penunggu ke?apa penunggu ...
hantu tak kacau hantu kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
Yg bas terbakar takde sape terselamat tu kisah benar ke? Mcm tak penah dgr pun |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau la korang hado third eye.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kata negeri islamik,negwri yg membangun bersama Islam,tapi masih lagi berpegang teguh kepada kepercayaan tahyul,khurafat??
Geno mu |
|
|
|
|
|
|
|
Berpenunggu? Pokok tu selamat kerana ia tidak terletak di kawasan pembalakan. Itu aje. |
|
|
|
|
|
|
|
iols doakan semua pokok berpenunggu
biar kurang sikit pokok kena cantas.
ini sebabkan dok cantas hutan buat rumah
habis monyet kacau rumah iols.
nak bunuh kesian
tak bunuh kita yang kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
yeke.....mnjg nak buat cer serem ke |
|
|
|
|
|
|
|
lobai purchayee penunggu
haloh2 |
|
|
|
|
|
|
|
Tokey balak dlm utan tu klau nak tau diorg la paling kuat sembah hantu setan klau nak buka kawasan balak baru...mesti ada kawasan khas utk depa sembah bakar colok bagai..sama juga macam kawasan pembinaan baru nak buka. Ada tempat khas untuk depa sembah benda2 ni..klau x leh jalan masih ada gangguan ganggu projek ujung2 minta org tempatan cari ustaz yg boleh halau benda tu..puii geng kapir ni lagi kuat takut hantu setan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik pokok, tak perlu tebang.
Kalau ada anugerah alam sekitar, jemput sekali hantu tu untuk terima, dah tolong jaga kan..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ada apa kat pokok tu, tak nampak apa pun. |
|
|
|
|
|
|
|
annehuda: Yg bas terbakar takde sape ter ...
Dlm mastika...org yg baca mastika jer tau uu... |
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 9-8-2024 07:56 AM
kesian...serambi isley takut ngan pokok...
|
|
|
|
|
|
|
|
tu lah
google2 jgk
klu semua penumpang maut disbbkan bas eksiden dan terbakar mmg xdop pun
klu eksiden, terbakar, ada yg meninggal dan ramai yg selamat, ada lah
|
|
|
|
|
|
|
| |
|