View: 37255|Reply: 84
|
[Tempatan]
Isteri dalam pantang jaga suami lumpuh
[Copy link]
|
|
LIPIS – Biarpun masih dalam tempoh berpantang, seorang wanita tetap tabah menjaga suaminya yang diserang angin ahmar sejak Mac lalu.
Nur Shafiqa Abdul Rahim, 33, dari Kampung Kuala Lanar berkata, sudah menjadi rutinnya untuk menguruskan suaminya, Mohd. Hamdan Che Mat, 43, termasuk memandikan dan memberi susu khas melalui tiub.
“Walaupun saya masih dalam tempoh berpantang anak ke lima, namun segala kerja rumah termasuk menguruskan anak sekolah dan suami yang lumpuh perlu dilakukan.
“Kami sekeluarga juga hilang punca pendapatan selepas suami yang sebelum ini bekerja sebagai peniaga roti canai di bandar Lipis diserang angin ahmar.
“Keadaan itu menyebabkan perniagaan yang diusahakan bersama terpaksa ditutup,” katanya di sini semalam.
Nur Shafiqa memberitahu, beberapa hari sebelum Aidilfitri lalu, suaminya diserang angin ahmar buat kali pertama ketika bangun dari tidur hingga menyebabkan dia tidak boleh bercakap dan menelan.
Katanya, suami kemudiannya dikejarkan ke Hospital Lipis dan doktor mengesahkan badan sebelah kanan diserang angin ahmar.
“Selepas melakukan fisioterapi dan mengurut, suami dapat bangun serta bergerak perlahan-lahan.
“Dua bulan kemudian sekali lagi suami diserang angin ahmar dan hasil pemeriksaan doktor mendapati terdapat darah beku di bahagian kepala sebelah kiri.
“Pembedahan untuk membuang darah beku juga tidak dapat dilakukan kerana terlalu berisiko, jadi suami bergantung kepada ubat cair darah,” ujarnya.
Tambahnya, kira-kira RM1,500 diperuntukan setiap bulan untuk membeli keperluan suaminya termasuk susu berharga RM73 sekotak yang hanya mampu bertahan dalam tempoh dua hari.
Katanya, suaminya mendapat bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM500 dan bantuan zakat RM600, namun ia masih belum mencukupi.
“Saya juga runsing memikirkan keperluan lima anak kami iaitu berusia antara sebulan hingga 6 tahun,” ujarnya.
Sesiapa yang ingin membantu boleh menghubungi Nur Shafiqa di talian 010-9155515 atau menyalurkan sumbangan ke akaun Agrobank 2006111000270105. |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Baru lagi lumpuh ingatkan dah lama. Nasib baik baca penuh artikel.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cattiecute at 31-7-2024 05:49 PM
penebar roti canai je
tapi anak 5
pastu complen macam2
ini bukan kes "rezeki" tau
sperma tu korang yang keluarkan
bukan jatuh dari langit
hujung2 bila macam ni mintak bantuan je la
apa pun nasib kita ni turun naik
so sebelum memancut sperma tu
fikir panjang2 ye kos anak2 dan macam mana nak jaga amanah dari Allah swt |
|
|
|
|
|
|
|
Kuat semangat dia.
Semoga diprmudahkan urusan dan dimurahkan rezeki.
Adun kawasan sila bntu apa yg patut |
|
|
|
|
|
|
|
Kata benang sebelah istri tgh pantang, somi kena sondol, bkn nk jaga istri. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut dia berdoa mintak laki dia kena stroke kt kote |
|
|
|
|
|
|
|
kondom boleh dapat free je kat klinik kesihatan
tu je la nak kabo
sekain |
|
|
|
|
|
|
|
Sian le anak kecik2 cenonet je lg. Moga dipermudahkan |
|
|
|
|
|
|
|
laki dia kena stroke bulan mac hritu, makna she mngandung sbelum kejadian lah kan..? takde punca pndapatan smnjak laki stroke lalu lumpuh, makna bukanlah sjenis pemalas laki bini ke ape.... |
|
|
|
|
|
|
|
moga dipermudahkan semuanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Beza umur 10 tahun couple ni
Last2 npk sama baya je |
|
|
|
|
|
|
|
iols nak tengok kisah ni yang opposite - suami jaga isteri sakit.
baru berbaloi jadi berita.
kisah isteri jaga suami sakit ni macam terlalu biasa |
|
|
|
|
|
|
|
ChildrenOfBodom replied at 31-7-2024 05:57 PM
Patut dia berdoa mintak laki dia kena stroke kt kote
|
|
|
|
|
|
|
|
Aduh kak, keje jual roti canai, berapa sgt pendapatan tp buat ank smpai 5. Kesian hak ank2 |
|
|
|
|
|
|
|
anony-mous replied at 1-8-2024 12:24 AM
Aduh kak, keje jual roti canai, berapa sgt pendapatan tp buat ank smpai 5. Kesian hak ank2
Yeppp.. org miskin selalunyaa ramai anakk |
|
|
|
|
|
|
|
Allah kesian.. moga Allah mudahkan urusan keluarga ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
5 anak rapat2 plak tu..
Pergh...
Nak menjaga.lagi..jaga anak lagi
Moga akak.kuat lah |
|
|
|
|
|
|
| |
|