View: 33687|Reply: 24
|
Tasik Taiping Kering Kontang : "Tak ada sebab (untuk pam air dari sungai berdekatan) kerana ia memerlukan kos," - MB Perak
[Copy link]
|
|
Ipoh: Keadaan paras air tasik di Taman Tasik Taiping dekat Taiping yang mengalami pengeringan drastik hingga menampakkan bahagian dasarnya akan dibiarkan pulih secara semula jadi.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, berkata ia berikutan tasik kawasan itu hanya berperanan sebagai tempat rekreasi, tidak seperti Tasik Bukit Merah (Empangan Bukit Merah) yang airnya adalah bagi kegunaan domestik serta pengairan pertanian.
Menurutnya, tiada langkah mitigasi dilakukan kerana ia membabitkan kos agak mahal serta tidak setimpal dengan peranan tasik itu.
"Keperluan mendesak lebih kepada Tasik Bukit Merah.
"Kita biarkan sahaja, kita tunggu ia (paras air kembali) seperti mana biasa, secara semula jadi iaitu air masuk semula ketika musim hujan.
"Tak ada sebab (untuk pam air dari sungai berdekatan) kerana ia memerlukan kos," katanya ketika ditemui pemberita selepas program Townhall Wanita Perak : Mic On With Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad di Hotel Casuarina @Meru, Meru Raya, di sini hari ini.
Hadir sama Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed.
Hari ini, media melaporkan biarpun bandar Taiping dikenali sebagai 'Bandar Hujan' namun ia tidak terkecuali dari impak musim kemarau apabila difahamkan sudah lebih sebulan ia tidak menerima hujan.
Dalam perkembangan berkaitan, Saarani berkata sumber air bawah tanah yang sebelum ini pernah dilapor terdapat berdekatan Loji Rawatan Air (LRA) Gunung Semanggol, Bagan Serai terletak tidak jauh dari Empangan Bukit Merah hanya dapat menampung keperluan proses rawatan dan pembersihan air di LRA terbabit bagi kegunaan penduduk sekitar.
Katanya, justeru itu sumber air bawah tanah terbabit difikirkan tidak mampu menyelesaikan masalah pengairan yang disebabkan oleh pengeringan paras air Tasik Bukit Merah, sebaliknya hanya mampu menampung bagi kegunaan Lembaga Air Perak (LAP).
"unca air bawah tanah itu adalah projek kepunyaan LAP yang mana ia tidak sama seperti Tasik Bukit Merah. Tasik Bukit Merah ini kita perlu penuhkan takungan (dalam tasik) itu, (namun) dikatakan sumber air bawah tanah itu bukan dalam kawasan tasik itu (Tasik Bukit Merah).
"Sumber air (bawah) tanah itu di luar (kawasan tasik).... (jadi) ia tidak akan menyelesaikan masalah. Ia hanya boleh digunakan untuk mereka (penduduk) di sekitarnya sahaja, bukan untuk pertanian.... Ia adalah alternatif kepada LAP," katanya.
Sumber: Harian Metro
Lebih banyak info terkini di Channel Rasmi Cari Dot My
Telegram Channel : https://t.me/+KyXuOvLcTgkxZWE1
Whatsapp Channel : https://whatsapp.com/channel/0029Vacxp9d9MF91QzmmW60X
Threads : https://www.threads.net/@caridotmy |
|
|
|
|
|
|
|
Haritu iols pegi,penuh melimpah air sampai ke tepi.nak jalan pun takut kalau2 ada buaya tetiba muncul |
|
|
|
|
|
|
|
Sampai sekering ini ye jadinya.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebulan x hujan dah camni, imagine kalau 3 bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Ipoh ni antara tempat aku xpenah explore tp slalu singgah kalo mhala ke kedah @ blk dr kedah.
Hada gerai mkn kt dataran majlis ka hapa nama juai goreng² itik laki aku suka bwk singgah mkn kt situ.
Last yr p katanya dh pindah meru.
Malas nk musing carik la dh |
|
|
|
|
|
|
|
huish kering kontang. hujung taun lps g sini penuh air.. |
|
|
|
|
|
|
|
apa ayat "tak ada sebab kerana ia memerlukan kos". sepautnya ada sebablah kerana air dah kering
ayat kat atas tu dah cukup bagus, "tak mampu pam sebab ada kos... " |
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan kerajaan Perak untuk membiarkan Tasik Taiping pulih secara semula jadi boleh difahami memandangkan fungsi utamanya sebagai kawasan rekreasi. Walau bagaimanapun, kekurangan rancangan konkrit untuk menangani isu itu, terutamanya memandangkan potensi kesan alam sekitar tasik pengeringan, adalah membimbangkan. Slope Game |
|
|
|
|
|
|
|
memey la cetek
tp kena igt once air tasik penuh, dasar die tanah lembut
maybe jgk berselut
so klu pijak mau tenggelam jgk at least paras nak dada utk ketinggian mcm alip tu
eh tiber masuk alip
|
|
|
|
|
|
|
|
betullah tak ada sebab..air tasik ni bukan digunakan utk salirkan air kat penduduk tepeng pun nak beriya pam buat apa. ngabih duit ja. tasik tempat riadah ja ni, utk dating2 tepi tasik..gituh
|
|
|
|
|
|
|
|
beriya tunjuk tasik ni kt 'tempat menarik di taiping'...apa yg menarik kalo kering kontang...tolong kuarkan drp 'tempat menarik' tu. |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa....ini fenomena biasa je kat taman tasik tepen tu.....dari seingat2 aku mula boleh ingat, tahun 1977 sampai la sekarang, akan terjadi je fenomena ni...kering kontang sampai merekah mcm dlm gamar....nanti2 dalam beberapa minggu akan ada la balik air melimpah ruah dihiasi bunga2 teratai tu... |
|
|
|
|
|
|
|
pegi time2 hujung tahun mmg la penuh sebab musim hujan....jadi merekah mcm ni bila tak hujan ditambah panas terik yg membara untuk beberapa hari/minggu. okay je. betullah report tu ckp tak perlu pam air masuk, membazir, sbb bila dah start hujan akan naik la air kat dlm tasik dan jadi cantik semula.
|
|
|
|
|
|
|
|
ye....lebih kurang mcm kita nak tengok snow kat negeri omputih, tapi pegi time summer, haruslah nan hado....
|
|
|
|
|
|
|
|
aikk tepen hat hari2 ujan tu pun tak ujan kaaa???
|
|
|
|
|
|
|
|
Tasik darulaman pun tak pernah kering mcm ni walau berbulan2 tak hujan kat jitra nu |
|
|
|
|
|
|
|
haha atau pi masuk Lavender Garden kat Cameron sebelum musim bunga berkembang..ada tanah dgn dedaun je..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|