View: 26066|Reply: 20
|
[Jenayah]
Tidak perlu tunggu 24 jam untuk lapor kes orang hilang - KPN
[Copy link]
|
|
Razarudin berkata sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis. - Foto fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Orang awam tidak perlu menunggu sehingga 24 jam untuk melaporkan kes kehilangan ahli keluarga mahu pun kenalan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.
Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang.
"Ada yang kata perlu tunggu sampai 24 jam, 48 jam hingga 72 jam dalam keadaan gementar serta gemuruh. Ini mitos semata," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.
Beliau berkata, sekiranya sudah melakukan carian orang yang dirasakan hilang dan cuba hubungi tapi gagal boleh segera ke balai polis.
Katanya, ini sebagai langkah awal mengelakkan suatu insiden buruk berlaku terhadap individu yang dilaporkan hilang.
Dalam pada itu, beliau turut menasihatkan agar masyarakat terus memainkan peranan membantu menyalur maklumat mengenai kes orang hilang.
"Peranan masyarakat sangat dihargai dalam membantu pihak polis.
"Saluran di pelbagai medium kita hebahkan berkait kes orang hilang untuk orang awam bersama kita membantu siasatan kes," ujarnya.
Baru-baru ini tular pertanyaan daripada warganet mengenai prosedur operasi standard (SOP) mengenai laporan polis yang perlu dibuat berkait kes orang hilang. - Sinar Harian |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
so berapa jam yang baru blh report lps segala usaha sendiri tak berjaya
|
|
|
|
|
|
|
|
agak2 da xdapat contact bole la kot
dia xkata lak bape jam kan
tp kalau 24jam tu mitos sapa yg mula2 create isu 24jam tu ye
|
|
|
|
|
|
|
|
skrg memang musim orang hilang kot |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau report pekerja awam hilang kt pejabat waktu pagi cm dkt pejabat kaunter tu .ngular pi makan pagi bagai .bole tk report sbg org hilang? |
|
|
|
|
|
|
|
pagi keluar dan petang tak balaik balik..lepas tu cuba call tak jawap dan x dapat hubungi..dah boleh kot pergi report polis.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mungkin sebab dia kena racun dengan biskut |
|
|
|
|
|
|
|
bnyk tgk drama polis us tuuu
|
|
|
|
|
|
|
|
uittt org lama ni
lama x nmpk
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Skuau at 18-7-2024 04:32 PM
batmana replied at 18-7-2024 03:10 PM
Kalau report pekerja awam hilang kt pejabat waktu pagi cm dkt pejabat kaunter tu .ngular pi makan pa ...
itu kaloo...orng tempat ko nk buat report orng hilang...'pung...hilang'...gimana??? |
|
|
|
|
|
|
|
SOP polis sedunia kot..cari dulu 24j then baru report
Tapi ikutkan kes yg makin mencanak sekrg ni, kalau dah rasa x sedap hati, out of norm..boleh la report segera..sbb the first 24 hrs tu pun dah dikira kritikal
|
|
|
|
|
|
|
|
ada je online masuk forum ..
cuma lama tak bagi komen..
|
|
|
|
|
|
|
|
Jangan IGP cakap boleh report sebelum 24 jam tapi bila actual kat balai anggota & pegawai cakap kena tunggu 24 jam.. selalu macam tu.. top cakap lain, ground cakap lain.. |
|
|
|
|
|
|
|
now i rememberuols famous kt thread GV sbb org dalam
|
|
|
|
|
|
|
|
jalan penyelesaian mudah pendek setakat ini...:
Share your real-time location with othersYou can choose who can find your location and how long to share your location with Google Location Sharing. Tip: Other Google products may also allow you to share a one-time location with others. People you share your location with can always see: - Your name and photo.
- Your device’s recent location even when Google apps aren’t being used.
- Your device’s battery power and if it’s charging.
- Your arrival and departure time if they add a Location Sharing notification.
They may also see other info depending on how you’re sharing.
Share your location
Share with a person who has a Google Account
|
|
|
|
|
|
|
|
renko replied at 18-7-2024 02:53 PM
agak2 da xdapat contact bole la kot
dia xkata lak bape jam kan
tp kalau 24jam tu mitos sapa yg mul ...
Kalau ke balai untuk lapor oramg hilang oung mmg polis akan tanya dah lebih 24jam ke tak jumpa dia..
Gitu lah iols dengar masa kat balai |
|
|
|
|
|
|
|
wahhh otai GV, nk OT sat, ada GV x tahun ni, sbb ada kilauan emas pulak ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang. tapi tu lah IGP plak kata mitos
tu nak tahu mula2 dr mana tu kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Menurutnya, dakwaan perlu menunggu sehingga 24 jam selepas kehilangan ialah mitos yang sering disebarkan banyak pihak tanpa asasnya.
"Tidak ada ketetapan atau undang-undang yang memaksa anda bersabar, bertenang atau bertahan dalam tempoh panjang. entah laa
sbb IGP yang kata mitos
hahahaha
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
| |
|