CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 16218|Reply: 45

[Tempatan] Bumbung parking TRX bocor:Wanita Pemilik Kereta Volkswagen Beetle Terkena Air Sisa Makanan Ditawarkan Pakej Cucian Kereta Percuma Setahun.Kini dalam keadaan trauma.Hanya naik pengangkutan awam

  [Copy link]
Post time 28-6-2024 08:17 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-6-2024 08:20 AM

Beberapa hari lalu telah tular video dan foto sebuah kereta Volkswagen Beetle yang terkena simbahan oleh air bocor yang kotor.




Air tersebut adalah daripada air saluran paip sisa makanan yang berbau.

Ramai yang simpati dengan pemilik kereta tersebut dan mahu tahu apakah pampasan yang bakal diterima wanita itu.

Kerana apa yang berlaku adalah kesilapan daripada pengurusan pasaraya tersebut. Pemilik kenderaan pula parkiri di tempat yang disediakan.

Malah ada yang menyatakan bahawa, bayar mahal mahal parkir di situ namun dapat ‘hadiah’ air busuk pula. Awalnya ada yang menjangkakan itu air daripada tandas.

Ternyata bukan, ianya masih kotor, kerana air daripada saluran untuk sisa makanan.

Pemilik kereta tersebut seorang wanita yang dikenali dengan Eyera. Dia menyatakan bahawa pampasan yang ditawarkan oleh pengurusan pasaraya itu agak tidak adil.

Di mana dia ditawarkan cucian kereta percuma untuk setahun.

Rundingan masih lagi berjalan antara kedua dua pihak kerana Eyera keberatan menerima tawaran tersebut.

Dipetik daripada Beautifulnara, Eyera berkata: “Disebabkan tindakan membuka pintu kereta itu jugalah, mungkin ada percikan air yang masuk sampaikan kereta saya berbau masam sampai sekarang.

Buat masa sekarang, ia masih dalam proses perbincangan dan kita tunggulah apa pihak pengurusan boleh buat. Saya tak minta apa-apa lagi.

“Mereka ada tawarkan nak bagi saya servis cuci kereta secara percuma selama satu tahun. Tapi saya tinggal di Damansara, takkanlah saya nak pergi ke pusat beli belah itu semata-mata untuk basuh kereta. Nak kena bayar parkir lagi.

“Lepastu berapa banyak kali pula saya nak basuh kereta dalam satu tahun tu, jadi saya rasa tak adil.”

Eyera akui pengalaman itu membuatkan dia trauma. Dan kini dia lebih memilih untuk menaiki pengangkutan awam sahaja untuk ke pasaraya.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 08:28 AM | Show all posts
Ya Aulloh Kau tulun la ziz ni dapat pampasan selayaknya
Terpaling ptsd kena naek public transport
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 08:31 AM From the mobile phone | Show all posts
Gila busuk ah wei..
Kena air banjir pung dah kepam
Apatah lg air mcm ni..huhu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Counter offer la mintak pengurusan bayar installment keta setahun
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Mintak pampasan la dgn parking free setahun. Byk duit bdk2 ni pakai beetle
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
omg..kalau i buang terus keta tu
tp kereta knnn..xkn nk buang..
i kan kalau brg i kotor kena pape yg busuk mmg xkn basuh..buang je..i pernah buang kasut yg baru pakai 1 kali je..dan kasut tu rega xmurah mana..
mak i mrh jgk la..dia ckp jari u yg kena nk buang tak
geli la..weekkkk
tp dpt cucian utk sthn tu ok la hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-6-2024 09:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Rendam la kereta kau ni dalam air laut. Confirm bau busuk hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 10:15 AM | Show all posts
pergi service centre je suruh buat deep cleaning..
mahal juga la charges sebab dorang bongkar kereta buka seat semua cuci habis macam kereta banjir..
suruh sc buat quotation pastu claim dulu kat trx..
dapat duit baru hantar cuci..
claim sekali loss of use..
kalau ada duit amik lawyer je hantar LOD..
pandai la lawyer claim segala apa yang boleh claim..
bukti sah sah dah berlambak kat internet..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 11:05 AM | Show all posts
kakak macam orang kaya dan berpelajaran, kenapa tak saman je management TRX?
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:08 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian kereta tu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:16 AM | Show all posts
Jgn accept offer tu sebab tak padan dgn suffering that you endured. Kena include loss time of use, deep cleaning, traveling time etc etc. Jgn kasi muka dgn kecuaian camni..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:17 AM | Show all posts
Firenzza replied at 28-6-2024 09:10 AM
Counter offer la mintak pengurusan bayar installment keta setahun

yg ni mcm sedap ye


i like
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:21 AM | Show all posts
kalau aku pun trauma wei
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
TRX?. biar betul..
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:39 AM | Show all posts
shernazz replied at 28-6-2024 12:31 AM
Gila busuk ah wei..
Kena air banjir pung dah kepam
Apatah lg air mcm ni..huhu..

Duduk belakang atau tepi lori sampah pun
dah melekat bau
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 11:40 AM From the mobile phone | Show all posts
There are people that are dying in the world
Tapi betul la suggestions porummers tu
Gasak maximum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-6-2024 11:42 AM | Show all posts
Uwekkk minta tukar kereta baru lah, kalau i dapat X50 pun jadi dah
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Meols kalu gi TRX valet parking jer senang, RM50 walau keta proton jer.
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 04:51 PM | Show all posts
Tumpang simpati. Aku kalau lalu kat bawah saluran pembentung ni memang terfikir ala-ala Final Destination
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2024 04:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke TRX hanya lubang kosong
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 303599 Replies : 7496
My Sweet Mobster (2024) – JTBC
heythere123My Sweet Mobster (2024) – JTBC
Views : 9611 Replies : 36
Teka kerja apa
TomyamPutehTeka kerja apa
Views : 12144 Replies : 62
Lawak edisi PDPR
MistrezHermanazLawak edisi PDPR
Views : 22310 Replies : 88
Ada Apa dgn Pen Dekat Bank
MistrezHermanazAda Apa dgn Pen Dekat Bank
Views : 14948 Replies : 65
Borak Idea yg blh jana side income
makitingBorak Idea yg blh jana side income
Views : 6744 Replies : 36
Siapa macam ni cepat mengaku!
SurfnsunSiapa macam ni cepat mengaku!
Views : 16662 Replies : 77
Hipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bondong ke Apple Store dekat TRX
YgBenarHipokrit ?Rakyat Malaysia berbondong bon
Views : 9143 Replies : 16
JOM test mata korang?
fahdramliJOM test mata korang?
Views : 30998 Replies : 169
Bila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
ciksepatuBila Jumpa Orang yang Kita Kenal Be Like
Views : 19859 Replies : 108

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-7-2024 06:22 PM GMT+8 , Processed in 0.072594 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list