CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
12Next
Return to list New
View: 13230|Reply: 24

Suami tak suka dengar aku kongsi masalah

[Copy link]
Anonymous
Anonymous  Post time 16-6-2024 03:15 PM |Read mode
Edited by Anonymous at 16-6-2024 03:27 PM

Aku pendekkan cerita la. suami aku bila aku share pasal kerisauan aku, dia macam tak suka dengar.semalam dah terbukti yang dia memang tak suka dengar aku share masalah.

aku memang ada masanya overthinking sikit. dan ye aku ada masalah anxiety tapi terkawal dan belum sampai tahap kena makan ubat. Pernah kena pegi sesi theraphy lebih kurang tahun 2013 macam tu. dalam 2 sesi je pegi dan lepas tu aku ok. Aku tahu kawal.

Tapi aku jenis kalau risaukan sesuatu, aku akan bagitau suami aku. Aku cuma nak dia dengar dan cakap "It's okay. Jangan risau sangat. Kita settle sama-sama" Aku nak dia cakap macam tu je. Untuk bagi aku tenang sikit.

Semalam dia cakap dia stress dengan aku. Dia tak suka aku cerita apa-apa pasal kerisauan aku.

Aku bagi contoh ya. Hari tu kitorang bersama, dan aku suruh dia pakai kondom sebab aku memang tak nak pregnant lagi. Ada banyak faktor kenapa aku tak nak pregnant lagi. Ye dia pakai. tapi aku still ragu-ragu. Aku akan tanya tak bocor ke? Sebabnya, masa dapat anak kedua pun aku suruh pakai kondom and guess what, aku pregnant!

Bila aku cakap kondom ni bukan bagi jaminan 100% selamat dia tak nak terima. Sudahnya dia cakap kat aku tak payah la make love lagi. Asyik risau je. Sakitnya hati aku bila dia cakap macam tu. Aku bukan nak tolak make love terus. Aku cuma nak dia yakinkan aku bahawa kondom yang dia pakai tu tak bocor. Itu je. Just bagitau '"Jangan risau kondom ni tak bocor. Dah check lepas bukak tadi takde bocor"

Sedihnya aku hari ni. Aku terlalu sedih. Rasa jauh hati sangat. Aku dah la takde kawan2 nak kongsi cerita. Takkan hal-hal macam ni nak cerita dengan kawan opis pulak. Dengan suami je la tempat aku nak luah rasa. Tak sangka rupanya dia tak suka.

So semalam kitorang bergaduh sikit dan aku cakap kat dia "Jangan risau lepas ni saya takkan cerita apa-apa kat awak. Saya pendam sorang je"




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Anonymous
Anonymous  Post time 18-6-2024 11:37 AM
Prickford replied at 18-6-2024 11:05 AM
Sheolls alergik kot takleh consume atau pasang apa2 perancang. Nak ikat tak dan plak kot masa bers ...
deleted
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:04 AM | Show all posts
member tengah on form nak make love pergi tanya macam2 lak mana tak meletup kepala otak dia jokes aside, kalau dah taknak mengandung kenapa tak cucuk ubat atau ikat je?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 09:39 AM From the mobile phone | Show all posts
It's okay utk rasa risau dan ragu2. but as u said, u boleh control u punya anxiety. Sorry bkn nak down kan u, tp rasanya u relapse ni dan u kena seek help sekali lagi. kadang2 kita rasa mcm kita okay dan dpt kawal tp org lain tgk sebaliknya. as for ur hubby, rasanya bkn dia tk nk dgr masalah u. tp maybe kdg2 dia pun ada masa serabut. kdg2 mgkn masalah kecil dan remeh bg dia tp bg u seolah2 benda tu mcm nk kiamat dunia. why don't, u berdua talk it out as a couples. utk tk nk pregnant, selain ubat dan cucuk, kan boleh guna implan maybe? hidup ni simple jgn serabutkan dgn benda remeh. klu preggy, rezeki. lgpn u belaki kan? byk org yg dh kahwin tkda rezeki anak lagi. go seek help and treatment sekali lagi. ur mental state tk okay.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 10:35 AM From the mobile phone | Show all posts
mybe timing tt xkena kot..org laki ni xsuka bnda remeh..dia pun mybe xtau cara nk bg tt rasa lega n tenang..ppuan ni mmg kte cpt kalut n panik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 11:05 AM | Show all posts
duri_durians replied at 18-6-2024 01:04 AM
member tengah on form nak make love pergi tanya macam2 lak mana tak meletup kepala otak dia  jo ...

Sheolls alergik kot takleh consume atau pasang apa2 perancang. Nak ikat tak dan plak kot masa bersalin yg kedua
Reply

Use magic Report

Follow Us
Anonymous
Anonymous  Post time 18-6-2024 11:40 AM
duri_durians replied at 18-6-2024 09:04 AM
member tengah on form nak make love pergi tanya macam2 lak mana tak meletup kepala otak dia  jo ...

tanya lepas settle. bukan sebelum.
Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 18-6-2024 11:40 AM
CoffeeOverdose replied at 18-6-2024 09:39 AM
It's okay utk rasa risau dan ragu2. but as u said, u boleh control u punya anxiety. Sorry bkn nak do ...

ok baik terima kasih atas nasihat tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Anonymous
Anonymous  Post time 18-6-2024 11:41 AM
kaoru44 replied at 18-6-2024 10:35 AM
mybe timing tt xkena kot..org laki ni xsuka bnda remeh..dia pun mybe xtau cara nk bg tt rasa lega n  ...

mungkin la. time tu saya tengah drive, dia duduk sebelah. mungkin la kot timing tak kena.
Reply

Use magic Report

Anonymous
Anonymous  Post time 18-6-2024 11:42 AM
Prickford replied at 18-6-2024 11:05 AM
Sheolls alergik kot takleh consume atau pasang apa2 perancang. Nak ikat tak dan plak kot masa bers ...

ada plan nak pasang implanon. tengah kumpul duit lagi. selain tu pakai kondom dan morning after pill.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 10:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Kamu tahu apa jawapan yg kamu nk dr husband.jd kamu bygkan jer la die jawab mcm tu..
Jd..aman aman saja
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2024 10:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin awk terlalu overthinking..kn amalkan sikap MALAS LAYAN PERASAAN ..sibukkan diri dgn anak2.  layan kdrama ke...mungkin boleh membantu
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 02:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Kita kalau tlampau risau mcm2 hal memang akan ganggu kualiti/kegembiraan hidup. Iols setuju cadangan kat atas untuk u gi treatment semula. U je rasa okey, tp mungkin tidak kepada org yg rapat dgn u.

I hope u cepat dapatkan terapi/treatment so that quality kehidupan u akan jadi lebih baik & relay u & husband getting better
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2024 09:07 PM | Show all posts
Beli sendiri kondom
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2024 02:46 PM | Show all posts
Anonymous replied at 18-6-2024 11:40 AM
tanya lepas settle. bukan sebelum.

aku rasa kau kna rawat smula anxiety ke depression tu semua.
jgn salahkan suami saja.
tak semua orang suka dgr bebelan, rengekan atau aduan yg panjang berjela atau berulang2.
kau ragu-ragu, bila kau express dekat orang akan menyebabkan orang pula ragu-ragu dan serabut.

lepastu nak main guilt trip 'ok la lepas ni taknak mengadu apa2 dah'. tapi kau akan pendam pendam dan terus memendam lama2 depression breakdown.

practice healthy communication. jgn main tarik tali, guilt trip, passive aggressive. jumpa therapist kalau perlu.
yg penting - understand and fix yourself first, baru suami.


Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2024 07:09 PM From the mobile phone | Show all posts
duri_durians replied at 21-6-2024 02:46 PM
aku rasa kau kna rawat smula anxiety ke depression tu semua.
jgn salahkan suami saja.
tak semua or ...


oso, smoga cepat sembuh tuan tanah..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2024 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca confession ni terus terfikir aku pun ada anxiety ke ni. Huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2024 07:36 AM From the mobile phone | Show all posts
ikat je, habis cerita
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2024 03:01 PM | Show all posts
Beli sndri kondom, on ubat perancang, then dah cukup duit pasang implanol..yg lain tu tawakkal jee
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2024 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Overthinking - luahkan perasaan - tapi nak jawapan seperti yang difikirkan.

Maybe patut seek for help again.

Rujuk pada yang pakar untuk get better life and mental health sis.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
HANYA SATU PERKATAAN  - VOL 47
tudung_bawalHANYA SATU PERKATAAN - VOL 47
Views : 5566 Replies : 3459
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 191804 Replies : 3947
Hanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plastik berisi pakaian, telefon bimbit dan motosikal Yamaha Y16 di tepi tembok jambatan,Mayat lelaki terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang ditemui.Al Fatihah
YgBenarHanya Rindu:Meninggalkan bungkusan plast
Views : 17853 Replies : 2
Kelantan sebenarnya duduk atas jalur emas paling kaya di Malaysia
YgBenarKelantan sebenarnya duduk atas jalur ema
Views : 772 Replies : 23
Malaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Buah Nasional, tapi Menteri Indonesia Dakwa Mereka Lebih Layak
AbahmungMalaysia Mahu Jadikan Durian Sebagai Bua
Views : 17890 Replies : 14
Pemandu wanita selamat, kereta dihempap runtuhan binaan .
noor2Pemandu wanita selamat, kereta dihempap
Views : 14930 Replies : 2
'Saiz ular sawa itu besar seperti anaconda' - APM
B40tastePosh'Saiz ular sawa itu besar seperti an
Views : 17851 Replies : 7
Ayam : Sila Pilih Jawapan.....
telracsAyam : Sila Pilih Jawapan.....
Views : 14181 Replies : 96
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 86637 Replies : 362
Official Muzik Muzik 40 (2025)
fadz84Official Muzik Muzik 40 (2025)
Views : 38674 Replies : 667

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2025 09:25 AM GMT+8 , Processed in 0.585171 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list