View: 22490|Reply: 90
|
Rakyat Thailand tidak melancong ke Malaysia kerana faktor bahasa
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR – Sebahagian besar rakyat Thailand yang tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris atau Melayu menjadi antara punca mereka tidak cenderung melancong ke Malaysia.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, perkara itu menyebabkan ketidakseimbangan dalam jumlah kehadiran pelancong kedua-dua negara.
“Kita mengetahui bahawa kemasukan rakyat Malaysia ke Thailand begitu ramai sekitar 4.8 juta setahun, tetapi kemasukan pelancong Thailand ke Malaysia agak kurang, saya dimaklumkan sekitar 1.3 juta.
“Pihak Thailand memaklumkan memang ada kesukaran kerana rakyat Thailand agak sukar berbahasa Melayu dan Inggeris berbanding rakyat Malaysia yang lebih fasih berbahasa Inggeris dan ada yang turut menguasai bahasa Thai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Muhammad Sanusi menerima kunjungan hormat Gabenor Songkhla, Somnuk Promkheaw yang turut mengadakan mesyuarat bersama delegasi Thailand.
Kata beliau, usaha meningkatkan jumlah pelancong Thailand ke negara ini perlu dilakukan segera menerusi pelbagai aktiviti promosi dan penerangan lokasi menarik dalam negara terutama menjelang Tahun Melawat Kedah 2025.
Sementara itu beliau berkata, perbincangan bagi memudahkan urusan kemasukan kenderaan perdagangan yang membawa barangan segar dari Thailand ke Malaysia turut dilakukan dalam pertemuan itu.
Namun perkara yang dibangkitkan delegasi Thailand ada di antaranya tidak dapat diputuskan kerana tertakluk di bawah bidang kuasa Kerajaan Persekutuan.
“Kerajaan negeri sedia membawa isu itu ke peringkat lebih tinggi. Kita juga bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Sempadan antara Kedah dan Songkhla untuk menyelesaikan isu dibangkitkan dalam sektor perdagangan, pelancongan, pendidikan dan budaya.
“Akan ada satu lawatan balas daripada kerajaan negeri Kedah ke Songkhla dalam masa terdekat dan kita akan memohon wakil agensi Persekutuan turut serta bagi menyelesaikan isu di bawah bidang kuasa mereka,” katanya.
Dalam pada itu, Promkheaw turut menyatakan komitmen pihaknya dalam membantu Kedah dan Malaysia mempromosikan sektor pelancongan kepada rakyat Thailand terutama membabitkan penduduk di wilayah selatan.
Katanya, turut menjadi perhatian adalah isu pendaftaran perkahwinan pasangan dari Malaysia yang gagal didaftarkan di negara asal, selepas proses pernikahan dilakukan pihak Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla.
“Hal ini menimbulkan masalah pada masa hadapan sekiranya pasangan terbabit mempunyai anak yang tiada Sijil Kelahiran sehingga menyukarkan mereka mendapat kewarganegaraan, jadi kita sedia membantu pasangan terbabit menyelesaikan masalah ini,” katanya.
Sumber – KOSMO! ONLINE |
|
|
|
|
|
|
|
Org malaysia kena belajar kecek siam. Thai speaker not only.
|
|
|
|
|
|
|
|
Banyak yang Kedah perlu belajar dari Siam terutama cara cara membuat Tom Yam dan Som Tam yang sedap dan enak. |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan setakat isu bahasa sahaja, paling penting tiada apa yg menarik kat kedah utk pelancong thai lawati. Aku percaya Dari 1.3 juta pelancong Thai tu, kebanyakannya ialah pekerja2 kedai tomyam. Yg lain akan melawat penang ipoh & kl. |
|
|
|
|
|
|
|
Habistu dorang melancong ke mana je, ada ke negara lain boleh cakap thai? |
|
|
|
|
|
|
|
Apa yang ada di Malaysia, di thailand juga ada malah lebih menarik.
Apa yang ada di Thailand tiada di Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
FOTHER-MUCKER replied at 7-5-2024 04:06 AM
Apa yang ada di Malaysia, di thailand juga ada malah lebih menarik.
Apa yang ada di Thailand tiada ...
Apa yg mesia ada tapi lagi menarik kat telen? Dan apa yg telen ada yg mesia takde? |
|
|
|
|
|
|
|
Org Thai dtg msia sbb nk keje. Kalo dia pg melancong Kat Langkawi pun mesti nyesal. Da la jamed, makanan penginapan semua mahal. Baik duduk Thailand lg best. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ninja boy at 7-5-2024 07:56 AM
Thailand byk entertainment, tv byk siaran, ptg2 bersenam joget2, mknn sedap murah, persekitaran kampung2, tanpa pencemaran hidup sekdar ada blackout no problem berbanding Malaysia yg semua kena hidup perfek |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Dwdrum at 6-5-2024 04:42 PM
FOTHER-MUCKER replied at 6-5-2024 12:06 PM
Apa yang ada di Malaysia, di thailand juga ada malah lebih menarik.
Apa yang ada di Thailand tiada ...
Casino and nighclubs... If langkawi ada casino akan attract lebih banyak tourist.. Seperti Goa india... Sebab 1 genre music goa attracts west tourist and israelis masuk dalam list tempat wajib visit... Tetapi perubahan quite drastic untuk lobai PAS |
|
|
|
|
|
|
|
moga dikekalkan tradisi negara kita. bukan kerana nak tarik pelancong ke negara kita sampai sangggup kita menggadai maruah tanahair. |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 7-5-2024 08:10 AM
moga dikekalkan tradisi negara kita. bukan kerana nak tarik pelancong ke negara kita sampai sangggup ...
Tak perlu gadai maruah negara pun. Just showcase budaya negara kita pun insyaallah mampu tarik pelancong sana. Contoh perarakan Thaipusam, lion dance time chinese new year, decoration diwali, pertunjukan fesyen islam etc. Benda2 ni tak dak di thailand. Tp kerajaan negeri kena bersikap terbuka la dgn agama lain. Ini geng hindu nak angkat kavadi time thaipusam pun kena pi penang. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab pelancongan ni jauh Thailand tinggalkan Malaysia, banyak daya tarikannya.
Rakyat pun lemah lembut, klu kekwat tu rare sangat nak jumpa.
Personally prefer Thai klu setakat short vacay, jauh lagi jimat drp cuti-cuti Malaysia. |
|
|
|
|
|
|
|
Thailand negara yang menarik untuk dilawati |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 7-5-2024 10:52 AM
Janalgan cemas malaysia akan kekurangan pelancong asing ...
Yakinlah jika Malaysia berhasil mengembangkan Casino, Night Club, Panti Pijat, Prostitusi serta activity perjudian yang HALAL ... maka akan berbondong-bondong pelancong dari negara arab yang kaya minyak datang berduyun-duyun nak datang ke malaysia dan menghabiskan wangnya di sini ...
Bangun logo atau jargon baru Malaysia..
Aa Center oh Halal Islamic Madani Country .... You can get all private pleasure in Malaysia ....Enjoy it without Sin Here .... Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by B40tastePosh at 7-5-2024 11:07 AM
Tinot7 replied at 7-5-2024 06:18 AM
Apa yg mesia ada tapi lagi menarik kat telen? Dan apa yg telen ada yg mesia takde?
Contoh menunggang Gajah....Malaysia takde.
Lepastu Pasar Terapung....yang kat Perlis tu sangat fake.
Yg kat Thailand tu xde la nampak fake sangat.
Lepastu dia punya vibes...berbeza sangat.
Budaya Melayu sangat rigid limited art and tak universal...tak boleh ada patung ukiran binatang lukisan binatang etc. Kat Thailand banyak ornaments bentuk Gajah.
|
|
|
|
|
|
|
|
nusaraya replied at 7-5-2024 10:50 AM
Janalgan cemas malaysia akan kekurangan pelancong asing ...
Yakinlah jika Malaysia berhasil mengem ...
Okey je kalau yg pijit tu Indon....sebab diorg boleh tukar² agama time ngeseks. |
|
|
|
|
|
|
|
venom1 replied at 7-5-2024 08:10 AM
moga dikekalkan tradisi negara kita. bukan kerana nak tarik pelancong ke negara kita sampai sangggup ...
Malaysia kena wujudlan lebih banyak tempat permandian buang syial.
Kat Thailand banyak orang Malaysia pergi kuil mandi buang syial...mandi bunga naik seri bagai. |
|
|
|
|
|
|
|
Industri bomoh dan nikah thailand....malaysia tak leh lawan juga...susah nk realisasikan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nusaraya at 7-5-2024 11:44 AM
Mengapa anda X mengembangkan konsep "Kawin Kontrak" atau "Nikah Siri" ala atau cara Madani Islami sebagai cara untuk menjadikan Malaysia Pusat Prostusi Halal Dunia ....
Amat disayangkan jika saat ini ada 5.8 juta gadis melayu yang cantik-cantik masih hidup melajang X kawin-kawin hingga kini akan teratasi atau terbantu ...Belum lagi Wang yang akan didapat agar mereka boleh hidup lebih baik dan bahagia ....Hehehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
|