CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 9840|Reply: 48

[Tempatan] Nasi lemak sambal sesudu T20 di KLIA

[Copy link]
Post time 15-4-2024 11:13 AM | Show all posts |Read mode
Edited by maklukpenggoda at 15-4-2024 11:41 AM

Seorang lelaki terkejut mendapati harga dua bungkus nasi lemak ayam goreng yang dipesannya ketika makan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), mencecah RM63.10.

Bukan itu sahaja, menurut hantaran @morasaki12 di aplikasi X, dia juga memesan dua cawan kopi yang ternyata harganya juga cekik darah iaitu RM29.10.

Jumlah keseluruhan yang perlu dibayarnya bersama cukai adalah sebanyak RM106.95.

“Di KLIA tak ada sesiapa pantau harga ke? Dua bungkus nasi lemak sahaja dah berharga RM63.10.

“Adakah ini harga di lapangan terbang? Dalam Nasi lemak tersebut ada ayam koreng, ikan bilis dan sesudu sambal sahaja,” katanya.

Tambah @morasaki12, dia tidak kisah jika perlu membayar harga premium sekiranya makanan tersebut nampak menyelerakan.

“Kalau harga mahal tapi makanan nampak premium saya tak kisah. Tapi lihatlah sendiri, berbaloikah dengan harga RM63.10?,” katanya.

Seperti yang dijangka, perkongsian lelaki itu mengundang perbincangan ramai yang rata-ratanya tidak berpuas hati dengan kualiti makanan yang dihidangkan.

Ia sama sekali tidak setimpal dengan harga yang dikenakan biarpun ada sesetengah mendakwa harga seperti itu merupakan satu kebiasaan di lapangan terbang

“Kalau dekat Lapangan Terbang Changi tak jumpa presentation makanan macam ini. Harga patut setanding dengan rupa makanan. Harga T20 tapi rupa makanan macam pasar malam. Pasar malam pun dah naik taraf pembungkusan depa. Jatuh kan imej KLIA je,” komen Arman.

“Ini bukan soal harga je tapi kualiti nasi lemak tu macam hampeh. Bayangkan nasi lemak modal macam ini. Guna bahan tak ada kualiti lepas itu jual RM31.50. Kau rasa?,” kata Bakri.

“Mahalnya, patutnya maksimum RM7 sahaja,” kata individu lain pula.

Bagaimanapun ada yang bertanya sama ada individu itu semak harga atau pun tidak sebelum membeli nasi lemak tersebut.

“Bang, sebelum beli tak tengok menu ke? Kalau tak tengok, ia adalah salah anda. Anda yang fikir harga dia murah. Kalau anda dah semak harga, makan je lah. Bising apa,” tegur Naaim pula.

Sehingga kini perkongsian itu mendapat lebih 5,200 tanda suka dengan lebih 2,500 orang mengulang siar ciapan tersebut.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 11:25 AM | Show all posts
deakt KLIA tu semua kedai makan pamer harga, dah kenape ko tak check dulu

dah tu ko fefeeling beli nasi lemak pinggir jalan
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 11:59 AM | Show all posts
siapa la cerdik sangat makan kat airport..
sah sah harga airport mahal bertiang..
fastfood pun harga tak sama..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 12:06 PM | Show all posts
ntah lama tak makan kat airport, last beli pau ayam seketoi kat jetty tanah merah 4 ke 5sgd kot. lupa dah. yg aku igt nasi lemak dia $11.50 lebih kurang je kot harga nya
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 12:09 PM | Show all posts
dah kena service charges...ada SST lagi???? matilanakkkkkkkkkkkkk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Festaim bebeli mkn kt epot ka mcmmana?
Aneh²
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-4-2024 12:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Manusia yg complain makan mahal dlm klia ni dah kenapa? Memang tu le rege dia sejak azali sbb rent satu mahal, pekerja2 vendor2 semua kena ikut security protokol etc etc. Kau ingat sebab kat sepang mesti rega cam kedai makan wak jorno ker. Wak jorno pun rega cekik darah sekarang.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 12:21 PM | Show all posts
nak murah singgah la kota warisan dlu mkn kenyang2 kt situ
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 12:33 PM | Show all posts
wa kalo gi airport , alang2 makan je la fastfood, kfc mekd, alang2 dah mahal, kalo bawak voucher diskaun fastfood,  kt klia ada pengecualian, tak dpt di gunakan...hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:08 PM | Show all posts
meols kalu kat KLIA slalu makan kat kedai nama Nooodles....harga tak ingat, tapi yg ingat mangkuk dia kemain besar lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Mamat ni bukan komplen harga mahal tp lebih kepada xpuas hati dpt nasi lemak simple & xmenyelerakan. Presentation hauk. Kl mahal tapi berbaloi dia xkisah
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih nye dapat nasi lemak mcm tu dgn harga mahal. Baik makan roti gardenia je lah, jimat.

Feb lepas makan dekat airport, Aah-yumm nama kedai nye. Mahal tapi semua makanan dia sedap, hidang pun kemas tersusun. Takde lah sakit hati sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang tahu. Harga restoran di airport adalah scam. Dan kerajaan seolah-olah membenarkan scam ini berlaku sekian lama.

Kalau nak kata sewa mahal, kenapa MAHB selaku GLC dan owner airport membiarkan ini berlaku? Nak jadi kapitalis suria klcc ke?
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 01:36 PM | Show all posts
aku boleh kira dengan jari makan kat airport. most of the time ada in flight meals. makan dlm flight lagi sedap juga dari makan kat nasi kat airport. kalau desperate sgt makan fast food je, diff price idok ler huge gila compare dengan std price RM2-3 je kan beza
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:45 PM From the mobile phone | Show all posts
dgr tu peniaga sekalian alam...walau 'darjat' nasi lemak ko tu lbh rendah drp psr mlm...TETAPI tuan2,puan3..kalo ko jual kt epot...rm31.50...pon...kiranya murah dan munasabah lg....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
_blackbird replied at 15-4-2024 01:36 PM
aku boleh kira dengan jari makan kat airport. most of the time ada in flight meals. makan dlm flight ...

KLIA2....takla semahal ni...atau sb 'kasta' KLIA2 lebih rendah...kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2024 03:51 PM | Show all posts
harga aiport lg mahal dr luar tu paham
cuma ade pemantauan tak?
atau boleh jer buh rega berapa2 utk tempat tertentu
mcm airport, genting dll

penah keja aiport, dpt diskaun 10% pun rasa kira2 nak makan
nasi ayam biasa pun dah rm10
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:05 PM | Show all posts
konon-konon makan kat airport feeling T20++
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
nikaido replied at 15-4-2024 01:09 PM
Mamat ni bukan komplen harga mahal tp lebih kepada xpuas hati dpt nasi lemak simple & xmenyelerakan. ...

Boleh je complain kat outlet to balik bukan tunjuk kat org kat medsos.  Ujung2 nanti viral outlet tambah sepotong timun je. Rege tetap sama.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2024 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Sila jgn makan kat mitsui outlet jugabye sbb situ pun mahal.  Mitsui is also under klia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.065669 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list