CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10800|Reply: 1

[Kedah] 'Syukur, hajat berbuka bersama tercapai'

  [Copy link]
Post time 5-4-2024 11:43 AM | Show all posts |Read mode
'Syukur, hajat berbuka bersama tercapai'


Noor Hidayah Tanzizi
hidayah.tanzizi@hmetro.com.my



Ahmad Farhan, 32, guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di sini, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video kegembiraan lapan murid lelaki berusia 11 tahun berbuka puasa bersamanya dan isteri, Fatin Athirah Yunus, 31, dan dua anak mereka pada Jumaat lalu. FOTO Ihsan Ahmad Farhan




Baling: "Saya dan isteri ikhlas menyantuni anak murid dan anggap mereka seperti anak sendiri sebab itu tak sampai hati menghampakan hasrat mereka untuk berbuka puasa bersama sejak tahun lalu, jadi saya minta isteri masak nasi ayam untuk kami berbuka di rumah," kata Ahmad Farhan Zainudin.

Ahmad Farhan, 32, guru Bahasa Melayu di sebuah sekolah rendah di sini, yang mendapat perhatian di TikTok selepas berkongsi video kegembiraan lapan murid lelaki berusia 11 tahun berbuka puasa bersamanya dan isteri, Fatin Athirah Yunus, 31, dan dua anak mereka pada Jumaat lalu.

Ahmad Farhan berkata, dia dan isteri gembira dapat berbuka puasa bersama lapan murid lelaki yang sudah dikenali sejak semua kanak-kanak itu berusia sembilan tahun.

Menurutnya, kedatangan semua murid berkenaan selepas mendapat keizinan daripada ibu bapa masing-masing, malah menghantar kanak-kanak itu ke sekolah untuk dia mengambil dan di bawa pulang ke rumah bagi berbuka puasa bersama.

"Mereka adalah murid yang saya ajar sejak di tahun tiga dan mereka mahu berbuka puasa bersama sejak Ramadan tahun lalu tetapi ketika itu kami sibuk. Sebab itu apabila mereka tanya tahun ini saya bincang dengan isteri untuk bawa mereka berbuka di rumah saja.

"Isteri masakkan nasi ayam dan murid juga ada bawa menu tambahan yang mak ayah mereka bekalkan. Bukan saja mereka gembira dapat berbuka bersama tetapi dua anak kami juga gembira dengan kehadiran mereka malam itu.

"Mereka juga sangat seronok apabila diajak berbuka bersama dan ibu bapa mereka beritahu yang kanak-kanak itu selalu mengira hari untuk datang berbuka bersama kami. Itu yang buat saya rasa dihargai dan menghargai mereka," katanya.

Katanya, dia sudah mengenali ibu bapa semua murid itu dan mengakui hubungannya dengan semua murid juga baik, malah isteri yang juga guru di sekolah berasingan juga sama sepertinya yang mempunyai hubungan baik dengan muridnya.

"Bagi saya anak murid bukan sekadar murid saja tetapi saya anggap mereka seperti anak sendiri, malah ada murid yang sudah tamat sekolah rendah juga masih kekal berhubung dengan saya. Selagi mereka menghormati saya sebagai guru, saya tak mahu meletakkan jurang terlalu besar antara kami.

"Apa yang saya lakukan ini adalah untuk mencipta kenangan bersama sementara masih mengajar di sini dan bukan saja saya yang suka melayan anak murid, malah isteri juga sama dan ada anak muridnya juga berkunjung ke rumah.

"Dalam melayan kerenah mereka saya sentiasa mengingatkan mereka untuk belajar dengan baik biarpun bersekolah di luar bandar selain mahu mereka menjadi seseorang yang mampu memberi manfaat kepada orang lain," katanya.



Disiarkan pada: April 5, 2024 @ 11:22am






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2024 12:53 AM | Show all posts
tahniah diucapkan kepada cikgu, sungguh mulia hati cikgu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta Rasuah Madani telah berputik...
Perwira2022TENDER TERPILIH..... Bunga-bunga Cinta R
Views : 4072 Replies : 29
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 190028 Replies : 4339
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 74033 Replies : 2972
Betul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada Salahlaku Seksual?
awex^returnsBetul ke ni? Qawiy (Tebuk² Quran) Ada S
Views : 47797 Replies : 320
KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE number..8597241288
Radhika11KoVai Loan App CUSTOMER. care HelpLinE n
Views : 11539 Replies : 5
Gold POCKET LOAN APP Customer Care helpline Number 8597241288
PaylGold POCKET LOAN APP Customer Care helpl
Views : 10926 Replies : 1
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 6339 Replies : 35
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 29626 Replies : 216
Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Ayah Angkat Berumur 66 Tahun. Suami Isteri Dah Direman.
ainiz81Kes Rogol & Bunuh Budak 5 Tahun Oleh Aya
Views : 9506 Replies : 181
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103831 Replies : 2884

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-6-2024 09:18 AM GMT+8 , Processed in 0.057094 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list