CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2636|Reply: 0

[Pulau Pinang] Usaha peserta industri tembakau lobi Ahli Parlimen halang GEG cemari kemuliaan Parlimen - CAP

[Copy link]
Post time 20-3-2024 11:25 AM | Show all posts |Read mode

GEORGETOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai peserta industri tembakau dan vape yang didakwa melobi Ahli Parlimen (MP) di Parlimen, seperti yang didedahkan baru-baru ini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader, berkata ia jelas mencemarkan kemuliaan Parlimen sebagai tempat yang mana undang-undang digubal demi kepentingan negara.

Katanya, industri tembakau dan vape jelas sudah melanggar Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) bagi Kawalan Tembakau (FCTC).

"Perkara 5.3 menyatakan dengan jelas bahawa 'dalam menetapkan dan melaksana dasar kesihatan awam berkenaan dengan kawalan tembakau, pihak hendaklah bertindak bagi melindungi dasar ini daripada kepentingan komersial dan kepentingan industri tembakau lain mengikut undang-undang negara.



"Kami ingin tahu kenapa penggubal dasar Malaysia membenarkan industri bagi mempengaruhi hasil Rang Undang-undang Generasi Penamat (GEG) yang dicadangkan itu?

"Malaysia sudah meratifikasi WHO FCTC pada 2005 iaitu hampir dua dekad yang lalu, namun bagaimana ia boleh berlaku di tempat yang mulia di mana undang-undang diluluskan?" katanya menerusi kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohideen berkata, ia adalah hal yang amat memalukan dan mensubversi proses perundangan serta tidak sepatutnya diterima dalam apa juga cara.

Katanya, CAP berterima kasih kerana Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni, mengakui bahawa pemain industri tembakau dan vape sudah bertemu dengan Ahli Parlimen (MP) di Parlimen itu sendiri bagi melobi supaya GEG dikecualikan.

"Beliau akhirnya mengesahkan kejadian ini yang berlaku sejak Oktober tahun lalu dan pelobi seperti peniaga dadah (nikotin juga memberi ketagihan) dengan melobi Ahli Parlimen bagi mengesahkan sesuatu sehingga akhirnya menghancurkan belia serta negara.

"Malangnya, terdapat beberapa penggubal dasar yang terbabit dalam skim besar ini, mengecualikan GEG bagi melayani agenda pelobi yang mahu terus menagih rakyat Malaysia untuk beberapa generasi akan datang supaya mereka mendapat keuntungan daripadanya," katanya lagi.

Menurut Mohideen lagi, susulan perkembangan itu, CAP mengulangi gesaan supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai perkara yang mempunyai kepentingan negara.

Katanya, CAP juga ingin mengetahui sejauh mana 'penyusupan' dan 'pengaruh' pelobi terhadap Ahli Parlimen dan siapa di sebalik usaha bagi mensabotaj GEG.

"Melainkan menyalahguna proses Parlimen ini dicegah, ia akan membuka pintu kepada kuasa luar termasuk kerajaan asing bagi mempengaruhi kerajaan untuk melaksana agenda mereka.

"CAP juga menggesa Parlimen bagi meminda Akta Kawalan Produk Merokok untuk Kesihatan Awam 2023 demi mengembalikan semula komponen GEG tanpa sebarang penangguhan," katanya lagi.

https://www.bharian.com.my/berit ... n-halang-geg-cemari

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 179784 Replies : 4073
Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Tinot7Edisi tambah tacang: Perang Dingin
Views : 5803 Replies : 43
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 22417 Replies : 131
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 73370 Replies : 2956
[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah aje, ilmu harian! VOL.7
ipes2[KUIZ PERUBATAN MINGGUAN VOL. 7]: Mudah
Views : 103267 Replies : 2877
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 39982 Replies : 245
Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik perhatian Tengku Ampuan Pahang
ultra78Suri rumah tanam padi dalam pasu tarik p
Views : 1949 Replies : 7
di Malaysia menyeronokkan , jiran semuanya baik namun selepas 35 tahun wanita  Rohingya, Amirah Anisah Samad yang dilahirkan dan dibesarkan di Malaysia tekad berhijrah ke AS untuk kehidupan lebih baik
YgBenardi Malaysia menyeronokkan , jiran semuan
Views : 7478 Replies : 82
‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak Boleh’ – Disindir Netizen Di TikTok, Syamimia Respon ‘Wah Cantik Bahasa’
dio5774‘Renovate Rumah Boleh, Beli Tudung Tak
Views : 14794 Replies : 100
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 5558 Replies : 21

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-6-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.357266 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list