CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11301|Reply: 0

Kontrak Zaquan tamat 17 Disember 2023

[Copy link]
Post time 14-3-2024 04:24 PM | Show all posts |Read mode

ZAQUAN kerap alami kecederaan koyak ligamen.

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif Negeri Sembilan FC (NSFC), Faliq Firdaus menepis dakwaan pihaknya cuai tentang status kontrak bekas ketua pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak yang tidak disambung musim ini.

Terdahulu, Zaquan menzahirkan rasa terkilan berhubung layanan NSFC apabila menyerahkan notis penamatan kontrak pada Selasa lalu yang sebenarnya cukup lewat bagi dirinya mencari pasukan baharu.

Susulan itu, ramai peminat menyalahkan NSFC apabila tidak memaklumkan lebih awal kepada bekas penyerang skuad Harimau Malaya itu.

Menurut Faliq, kontrak Zaquan sebenarnya sudah berakhir pada 17 Disember 2023 di mana ia turut diketahui adik kembar kepada Aidil Zafuan itu.



Malah katanya, Zaquan sendiri tidak pernah menyemak tentang status kontraknya berakhir hujung tahun lalu namun hanya bertanyakan mengenai tunggakan gaji.

"Selepas tamat kontrak, asalnya dia ada di dalam perancangan pengurusan (maklumat ini tidak dimaklumkan kepada dia), namun setelah pertimbangkan sebab-sebab berikut, pengurusan ambil keputusan untuk tidak menyambung kontrak.

"Zaquan sudah berumur 37 tahun dan setiap slot pemain kami sangat berharga, memandangkan kekangan kewangan, peluang dan sumbangan sebagai pemain pasti tidak dapat dimaksimumkan," katanya.

Ujarnya lagi, beberapa siri kecederaan serius turut menyumbang kepada keputusan untuk tidak mengekalkan pemain itu.

"Memandangkan dia memiliki rekod lima kali kecederaan koyak ligamen lutut anterior (ACL), pastinya ini satu risiko bagi kewangan kelab dalam jangka panjang.

"Surat tersebut hanya memaklumkan bahawa kontrak Zaquan sebagai pemain tidak disambung, malah semua pemain yang tidak disambung juga terima surat yang sama," katanya.

Begitupun, Faliq menjelaskan NSFC terbuka membuka jalan buat Zaquan menjadi sebahagian barisan kejurulatihan pasukan itu di masa hadapan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... at-17-disember-2023
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.247482 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list