CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8837|Reply: 0

[Terengganu] 4,827 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Terengganu

[Copy link]
Post time 16-2-2024 01:09 PM | Show all posts |Read mode
4,827 notis kesalahan merokok dikeluarkan di Terengganu


Oleh: Baharom Bakar - Februari 16, 2024 @ 12:26pm bhnews@bh.com.my




Dr Kasemani (tiga kiri) bersama masyarakat setempat ketika merasmikan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri, hari ini.- Foto NSTP/Baharom Bakar




KUALA TERENGGANU: Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) mengeluarkan sebanyak 4,827 notis kesalahan merokok di tempat awam dengan nilaian kompaun sebanyak RM1.3 juta, bermula awal tahun lalu hingga Selasa lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak 3,022 notis kesalahan merokok di tempat awam dan 1,805 notis atas kesalahan merokok di kawasan Terengganu Bebas Asap Rokok (TBAR).

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr Kasemani Embong, berkata notis kesalahan merokok di tempat awam itu dikeluarkan melalui 1,547 penguatkuasaan Ops Gomo Asap, bermula awal tahun lalu hingga Selasa lalu yang diadakan di seluruh negeri.

"Jumlah notis atas kesalahan merokok dikeluarkan mengikut peraturan 11 (1), (d) iaitu merokok di tempat makan bermula Januari hingga Selasa lalu adalah sebanyak 619.

"Kita juga turut mengeluarkan 287 notis mengikut peraturan 22 (2) iaitu merokok di kawasan TBAR," katanya.

Terdahulu, Dr Kasemani menyertai program berjalan kaki 10,000 langkah di Taman Rekreasi Bandar Baharu Kuala Nerus sempena program sambutan Hari Kanser Sedunia peringkat negeri 2024.

Mengulas lanjut, Dr Kasemani berkata, Ops pematuhan larangan merokok akan terus diaktifkan di seluruh negeri.

Katanya, pegawai dan anggota penguat kuasa kesihatan tidak berpakaian seragam akan terus melakukan pemantauan bagi memastikan kawasan diwartakan sebagai tempat larangan merokok bebas daripada asap rokok.

"Kita juga turut mengadakan operasi larangan merokok di semua jabatan kerajaan, termasuk di jabatan Kerajaan Persekutuan.

"Notis atas kesalahan merokok turut dikeluarkan kepada penjawat awam yang didapati merokok di kawasan berkenaan," katanya.







Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-6-2024 11:54 AM GMT+8 , Processed in 0.066952 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list