CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 77834|Reply: 215

"Demi Allah, Aku Ada Fakta, Aku Ada Bukti" Sambil Menangis, Fynn Jamal Dedah Lagi Perangai Sebenar Mizz Nina Dan Ibu Kandung Musa, Athira?

[Copy link]
Post time 9-2-2024 05:33 PM | Show all posts |Read mode






Masih hangat diperkatakan di media sosial mengenai kemelut yang berlaku antara vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh, bekas isteri Mizz Nina dan ibu kandung Musa, Athira.


Sebelum ini, Athira ada mendakwa yang kenyataan dikeluarkan Noh bercanggah dan sama sekali tidak betul dan perkara itu telah menarik perhatian penyanyi, Fynn Jamal yang ada dari awal hingga ke akhir proses  pengambilan Musa sebelum dia lahir sebagai dan jadi anak angkat buat Noh dan Nina.


Terbaru! Menerusi hlive, Fynn menceritakan perjalanan proses kedua-dua selebriti itu mengambil Musa sebagai anak angkat dengan mendedahkan bahawa sebenarnya Athira sendiri yang memberitahu dia mengambil Musa dari kediaman Mizz Nina sebelum menyerahkannya kepada Noh. Pulak dah!


  



"Bukan Noh yang ambil, Athira yang ambil Musa dan pass kepada Noh. Semua ni ada dalam Whatsapp."


Fynn juga berkata yang Noh ada bukti-bukti untuk ditunjuk pada mahkamah termasuklah yang Mizz Nina enggan Musa memanggil Noh bapa.


"Bila Noh nak tunjuk bukti, tiba-tiba Nina dah tarik balik kes. So macam mana Noh nak present bukti."


Bukan tu jer, Fynn Jamal juga terkejut apabila Athira mengeluarkan kenyataan yang tidak sama langsung dengan apa yang berlaku sebenarnya.


Fynn juga banyak berbual dengan Mizz Nina daripada Noh dan mengakui tidak mahu masuk campur tentang siapa yang akan menjaga Musa.


"Sejujurnya, aku taknak masuk campur siapa yang akan jaga Musa. Sekarang concern aku, sebaiknya dua-dua ni (Noh & Nina) beralah untuk Musa.


"Aku marah. Kau takde anak, kau nak anak. Tapi bila Allah bagi kau anak, kenapa kau buat anak kau macam ni? Demi Allah, aku ada fakta, aku ada bukti, aku ada video semua aku ada."


Kredit: hlive/OhMedia

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xfaham kalau ada bukti ke ada apa ke nina pun ada bukti ada fakta jugak... lg jelas semua tindakan nina berpandukan fakta
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:42 PM From the mobile phone | Show all posts
si kokping ni boleh diam tak?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:46 PM | Show all posts
bukan mmg Athira ada cakap ke mmg dia yang amik musa dan bagi kat Noh. Tapi sebab Noh dah bagi missinfo kat dia.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah tu maha mengetahui .mmg ada la sbb kenapa Allah tu x mengizinkan ada anak ke,x kawen ke etc
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang penting apa hakim putuskan....saborler uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2024 05:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Aha gituuuuu

Jom makang popkongggg
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:54 PM From the mobile phone | Show all posts
putericahaya999 replied at 9-2-2024 09:42 AM
Xfaham kalau ada bukti ke ada apa ke nina pun ada bukti ada fakta jugak... lg jelas semua tindakan n ...

Gimana weols tau fakta? Weols tapernah nampak dokumen hitam putih pun?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa kok ping ni? Sibuk hal orang. Jage laki bewak sendiri boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko dah kenapa nak masuk campur hal rumah tangga orang lain??
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 05:58 PM | Show all posts
Edited by sismarkonah at 9-2-2024 06:00 PM

Pada kak konah lah, kokping walaupun ko yang uruskan dari musa tu dalam perut ke segala, tetap, tehtap yaaa tak manis ko pun merentan masuk tambahan bila tiba ayat ko

"Sejujurnya, aku taknak masuk campur siapa yang akan jaga Musa. Sekarang concern aku, sebaiknya dua-dua ni beralah untuk Musa"

sebab bila sebelah MN bersuara dan cuba fight ko tibai seolah-olah MN yang salah dan Nohrokiah betul. Nampak agak bias disitu.

Better you just sit down, shut up dan biar diorang yang settlekan unless both lawyer minta pengesahan atau sebarang fakta dari you so yes you can involve.

others than that you tetap tak berhak.

Sebab benda ni nampak lebih sudu dari kuah. Nohrokiah tu bukan adik bukan sedara mara sesusuan ko pun kan, u all just friends so hormat the boundaries.

Tambahan lagi nohrokiah tu umur dah nak senja, dah boleh buat keputusan dan tahu salah betul.

So just rileks tak perlu emo walaupun kak konah paham perasaan hang macam "eh korang niii aku dah usahakan tapi why tak jaga betul-betul"

Sebab based on kak konah yang dah lama kunyah garam ni,

in the end kalau depa berbaik yang nampak busuk tetap nama ko ya, so better bertindak bijak.

dah besar kan? pikir

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Suchi at 9-2-2024 06:04 PM

Tepek sini kenapa kes permohonan hadhanah ditarik balik.

2.Memandangkan Mizz Nina telah bercerai dengan pihak Noh tidak sampai 2 tahun tempoh menjaga Musa, disebalik mendapatkan kebenaran sepenuhnya oleh ibu kandung,  beliau juga merupakan penjaga tunggal yang menjaga Musa secara berterusan secara penuh sepanjang tempoh 2 tahun, oleh demikian Mizz Nina telah didaftarkan sebagai penjaga tunggal de-facto bawah Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 di Jabatan Pendaftaran Negara.

3. Dengan pendaftaran tersebut yang disempurnakan  pada jumaat lepas, isu atau pertikaian berkaitan siapa yang berhak untuk menjaga Musa tidak lagi berbangkit sekaligus permohonan hadhanah di Mahkamah Tinggi Syariah tidak lagi menjadi keperluan untuk diputusan oleh Hakim yang bijaksana. Oleh disebabkan perkara inilah, pihak Miss Nina menarik balik permohonan tersebut.

Sumber : FB peguam Mahmud Jumaat

Jumaat lepas katanya ngam2 cukup 2 tahun Musa bkn nama sebenar diambil jd anak angkat.
Hanya boleh didaftarkn kat JPN bila genap 2 tahun.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Bergosip at 9-2-2024 06:11 PM

dah susah sangat. musa tu bagi balik dekat mak kandung (athira). identiti mak kandung pon dah terbongkar dan dia pon bagi statement yang bercanggah. MN cakap athira macam ni, Noh cakap athira macam tu.


sejujurnya, musa tu baru umur 2 tahun. tak ada core memory lagi. lagi 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun. musa tak akan ingat apa yang berlaku pon. siapa yang terpaling jaga, siapa yang terpaling basuh berak, buat susu, main2 dengan musa. musa tak akan ingat


identiti mak musa pon dah terbongkar. malaysian, based on nama macam dari pantai timur. bukannya warga asing/foreigner yang susah nak besarkan anak dekat malaysia (in terms of documentation). kalau noh dan MZ sayang sangat dan maybe takut athira tak dapat jaga musa sebab financial problem (maybe). masing2 (noh dan nina) letak fund dekat musa. then, lepaskan musa


bergasak bergaduh, musa tu tak ingat apa2 pon. baru 2 tahun. kejadian apa yang berlaku tahun lepas atau tahun ni. musa tak akan ingat, tak develop core memory.

sebulan dua je lepas berpisah musa akan rasa janggal. lepastu, musa pon okay. macam tak ada apa2 yang berlaku


then, MZ dan noh ambik lah anak angkat sendiri2. ataupon dengan new spouse, mana tau tiba2 rezeki dapat anak sendiri



sebagai parents angkat, kalau mak kandung perangai macam athira tu. uols nak terus sambung jadi parents angkat ke? depan MN perangai lain, depan noh perangai lain. sampaikan both ada statement yang bercanggah (both ada bukti)


lepastu, suka2 hati ambik musa dekat rumah MN tanpa pengetahuan MN. deal pulak dengan Noh macam tu. macam talam dua muka
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la kita perlu jadi org kaya. Bila ada org mcm ni suka jadi nasi tambah elok di saman kan je cukup2. Bia jela mahkamah yg putuskan. Yg org luar ni dduk diam2 kalau betul kawan baik doa kan la yg terbaik bg dorg.
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Pompuan kepam ni boleh x diam!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 9-2-2024 05:48 PM
Allah tu maha mengetahui .mmg ada la sbb kenapa Allah tu x mengizinkan ada anak ke,x kawen ke etc

Sesungguh nya.. besar hikmah nya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2024 06:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak, yg si kokping ni menyibuk sgt kenapa?



Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau iols mizz nina dh saman pompuan ni
Fakta dah la salah
Nk menceceh lak
Patt letak adam lawan dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus la dia bersuara. Kat porum ni pun, semua dok side MN. Kasi aje lah hak dia sebagai bapa angkat. Apa susah. Ingat tukar bapak ni macam tukar baju ke? Hari ni baju melayu, esok baju Maghribi. Tahapa2
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2024 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Camtu ke cara org berpurdah niqab bercakap? sungguh kurang sopan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 08:25 PM GMT+8 , Processed in 0.316254 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list