CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23097|Reply: 0

[Pulau Pinang] Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya

[Copy link]
Post time 1-2-2024 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Bekalan air 120,000 pengguna pulih sepenuhnya

01 Februari 2024 08:05pm



PBAPP memaklumkan perkhidmatan bekalan air kepada semua 120,000 pengguna yang terjejas akibat kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai, Butterworth, di sini pada 23 Januari lepas, telah pulih sepenuhnya. Gambar hiasan Bernama




GEORGE TOWN - Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan perkhidmatan bekalan air kepada semua 120,000 pengguna yang terjejas akibat kejadian paip bocor di dasar Sungai Perai, Butterworth, di sini pada 23 Januari lepas, telah pulih sepenuhnya.

Ketua Pegawai Eksekutif PBAPP, K Pathmanathan berkata, ia berikutan kerja-kerja pelan B bagi inisiatif respons kecemasan Sungai Perai berjaya disiapkan, iaitu 24 jam lebih awal daripada jadual.



"Dua saluran paip berukuran 600 milimeter (mm) yang baharu telah berjaya disambung merentasi Sungai Perai dan berfungsi seperti diharapkan.

"Setakat 3 petang tadi semua 120,000 pengguna telah mendapat bekalan air semula dan PBAPP sedang mengepam air dari Loji Rawatan Air(LRA) Sungai Dua ke Pulau Pinang pada tahap optimum,'' katanya dalam kenyataan pada Khamis.



Beliau berkata, tarikh akhir yang ditetapkan untuk pemulihan bekalan air penuh sepatutnya ialah pada jam 3.30 petang esok.

Menurut Pathmanathan, PBAPP telah melakukan yang terbaik untuk menyiapkan kerjanya 24 jam lebih awal daripada jadual demi kepentingan pengguna air yang terjejas.

''Kami mengucapkan terima kasih kepada semua pengguna atas pemahaman, kesabaran dan kerjasama yang baik sepanjang tempoh respons krisis ini,'' katanya.

Beliau berkata sekiranya terdapat pengguna yang masih tiada bekalan air, mereka diminta menyemak dengan syarikat pengurusan bangunan tempat tinggal masing-masing sama ada terdapat isu dalaman atau hubungi Pusat Panggilan 24 Jam PBAPP di talian 04-2558255 untuk aduan.




Pada 23 Januari lepas, bahagian saluran paip 1,350 mm di dasar Sungai Perai dikesan mengalami kebocoran yang menyebabkan berlaku gangguan bekalan air kepada kira-kira 120,000 pengguna di negeri ini.

Susulan itu, Ketua Menteri, Chow Kon Yeow dilaporkan berkata, PBAPP melaksanakan dua pelan tindakan respons kecemasan secara serentak melibatkan plan A iaitu melaksanakan kerja-kerja mengapit semula saluran paip 1,350mm dan pelan B membabitkan kerja-kerja pembinaan dua saluran paip gantian 600mm baharu. - Bernama



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Syamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Glass_shoesSyamsul dan Ira sah bercerai talak 1
Views : 39193 Replies : 614
Tyra
aaanf14Tyra
Views : 41132 Replies : 317
PRK Mahkota, UMNO letak calon muda
maklukpenggodaPRK Mahkota, UMNO letak calon muda
Views : 18369 Replies : 1
Cikki hampir diperkosa di rumah urut akhirnya berjaya dekk....kau mampooo?
ModngengadeCikki hampir diperkosa di rumah urut akh
Views : 53184 Replies : 20
Jom Kongsi Gambar
VellfireJom Kongsi Gambar
Views : 8325 Replies : 87
[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae In, Jung So Min (Mulai 17 Aug 2024)
xyla73[tvN/Netflix] Love Next Door - Jung Hae
Views : 26403 Replies : 99
Tiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahkan sambung belajar di kolej swasta bukan universiti (UPDATE)
JoyahMengayahTiada gambar kampus di OZ, Shuhada sahka
Views : 119511 Replies : 3324
Sandra Lim - dinobatkan juara Miss Universe Malaysia 2024
follesegalSandra Lim - dinobatkan juara Miss Unive
Views : 21139 Replies : 33
Kanak2 hilang....
ModngengadeKanak2 hilang....
Views : 20770 Replies : 1
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 97375 Replies : 5148

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 09:29 AM GMT+8 , Processed in 0.037596 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list