CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21001|Reply: 0

Azam kekal milik Tok Gajah

[Copy link]
Post time 21-12-2023 10:31 PM | Show all posts |Read mode
Azam kekal milik Tok Gajah


AZAM (kiri) dikaitkan dengan perpindahan ke pasukan lain.


Kuantan: Pemain tengah berpengalaman, Nor Azam Azih kekal bersama Sri Pahang FC bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Sumber Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC) berkata, pemain kelahiran Felda Jengka 21, Maran, Pahang itu tidak berhijrah ke pasukan lain.

"Setakat ini khidmat Nor Azam dalam Sri Pahang masih diperlukan dan tiada sebarang kemungkinan pemain ni meninggalkan skuad Tok Gajah.

"Daripada pengurusan kelab juga terutama pemilik SPFC (Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah) mahu Nor Azam kekal bersama Sri Pahang sejak menyarung jersi kelab pada 2015.

"Spekulasi yang memaklumkan Nor Azam akan berpindah tidak betul, sebaliknya dia akan kekal bersama untuk terus memperkasakan skuad Tok Gajah musim depan," kata sumber itu.

Baru-baru ini, Nor Azam, 28 dikatakan akan meninggalkan Sri Pahang apabila ditawarkan beraksi bersama pasukan lain.

Namun, perkhabaran baharu itu sudah pasti melegakan Sri Pahang berdasarkan pengalaman dan pada masa sama peminat Tok Gajah mahu Nor Azam kekal.

Ditanya kemungkinan ada perubahan pemain dalam skuad itu musim depan, sumber berkata, kelab itu tidak menafikannya.

Katanya, beberapa pemain musim ini akan digugurkan termasuk import berdasarkan selepas dilihat kepada prestasi keseluruhan sepanjang musim.

"Bagaimanapun kelab tidak boleh mengumumkannya buat masa ini," katanya.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... kal-milik-tok-gajah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-1-2025 04:37 PM GMT+8 , Processed in 0.058350 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list