CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 16233|Reply: 71

"Zayn Rayyan Betul-Betul Tidur Mengiring, Macam Penat, Dia Nak Berehat,"-Saksi

[Copy link]
Post time 7-12-2023 10:04 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – "Tubuh dia betul-betul macam tidur mengiring…Allahuakbar, macam penat dan dia nak berehat," kata Faizol Najib Abdul Naim, 45, yang menjadi saksi pertama penemuan mayat kanak-kanak autistik di sebatang anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.


Katanya, gerak hati telah menggerakkan dia bersama empat lagi penduduk lain untuk mengikuti arus sungai sebelum menemui jasad mangsa sekitar 200 meter dari lokasi mangsa hilang.




Foto: Kosmo




“Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini.


“Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.


Tambah Faizol yang juga penduduk di kediaman berhampiran, penemuan mayat tersebut jelas memberikan kesan mendalam terhadap dirinya.


“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan.


“Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah,” katanya.


Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam tadi.


Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini. – CARI


Sumber: Kosmo

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 10:09 AM | Show all posts
nama pun berat budak tu. anak ni bagi nama yg mudah saja segala jenis nama hipster cempaka anggerik, bunga taik ayam etc tu berat. ckuplah nama yg ada masud baik dan indah bunyinya.

takziah buat keluarga

aku tk baca berita mcmni selalunya akan ras aberat didada dan menamhakn anxiety serta sikap was2
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:27 AM | Show all posts
rospinki replied at 7-12-2023 10:09 AM
nama pun berat budak tu. anak ni bagi nama yg mudah saja segala jenis nama hipster cempaka anggerik, ...

kno dgn nama arwah budak tu ?
simple je pon namanya..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:35 AM | Show all posts
sayurmayur88 replied at 7-12-2023 10:27 AM
kno dgn nama arwah budak tu ?
simple je pon namanya..

nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism tapi nk bagi nama ikut trend baik tak payah sebab nama tu akan dia bawak seumur hidup bukan setakan sedap didengar tapi makna dan pembawakan nama pada diri
pandangan saya saja

ikut kan saya yg kekampungan ni nama ahmad, sudin, ismail, yusuf saja dah ok hehe
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 10:47 AM | Show all posts
dah macam-macam cerita pulak..
benda gini tak payah la nak buat cerita..
simpan saja sudah..
tak habis-habis dengan momokan jumpa gitu gini..
pastu jumpa mak bapak tanya pulak perangai itu ini..
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:09 AM | Show all posts
rospinki replied at 6-12-2023 09:35 PM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism  ...



Apa maksud kaka nama dia tak kena dengan dia masa lahir? Dan apa kaitan namanya dengan parents tau ada autism ke tak?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-12-2023 11:09 AM | Show all posts
Kesian anak syurga ni, anak ni taktau apa-apa.. Dan tak mudah nak jaga ye, kena lebih penjagaan dari anak-anak normal.. Kadang anak gini dalam adik beradik pun rasa terpinggir, sbb mak ayah lebihkan dia.. Adik beradik pun rasa dia menyusahkan.. Berehatlah dik
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Innalillah..

Depan aku ni ada anak autism..ya allah duk bergolek gelantang atas lantai klinik ni..kejap dia baring kejap dia panjat sofa..dah 30 minit x lalu duk diam..adalah umur dlm 4 tahun kut..kihkih..apaknya diam je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 11:20 AM | Show all posts
bitterchoc replied at 7-12-2023 11:09 AM
Apa maksud kaka nama dia tak kena dengan dia masa lahir? Dan apa kaitan namanya dengan parents t ...

masud kaka bila lahir ada baby dh nmpk tak normal mcm austism tk nmpk beza, nenek kaka pernah suh arwah mak tukar nama adik kaka sebab selalu menangis lepas lahir tapi tak bole la pegi ofis pendafatan sebab jauh lalu nenek suruh bagi nama panggilan saja, nama betul kt ic tu takpe maka adik tu dipanggil nama lain sejak itu tak nangis dah.
parents bagila nama yg diorg suka pada baby kalua mereka tau baby tu ada autism mesti diorg bole consider balik nama tu tukar pada nama yg kuat utk anak tu. apa nama lelaki yg kuat contoh abdul talib, khalid, muhammad al fateh. nama pendek senang najib, zahid. tapi dah sampai ajalnya kan nama apapun tiada bezanya.pendapat kaka saja..terpulang hak masing2.


Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:25 AM | Show all posts
rospinki replied at 7-12-2023 10:35 AM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism  ...

saya suka nama perempuan guna nama bunga
dahlia, melur, camelia
berat ke nama tu
saya rasa simple je
ni tanya jujur ye bukan nak kritik u
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
kesian adik ni sorang2 ketakutan penat sesat kat hutan. selamat berehat sepuas2nya kat syurga dik.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:31 AM | Show all posts
betul part nama aku stuju.. pernah dgr nama yg berat.. berat hidupnya.. gitula.. tp not to kondem this case la.. dh ajal adik ni.. mmg sedih gile rasa... sapa yg nak anak pergi mcm tu je kan...
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:33 AM | Show all posts
orang melayu isele mati of course ada macam2 back story, kalau tidak mastika takleh bertahan selama 77 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:35 AM | Show all posts
helicornia replied at 7-12-2023 11:25 AM
saya suka nama perempuan guna nama bunga
dahlia, melur, camelia
berat ke nama tu

kritik je lah ni pendapat iols saja. nama bunga cantik tapi bagi kaka nama tu takde masud apa sekadar cantik dan simbol bunga..nama perlu ada kekuatan dalam tu seperti characteristic dan semangat. ofkos lain2 kita yg bentuk diorg seperti melakar di kain putih kita nk warnakan apa pada anak2. nama2 anak akak semua org lain bagi org tua2 yg beriya nk bagi sebab diorg tau nama apa yg baik sorg yg akak bgi nama tu mmng lain mcm perangainya sbb bagi nama sebab kaka suka nama tu bukan sebab apa nilai pada nama tu..tapi ok la anak kedua mmng mcm2 peel.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:49 AM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 7-12-2023 11:20 AM
masud kaka bila lahir ada baby dh nmpk tak normal mcm austism tk nmpk beza, nenek kaka pernah suh a ...

ada anak kawan, nama simple je guna nama nabi2 tapi diuji dengan autisme jugak
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 11:57 AM | Show all posts
innalillahiwainnailaihirojiun. sayu dengar. semoga keluarganya bertabah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-12-2023 11:57 AM | Show all posts
_kelly replied at 7-12-2023 11:49 AM
ada anak kawan, nama simple je guna nama nabi2 tapi diuji dengan autisme jugak

itula masud kaka, nama tu bkan menyelamatkan dia dari autism tapi nama tu sedikit sbyk dpt memepngaruhi perangai anak tu jga. complicated tu jelaskan. anak kaka pun autism juga tapi ye Allah.. nk cerita pun payah tapi kekuatan diri dia tu ada bukan seba kita ni yg dia nk ikut dia degil tpai ada semngat kuat utk lebih hebat dan ego yg tinggi. biaarkan jelah janji dia berjaya sukses sudah
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:22 PM | Show all posts
rospinki: nama pun berat budak tu. anak ni bagi nama yg mudah saja segala jenis nama hipster cempaka anggerik, bunga taik ayam etc tu berat. ckuplah nama yg ada ...


berat tang mana tu? zayn tu arabic origin kot. rayyan tu pun arabic. maksud nama tu pun elok. kat mana proof nama mempengaruhi perangai anak? doakan yang baik2 je kat family adik zayn rayyan
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Allah..betul laa ada yg risau cakap takut dia lari ke longkang besar tepi loji tuu..dah tu yg cakap ada nampak budak ni lari masa org dok ramai2 tengah cari tu betoi ka dak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2023 12:52 PM From the mobile phone | Show all posts
rospinki replied at 7-12-2023 10:35 AM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism  ...

macam tu yek. i masa pregnnt dah siap² buh nama anak. tp bila lahir mcm rasa something, rasa tak ngam nama² tu. 3anak mcm tu. lepas lahir cari nama lain yg lebih simple.

Alfatihah anak syurga zayn rayyan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-9-2024 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.057921 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list