CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 6541|Reply: 72

[Tempatan] Empat beradik ditinggalkan tanpa jagaan selepas dihalau nenek

[Copy link]
Post time 24-11-2023 10:09 AM | Show all posts |Read mode
Empat beradik ditinggalkan tanpa jagaan selepas dihalau nenek

https://www.utusan.com.my/nasion ... epas-dihalau-nenek/

Oleh ASLIZA MUSA
24 November 2023, 9:51 am


EMPAT beradik yang ditinggalkan tanpa jagaan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah, semalam. - UTUSAN

PARIT: Entah apa puncanya, seorang nenek tergamak menghalau empat cucu yang berusia 11 tahun hingga 10 bulan keluar dari rumah di Kampung Kuchai, Bota semalam.

Keempat-empat beradik itu ditinggalkan di hadapan Kompleks Pentadbiran Perak Tengah di Kampung Gajah oleh seorang wanita sekitar pukul 10.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintenden Hafezul Helmi Hamzah berkata, maklumat kejadian itu diterima pihaknya pada 5.39 petang semalam, menerusi laporan polis yang dibuat oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kampung Gajah.

Katanya, pengadu memberitahu, kehadiran empat beradik itu disedari pengawal keselamatan setelah mereka ditinggalkan seorang wanita yang memandu kereta jenis Toyota di hadapan pondok pengawal.

“Empat beradik itu terdiri daripada tiga lelaki masing-masing berusia 11 dan tiga tahun selain bayi berusia 10 bulan serta seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun.

“Hasil pertanyaan terhadap kanak-kanak berusia 11 tahun itu, dia menyatakan bahawa mereka dihalau dari rumah oleh nenek sebelum dihantar ke kompleks berkenaan dengan menaiki kereta oleh wanita tidak dikenali,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, pengadu kemudiannya menghantar empat beradik itu ke sebuah rumah perlindungan kanak-kanak di Gopeng untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan ibu bapa atau waris kanak-kanak berkenaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi pegawai penyiasat jenayah, Inspektor Mohd. Hanif Dzulkifli di talian 012-6477452,” katanya.

Dalam pada itu, Pengarah JKM Perak, Nor Tipah Majin memberitahu, siasatan kes berkenaan sedang dijalankan pihak polis dengan kesemua kanak-kanak itu kini berada di hospital bagi tujuan pemeriksaan kesihatan.

“Kes masih dalam siasatan polis dan JKM akan mengambil tindakan selaras dgn hasil siasatan tersebut,” ujar beliau.

Terdahulu, tular di media sosial gambar empat beradik tersebut dengan seorang kanak-kanak lelaki dilihat memangku seorang bayi. Mereka ditinggalkan di kawasan berkenaan bersama sebungkus plastik berisi lampin pakai buang dan susu. – UTUSAN

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Nenek sndr pun tak de duit & kudrat nak jaga cucu
2. Nenek marah pd mak & ayah bdk2 yg tau beranak tp tak tau nak jaga
Pilih
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:28 AM | Show all posts
mak bapak korang mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:31 AM | Show all posts
sbb tula yg nak nikah tu buatla proper planning sblm nak nikah. kalo takat nak ngeseks sedap je lupakanla niat nak nikah tu. jgnla membiak. kesian kt anak2
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:37 AM | Show all posts
rasanya toknenek ni hangin dgn makpak bbdk ni yg lambak segala masalah kat toknenek....tp sanggup pulak toknenek membuang darah daging sendiri mcm ni.....tak tergamak nak abandoned  bbdk mcm ni walaupun bkn darah daging....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Sampai la hati ko buang bdk2 ni.. Baik nenek.. baik mak bapak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2023 10:41 AM | Show all posts
paling kecik 10 bulan, kira baru lagi lah mak dia beranak...mana pergi mak bapa ko dik...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:42 AM | Show all posts
samada ibu/ayah dalam penjara, mak/ayah sudah kembali ke negara asal atau rohingya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 10:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Nenek tu g tinggal di depan pejabat kjaan kan, mmg dia nak suruh jabatan kebajikan take over. Dah tak daya agaknya semua nak lepas kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:53 AM | Show all posts
rakyat malaysia ke ni? maybe nenek level stress meninggi, mak bapak pulak mana? x guna betul
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:55 AM | Show all posts
..i agree dengan tindakan nenek tu atas faktor segala aktiviti dia nak gi niaga, gi pasar, gi madrasah, gi masak kenduri kawin semua terganggu. Budak-budak tu bukan macam kucing boleh tinggal makanan dalam bekas kat rumah macam tu je dan apatah lagi kalau dia nak ke mana-mana dia kena naik bas kalau nak kena beli pampers tu, takde kenderaan sendiri. Memang problem la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 10:55 AM From the mobile phone | Show all posts
mesti makbapak jenis lepas kongkek beranak campak kat nenek suruh jaga. kalau nenek duk buat redho je confirm tambah lagi no 5. ni sengaja kot letak budak2 tu kat tempat awam biar masuk media dan makpak lahanat tu malu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib laa budak tu ditinggalkan kat ofis gomen tu.. mesti ada pejabat jkm dlm tu. Mak bapak yg reti membiak je ni, pi mana? Kalau dah meninggal, mesti anak sulung tu dah bagi tau. Nenek pun entah tah dah xde kudrat & duit nak jaga budak2 kecik, lg pulak ada baby. Letih oooo!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:04 AM | Show all posts
lelaki2 malaysia perlu banyak bersabar dan banyak bermasturbasi demi kesejahteraan diri dan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya mana parents bdk2 ni??? sedihnya tgk kecik2 lg yg 10 bulan tu ats riba abg xtau pape nasib dorang tu ni kes nenek dah xsanggup jaga ke ? yg senang2 beranak pastu bg mak yg dah tua jaga ramai pulak tu kudrat org tua nk urus mmg xmmpu la kot. kang stress tersalah dera cucu pulak tu yg p letak pjabat kerajaan dgn harapan ade yg tlong bwa pergi jbatan kebajikan?
semoga nasib ank2 tu tbela. kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah nenek tu lepaskan aje, bukan tanggungjawab dia pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2023 11:16 AM | Show all posts
kesiannya la...
tergamak ek nenek dia? Mak pak dia entahla ke mana hala..
entahkan mak pak cerai.. campak anak2 ke nenek. Nenek pulak memang marah ke anak2.. kena pulak cucu2 masih lasak tak larat nak jaga..
kita ni rasa anak orang lain pon x gamak nak tinggal2 gini.. apa lagi darah daging.
tapi mungkin  sebab kita tak marah kat sape2..

mungkin si nenek memang dah hangin abis dengan parents budak2 ni..
entahkan tinggalkan anak.. tinggalkan hutang.. tinggal beban kat orang tua tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:23 AM From the mobile phone | Show all posts
10 bulan...sebaya dgn ank aku...smpinya hati nenek...kot ye pun..anta elok2 la umah anak yatim...
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:31 AM | Show all posts
capwayang replied at 24-11-2023 02:55 AM
..i agree dengan tindakan nenek tu atas faktor segala aktiviti dia nak gi niaga, gi pasar, gi madras ...

Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2023 11:32 AM | Show all posts
Orenn1 replied at 24-11-2023 02:50 AM
Nenek tu g tinggal di depan pejabat kjaan kan, mmg dia nak suruh jabatan kebajikan take over. Dah ta ...

i rasa kalau survey cctv kat situ dalam tempoh 1 ke 2 bulan ni
mesti boleh nampak kelibat kereta nenek tu lagi.
nenek tu mesti around situ dan familiar kawasan tu jugak live nearby
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-1-2025 09:28 PM GMT+8 , Processed in 0.069957 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list