CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3179|Reply: 0

[Sabah] MRSM Ranau terima kumpulan pertama pelajar Mac 2024

[Copy link]
Post time 21-11-2023 08:59 AM | Show all posts |Read mode

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau. FOTO Bernama

Kota Kinabalu: Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Ranau yang siap sepenuhnya pada 25 September lalu akan menerima kumpulan pertama pelajar pada Mac tahun depan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA) Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Beliau berkata pengambilan pelajar tingkatan satu dan empat itu melibatkan seramai 180 pelajar untuk MRSM berkenaan yang terletak pada ketinggian 721 meter dari aras laut menjadikan ia MRSM tertinggi di negara ini.

"MRSM Ranau ini boleh memuatkan seramai 450 pelajar," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan MRSM Ranau daripada Petronas kepada kerajaan Sabah dan MARA, di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Kewangan Sabah Datuk Seri Masidi Manjun mewakili Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Presiden yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Petronas Tan Sri Tengku Muhammad Taufik.

MRSM Ranau yang mula dibina pada penghujung 2018 dengan pembiayaan daripada Petronas, terletak di kaki Gunung Kinabalu dan 122 kilometer dari Kota Kinabalu dengan perjalanan mengambil masa lebih dua jam.

MRSM Ranau adalah MRSM kelima di Sabah dan yang ke-57 di seluruh negara.

Asyraf Wajdi berkata cadangan untuk menamakan semula MRSM Ranau kepada nama tempatan akan dibawa untuk perbincangan di bawah Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

"Soal nama ini ia perlu melalui proses tapi sudah tentu pandangan daripada Datuk Seri Masidi Manjun adalah sangat baik, mengambil kira sentimen dan sejarah yang bertapak dalam kalangan kaum Kadazan Dusun di Ranau.

"Pembinaan di sana (MRSM Ranau) pun mengambil kira aspirasi untuk membantu lebih ramai anak-anak Bumiputera dalam kalangan masyarakat tempatan," katanya.

Sementara itu, Hajiji dalam ucapannya yang dibacakan Masidi berkata MRSM Ranau itu dilihat akan membantu memacu pendidikan di Sabah khususnya di kawasan luar bandar negeri itu.

Beliau berkata MRSM Ranau akan dapat membuka ruang dan peluang luas kepada pelajar tempatan untuk mengambil bidang sains serta bidang pengkhususan akademik berasaskan teknologi untuk memastikan lebih ramai pelajar terlibat dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

Kerajaan negeri, kata beliau, amat berbangga kerana Petronas telah berjaya merealisasikan projek MRSM Ranau dengan menyediakan pelbagai kemudahan pembelajaran terkini yang akan dikelolakan oleh MARA.

"Saya yakin konsep MRSM ini bukan saja memberi bangunan sekolah yang terbaik tetapi juga kakitangan akademik yang terbaik dan akan memberi manfaat bukan saja kepada Ranau tetapi juga daerah lain di sekelilingnya," kata beliau.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Hanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti V79
syitaeyqaHanis Haizi Misqueen, Babutam, Nwantiti
Views : 199282 Replies : 4669
‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penyediaan Makanan Bersih & Selamat’ – Chef Wan
YgBenar‘Banyak Peniaga Melayu Tiada Ilmu Penye
Views : 11738 Replies : 8
Ketua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci  Mengaku Peraturan Penjarakan Sosial 6 kaki ‘Hanya Rekaan, Tanpa Bukti Saintifik’.Anda terpedaya?
YgBenarKetua COVID-19 Di AS Dr. Anthony Fauci
Views : 23932 Replies : 159
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 41253 Replies : 251
Perfume Mana yg Best?
NaatashaPerfume Mana yg Best?
Views : 105069 Replies : 419
Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
fadz84Carta Official Muzik Muzik 39 (2024)
Views : 30349 Replies : 222
Teka Teki Teka Tekok
FARRAZOOLTeka Teki Teka Tekok
Views : 27126 Replies : 106
Teka teki botol
syidapink88Teka teki botol
Views : 73611 Replies : 320
On your mark get set go!!
jueazOn your mark get set go!!
Views : 2929 Replies : 0
Makan separuh kak
jueazMakan separuh kak
Views : 10290 Replies : 3

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-6-2024 04:44 PM GMT+8 , Processed in 0.066255 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list