CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3017|Reply: 30

Pekerja Mcdonald's Sedih Pekerjaan Dihina, Dituduh Subahat Bunuh Saudara Islam

[Copy link]
Post time 8-11-2023 08:51 AM | Show all posts |Read mode
Gerakan memboikot jenama yang dikaitkan dengan Israel rancak mendapat sambutan masyarakat Malaysia. sebagai tanda solidariti terhadap Palestin.


Tular foto atau video di restoran tertentu yang kelihatan lengang dan sepi tanpa pengunjung selain tohmahan dan cercaan turut dilontarkan kepada pekerja restoran dan premis perniagaan terbabit kerana dianggap sebagai bersubahat.


Namun, seorang individu, Muhd Ikhmal Naimi yang dipercayai merupakan seorang pekerja McDonald's memberikan satu pandangan daripada sisi berbeza susulan impak gerakan boikot tersebut.




Foto: FB




Menurut Ikhmal, jenama restoran makanan segera berkenaan tidak lokek menabur bakti kepada komuniti setempat dan membuka banyak peluang mengasah bakat kepada golongan belia.


Baginya tidak wajar untuk masyarakat terus menyelar McDonald's tanpa melihat kebaikan yang pernah dicurahkan.


"Isi hati ni banyak yang hendak diluahkan dalam waktu yang singkat tapi tak terdaya. Apakah salahnya mata pencarian aku, sampai dianggap hina dan dikatakan pekerjaan kami membunuh sesama umat Islam.


"Sejujurnya banyak kenangan pahit dan manis yang aku lalui sepanjang bekerja di McDonald's Malaysia ini. Aku kagum kerana syarikat yang aku bekerja ini banyak menyumbang semula kepada komuniti rakyat Malaysia.


"Tapi sayang, apabila diberitahu kebaikan yang pernah disumbangkan itu, dikatakan pula hanya untuk mengaburi mata umat Islam," kata Ikhmal meluahkan perasaan.


Tambahnya dia tidak pernah berasa malu untuk mengakui merupakan salah seorang pekerja syarikat francais tersebut.


"Aku juga bangga dengan diri aku, walaupun keluar ke tempat orang ramai, aku tidak malu untuk menyarungkan baju uniform McDonald's Malaysia.


"Sebab aku percaya McDonald's nak beri inspirasi kepada orang ramai untuk datang bekerja dengan kami, banyak peluang keemasan yang boleh direbut.


"Tapi sekarang, lain pula di mata orang. Hanya menghina kerja aku seperti tiada yang halal di mata mereka," ujar Ikhmal yang terguris hatinya


Dalam pada ituIkhmal juga tegas mengatakan McDonald's banyak membantu untuk membentuk siapa dirinya hari ini.


"Aku suka kerja aku ni, walaupun tidaklah menjadi kaya dengan bekerja hari-hari, tapi pekerjaan aku ni banyak mengasah kemahiran aku untuk mendisiplinkan diri dan memotivasikan diri agar lebih kuat.


"Aku harap sangat agar cuba difahami isi yang ingin disampaikan ini. Aku merayu agar kalian lihat manfaat yang sudah disalurkan McDonald's Malaysia kepada komuniti sekeliling.


"Berkat usaha seperti ini yang mampu mengubah nasib masyarakat kita. Janganlah hanya menuduh atau mengikut cakap orang tanpa bukti yang kukuh atau maklumat yang tepat," kata Ikhmal menitipkan pesanan.


Di ruangan komen, ternyata luahan Ikmal menerima maklum balas negatif warga maya yang tetap berpendirian untuk memboikot apa sahaja produk dipercayai berpotensi menyalurkan dana kepada Israel.


Malah rata-rata warga maya cuba menasihati Ikhmal untuk mengubah pendiriannya dan memahami tujuan orang ramai melancarkan gerakan boikot.


"Ini adalah ujian buat awak juga, tapi tak seberat ujian saudara Islam kita di sana (Palestin). Sedarilah rakyat Palestin sudah hilang segala-galanya. Semoga dipermudahkan urusan awak, percayalah rezeki Allah tu tiada batasnya.


"Kami faham awak suka kerja sekarang, tapi rezeki Allah itu luas. Banyak dah pengalaman yang awak kutip di McDonald's, gunakan pengalaman itu untuk bina jenama sendiri dan bangunkan ekonomi tanpa perlu bergantung kepada yang lain.


"Kita semua sentiasa ada pilihan, bumi Allah ini seluas-luas alam, peluang ada di mana-mana. Kalau rasa terjejas sekarang, anda sentiasa boleh bergerak cari rezeki lain.


"Kepada Ikhmal, awak kena faham, rezeki awak tidak terhad di McDonald's sahaja, mungkin ada yang lebih baik menanti di luar sana, tapi awak sahaja yang belum cuba," kata sebahagian warga maya memberikan nasihat. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 09:45 AM | Show all posts
Banyak dah pengalaman yang awak kutip di McDonald's, gunakan pengalaman itu untuk bina jenama sendiri dan bangunkan ekonomi tanpa perlu bergantung kepada yang lain. - wah nyetizen ni komen semua dasar terpaling...mmglah dia ada pengalaman, tapi kalau xde modal, perancangan sama je melingkup kesudahnya. Tak semua leh sustain semangat as usahawan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 12:28 PM | Show all posts
entahlah aku tak pernah hina pun pekerjaan depa ni..bukannya perompak..cuma aku tak makan sbb takda faedah..kenyang sekejap pastu lapar balik..dah la mekdi malaysia ni kemain dalam gambor nampak sedap..tengok2 mai burger penyek..sayur salad sehelai
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 12:47 PM | Show all posts
Sazreena replied at 8-11-2023 09:45 AM
Banyak dah pengalaman yang awak kutip di McDonald's, gunakan pengalaman itu untuk bina jenama sendir ...

itulah puncanya aku x berkenan dgn yg dok boikot ni. komen mmg terpaling sangat. ingat nak bukak biz ni guna modal jari ketuk kebod je ke?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Sazreena replied at 8-11-2023 01:45 AM
Banyak dah pengalaman yang awak kutip di McDonald's, gunakan pengalaman itu untuk bina jenama sendir ...

Ntah. Lain la kalau Muhd Ikhmal Naimi tu anak jutawan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:21 PM | Show all posts
Ramai pemboikot yang mula sedar mereka sebenarnya tersilap. Cuma tinggal a handful yang hard core akan intimidate yang lain.

Sabar je lah dik, won't be long.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:21 PM
Ramai pemboikot yang mula sedar mereka sebenarnya tersilap. Cuma tinggal a handful yang hard core ak ...

Akak nak makan mekdi lagi malam ni sissy. Kau bila lagi sissy?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:36 PM | Show all posts
kalau boikot mekdi & seumpamanya atas sebab nak jaga pemakanan, mungkin boleh bertahan lama.

Bukan sihat pun processed food, high sodium, fatty & sugary.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 01:39 PM | Show all posts
pooh~key replied at 8-11-2023 01:32 PM
Akak nak makan mekdi lagi malam ni sissy. Kau bila lagi sissy?

So far takde plan lagi kak puki sebab aku bukan peminat McD makan bila macam terpaksa ja. Tengoklah kalau lalu nanti aku singgah. Inshaa Allah sister.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 02:28 PM | Show all posts
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:21 PM
Ramai pemboikot yang mula sedar mereka sebenarnya tersilap. Cuma tinggal a handful yang hard core ak ...

baru pegi drivethrough haritu..tengok yg serve tu muka acik2 dah, sedih lak kalau diberhentikan satu hal nak mencarik keje lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:27 PM | Show all posts
becir replied at 8-11-2023 02:28 PM
baru pegi drivethrough haritu..tengok yg serve tu muka acik2 dah, sedih lak kalau diberhentikan sa ...

sekali baru awal 30an
tanpa filter




Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:29 PM From the mobile phone | Show all posts
yg bekerja tu jgn la berhenti..kitorg boikot je la sbb byk manfaat..disamping demi agama,ia bagus utk kesihatan..lg satu dpt jimat duit..ha begitoh..i suka jgk sbb i berjaya elak diri i mkn benda xsht..gitoh..sekali esk p mekdi
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye ke? X kanlah smpi mcm tu skali?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru ni aku nk sggh mekdi bli breakfast. Aku klo kursus..mmg suka g sggh bli breakfast mekdi. Rupanya tutup...aduhhh...bukak pun smpi 8mlm je
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:27 PM From the mobile phone | Show all posts
elnor_81 replied at 8-11-2023 05:23 PM
Baru ni aku nk sggh mekdi bli breakfast. Aku klo kursus..mmg suka g sggh bli breakfast mekdi. Rupany ...

Kat mana tu?
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:27 PM | Show all posts
acik kepam porum peminat mekciken mekdonal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
emera replied at 8-11-2023 05:27 PM
Kat mana tu?

Kat area kuantan.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcd ni makanan penyelamat aku bila time lapar malas nak masak. Dah ler dekat dgn rumah. Tp kan malu jua nak masuk drive thru Sbb kosong takde org.. dine in pun takde org.. ahad lepas gagah jugak order drive thru and hasilnya makanan nampak tak fresh ye salad dah layu.. fries mcm 2x goreng.. ahh sedihh..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang komen acah gud2 tu konfem ada yang pakai iphone

Kalau kita suruh dia tukar iphone tu sepertimana dia suruh orang lain tukar kerja, konfem si pengguna iphone tu bagi seribu satu alasan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:51 PM | Show all posts
Claudia_Lestat replied at 8-11-2023 12:47 PM
itulah puncanya aku x berkenan dgn yg dok boikot ni. komen mmg terpaling sangat. ingat nak bukak b ...

Nak boikot silakan tapi jgn maki-maki staf ni. Sama je kalau kita nak dorang berenti, cari keje lain ke apa...cakap la leklok. Perang ngan isrohell ni dah masuk 75 tahun kot..baru skang nak beria boikot. Just like before. Pastu bila ada promo best sket, mulalah memasing melantak like there's no tomorrow.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.107310 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list