View: 5242|Reply: 48
|
[Jenayah]
Undang Undang Syariah Punca Wargasing kahwin Warga Tempatan Langgar Akta Imigresen. Wanita Tempatan Kahwini Wargaasing boleh didakwa lindungi PATI. Si suami wargasing akan dihalang dari miliki IC
[Copy link]
|
|
Edited by B40tastePosh at 7-11-2023 09:19 AM
NASIONAL
Buruh asing boleh diusir jika kahwin warga tempatan[size=0.82]Muhammad Yusri Muzamir
[email protected]
November 4, 2023 @ 7:43am
- Foto hiasan
KUALA LUMPUR: Buruh asing dilarang mengahwini rakyat tempatan sepanjang tempoh mereka memegang Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) di negara ini.
Kegagalan mematuhi peraturan itu menyebabkan permit pekerjaan mereka terbatal secara automatik dan diusir dari negara ini serta-merta seperti termaktub mengikut Akta Imigresen 1956/63 (Akta 155).
Keadaan itu menyebabkan rakyat tempatan, terutama wanita berisiko ditinggalkan pasangan masing-masing jika bertegas mahu berkahwin dengan pemegang PLKS kerana perbuatan itu melanggar undang-undang imigresen negara.
PLKS ialah permit kerja untuk warga asing bekerja secara sah di negara ini diberi kepada tujuh sektor bagi tempoh satu hingga 10 tahun yang ditetapkan kerajaan, selain ciri khas dipamerkan pada pasport individu terbabit.
<iframe src="
Namun, status perkahwinan pasangan Muslim terbabit adalah sah, jika pernikahan memenuhi syarat sah nikah dan perceraian pula hanya boleh berlaku jika permohonan cerai dikemukakan ke Mahkamah Syariah.
Bagi pasangan bukan Islam pula, mereka turut berdepan risiko sama, tetapi Mahkamah Tinggi Sivil mempunyai bidang kuasa membubarkan pendaftaran perkahwinan terbabit.
Pemegang PLKS yang mahu berkahwin dengan pasangan warga asing yang menetap atau bekerja di Malaysia pula perlu merujuknya kepada kedutaan masing-masing.
Justeru, Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya mahu mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkuasa agama negeri berhubung syarat perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing, terutama pemegang PLKS.
Katanya, terdapat dakwaan berlaku ketidakseragaman, menyebabkan syarat dan peraturan ketat ditetapkan imigresen berhubung urusan perkahwinan rakyat tempatan dan warga asing terutama pemegang PLKS dibolosi.
"Sesi libat urus ini bertujuan mewujudkan garis panduan dan prosedur operasi standard jelas bagi permohonan perkahwinan membabitkan pasangan warga asing dan rakyat tempatan.
"Secara dasarnya, urusan perkahwinan di bawah bidang kuasa pihak berkuasa agama negeri dan imigresen hanya boleh menyatakan bantahan bagi sesuatu permohonan perkahwinan jika ia melanggar akta ditetapkan.
"Imigresen juga tidak memiliki kuasa untuk membubarkan perkahwinan, termasuk bagi pasangan rakyat tempatan dan pemegang PLKS.
"Apa yang kita boleh lakukan jika melanggar Akta Imigresen ialah menamatkan permit diberi dengan serta-merta dan mengusir warga asing terbabit pulang ke negara asalnya," katanya kepada BH.
Perguna wanita tempatan
Baru-baru ini, BH melaporkan lelaki warga asing, terutama Pakistan sanggup 'membutakan mata', memilih wanita tempatan sebagai pasangan hidup termasuk yang sudah berusia, semata-mata mahu tinggal di negara ini dan membuka perniagaan menggunakan nama isteri.
Tahun lalu, Pengarah Imigresen Kelantan, Azhar Abdul Hamid, dipetik berkata, 15 permohonan dibuat warga asing dibatalkan kerana mereka hanya menggunakan isteri yang juga penduduk tempatan untuk membuka perniagaan.
BH pada September 2019 mendedahkan, mengahwini wanita tempatan antara taktik diguna lelaki warga Pakistan untuk menjalankan perniagaan dengan lokasi tumpuan di pinggir bandar dan penempatan setinggan yang jarang digempur pihak berkuasa.
Taktik lain, mereka menggunakan nama warga tempatan atau mengambil alih perniagaan sedia ada milik penduduk dengan membayar sewa tertentu, tanpa menukarkan penama pada lesen perniagaan.
Ada juga pasangan lelaki Pakistan dan wanita tempatan berasal dari Sabah, berkahwin di Semenanjung sebelum memohon pas lawatan sosial suami asing kepada warga negara di negeri bawah bayu itu.
Laporan eksklusif BH pada Mei 2017 pula mendedahkan, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pahang gagal mematuhi undang-undang imigresen, menyebabkan buruh asing mudah berkahwin dengan rakyat tempatan.
Malah, wanita tempatan mengahwini buruh asing yang tidak mematuhi syarat dan prosedur perkahwinan ditetapkan imigresen, boleh dikenakan tindakan kerana melindungi pendatang tanpa izin (PATI).
Tindakan menyembunyi atau melindungi PATI menyalahi Seksyen 55E(1) Akta 155 (Pindaan 2002) dan sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM10,000 atau penjara maksimum lima tahun dan enam sebatan.
Ruslin berkata, warga asing yang mahu berkahwin dengan warga tempatan perlu mengisi borang khas dengan lengkap termasuk maklumat majikan dan kaedah ini antara lain dapat mengesan sama ada warga asing terbabit dibenar berbuat demikian.
Beliau berkata, pihak berkuasa agama yang menerima maklumat awal permohonan perkahwinan itu sepatutnya merujuk kepada imigresen jika mendapati wujud pertentangan akta yang tidak membenarkan perkahwinan itu berlaku.
"Sebenarnya kemasukan warga asing ke negara ini secara sah hanya bagi memenuhi keperluan tenaga kerja mengikut sektor yang ditetapkan dan bukannya untuk berkahwin," katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Sape yg nk kahwin ngan buruh tu? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai...sebab tu Pakistan dan Bangla ramai berniaga di Malaysia.
|
|
|
|
|
|
|
|
Peh mantoppp. Semoga pelaksanaan dibuat dengan tegas bukan sekadar cakap. |
|
|
|
|
|
|
|
Apa rasionalnya tak bagi kawin, takut abuse ka?
What if kalau mereka benar2 jatuh cinta at the same time masih perlu menyara diri, berkhalwat?
|
|
|
|
|
|
|
|
kalu ppuan msia kawen dgn warga asing, kawen lepas tu lelaki tu bawa balik negara dia...bukan stay sini...
|
|
|
|
|
|
|
|
midori888 replied at 8-11-2023 01:07 PM
kalu ppuan msia kawen dgn warga asing, kawen lepas tu lelaki tu bawa balik negara dia...bukan stay ...
Ak setuju yg ni.. Kata da cinta Sgt g la ikut husband tu... Tp nnti mtk tlg Umno bw blk sini |
|
|
|
|
|
|
|
Enforcement please.. dan hrp applied lah ya
Yg dah terkawen tu.. jgn simply nk claim ank yg lahir itu berstatus warga negara |
|
|
|
|
|
|
|
kannn..dah cinta sgt kat bangla, pergi lah tinggal kat bangladesh sana...hehe
|
|
|
|
|
|
|
|
dah kata mereka masih perlu menyara kehidupan. Obviously balik negeri is not an option.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat sana tak bole sara hidup ke? kan diorg dtg sini, hantar byk duit kat kampung2 diorg...bina rumah banglo, beli ladang etc...dah kawen, bawalah wife balik sana... |
|
|
|
|
|
|
|
itu bagi yang dah lama kerja
|
|
|
|
|
|
|
|
B40tastePosh replied at 8-11-2023 12:14 PM
Ramai...sebab tu Pakistan dan Bangla ramai berniaga di Malaysia.
Ohhh.....mesti pakistan dan bangla ada tarikan tersendiri |
|
|
|
|
|
|
|
mojarean_X replied at 8-11-2023 11:07 AM
Sape yg nk kahwin ngan buruh tu?
pompuan Msia,pompuan indon. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by capwayang at 8-11-2023 03:52 PM
..kenalan iols kahwin dengan tamil muslim yang ber ic biru sebab kononnya lahir di Sabah sebagai isteri kedua atas dasar cinta. Yang peliknya saudara-mara macam pakcik-makcik dan isteri pertama (arranged marriage) dari India sana.
I mean kalau nenek asal India macam logik sikit la, kan. Masa berkahwin anak-anak tiri dia dah besar dan ramai, ada lahir di India dan Malaysia. So, 2 orang anak perempuan dia kahwin dengan warga India di India dan semua duduk sekali serumah di sini la.
Satu hari tu ada pegawai imigeresen wanita tamil datang dan dia kata itu saudara-mara yang datang ziarah tanya khabar. Rupa-rupanya 2 orang menantu dia tu dah tinggal lebih masa di negara ni dan ziarah tersebut ialah proses mengusir balik ke India bersama isteri ber ic biru masing-masing.
Berkahwin dengan warga asing rupanya memang kena ikut balik ke negara suami kecuali ada visa kahwin warga asing.. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 8-11-2023 01:24 PM
dah kata mereka masih perlu menyara kehidupan. Obviously balik negeri is not an option.
Tahu pun kan. Sebab tu lah undang2 ni dibuat, untuk ingatkan wanita2 malaysia, fikir panjang dulu sebelum nak kawin dengan warga asing yg datang sini guna PAS PEKERJA. Kalau degil sebab dah cinta sgt, teruskan lah tapi memang ada hukuman menanti. Tak payah la nak persoalkan, ini negara berdaulat, semua ada undang2 sendiri. Ni ok lg, kalau negara lain, rupa mcm meragukan sikit terus deny entry. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebab kualiti diorg kurang main forum,fb dan tiktok sementara Melayu masih merengek
|
|
|
|
|
|
|
|
Ramai je sis wanita tempatan kahwin warga Pakistan...hujung² tersepok di Canada
|
|
|
|
|
|
|
|
Atata replied at 8-11-2023 04:03 PM
Tahu pun kan. Sebab tu lah undang2 ni dibuat, untuk ingatkan wanita2 malaysia, fikir panjang dulu ...
Negara berdaulat bukan bermakna kau boleh lawan aturan Tuhan.
|
|
|
|
|
|
|
|
kalau nak kawin jugak, kena terminate la pass kerja tu... apply visa lawatan la kot... leceh la sikit sebab ada due date kena keluar dari malaysia |
|
|
|
|
|
|
| |
|