View: 5907|Reply: 29
|
[Tempatan]
Amoi demam selepas lihat entiti seperti 'pocong'
[Copy link]
|
|
Amoi demam selepas lihat entiti seperti 'pocong'
TANGKAP layar video tular yang dikongsikan Amoi di TikTok ketika melihat entiti seperti pocong. FOTO TikTok
SELAYANG: Pengalaman kali pertama pengurus sebuah stesen minyak dikenali Amoi bertugas syif malam tiga hari lalu, ibarat mimpi ngeri buat wanita itu apabila ternampak kelibat entiti seperti 'pocong' atau dipanggil ' hantu gula-gula'.
Kisah Amoi, 31, mendapat perhatian selepas berkongsi video penampakan entiti itu di akaun TikTok miliknya.
Menerusi video itu, Amoi mengalihkan kameranya sebelum kelihatan jelas susuk tubuh entiti berkenaan.
Berkongsi kisah sebenar, Amoi berkata, kejadian berlaku kira-kira jam hampir 4 pagi ketika dia bertugas di kaunter.
"Waktu itu, hanya dua orang saja bertugas iaitu saya dan seorang lagi pekerja.
"Ketika kejadian, tiada pelanggan jadi sambil kerja, saya bersiaran langsung di TikTok sambil berinteraksi dengan pengikut.
"Mata saya kemudian terpandang sesuatu yang bercahaya di atas bumbung restoran dekat seberang jalan jadi cuba 'zoom' bagi melihat lebih dekat dan terkejut apabila nampak susuk tubuh 'gula-gula' (pocong)," katanya.
Menurut Amoi, penampakan itu agak jelas kerana diterangi cahaya yang tidak tahu datang daripada mana.
"Setahu saya, tiada lampu jalan di situ jadi tak tahu cahaya apa yang menyinari makhluk berkenaan.
"Lagipun, makhluk itu seolah-olah berada di atas bumbung restoran. Restoran itu pula sudah ditutup jadi tak logik ada cahaya di situ.
"Saya yakin apa yang saya nampak itu adalah 'gula-gula' dan mungkin sebab itu saya demam hari berikutnya," katanya.
Menurut Amoi, dia tidak ceritakan perkara itu kepada sesiapa termasuk rakan setugas.
"Saya simpan saja cerita itu dan esoknya (kelmarin) baru saya sembang dengan seorang pak cik yang kebetulan kerja sama syif dengan saya.
"Menurut pak cik itu, dia sedang membersihkan tandas pada waktu berkenaan dan turut nampak macam ada kelibat tetapi tak pasti adakah kelibat itu entiti seperti yang saya nampak," katanya.
Berhubung perkongsiannya di TikTok, Amoi berkata, niatnya bukan untuk menakutkan sesiapa tetapi sekadar berkongsi pengalaman seram dilaluinya.
"Saya tak pernah alami pengalaman macam itu jadi saja kongsi video dirakam di TikTok.
"Ramai percaya mungkin kerana nampak jelas malah tak lama selepas saya muat naik video itu, ada rakan duduk di lokasi berhampiran katakan kawasan berkenaan memang keras kerana dekat dengan hutan simpan di belakangnya," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... titi-seperti-pocong
|
|
|
|
|
|
|
|
Amoi ka melayu tu?
Baidewei, iols pernah dgq pengakuan tulus ikhlas drp sorang budak uni yg bleh nampak.. pengalaman dia tgk pocong, menda tu mmg berdiri, mcm gula2 tu, tapi muka itam, nampak mata meyah jahh...
So skeri.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biasalah B40 bodo suka & mudah kaitan apa2 benda pelik dengan mistik |
|
|
|
|
|
|
|
Yg komen kat atas ni pun mentality -B40… |
|
|
|
|
|
|
|
manopBKK replied at 29-10-2023 10:34 AM
Yg komen kat atas ni pun mentality -B40…
Terasa ye bang? Kahkahkah |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dulu ada forumer buat thread hantu citer pasal mamat ni keje kat kantin mak forumer. Masa tengah bersih2 kan kantin. Tiba2 si pocong ni pegi usha mamat ni yg tengah kusyuk kerja. Mamat ni terus kejar pocong ni sampai tengah padang. |
|
|
|
|
|
|
|
makita replied at 29-10-2023 03:29 AM
Teringat dulu ada forumer buat thread hantu citer pasal mamat ni keje kat kantin mak forumer. Masa t ...
Baca ni buat aiols pun teringat kat ex stodens aiol. Budak2 Form 5. Nampak cik pon (ke langsuir - tatau beda) bertenggek atas pokok masa balik dari prep malam, boleh deols kejar pi baling selipar segala. Kesian cik pon. |
|
|
|
|
|
|
|
Tingginya pocong tu melompat,sampai atas bumbung!
Atlit lompat galah kah beliau sebelum ni?? |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 29-10-2023 11:41 AM
Tingginya pocong tu melompat,sampai atas bumbung!
Atlit lompat galah kah beliau sebelum ni??
Maybe boleh offer dia masuk.dalam.team.olimpik..
Mesti.menang
|
|
|
|
|
|
|
|
walaupun nmpk mcm kolot, tp iollz percaya pocong do exist... pontianak pun sama... tp bg iollz hantu paling ominous ialah hantu Jepun
... sebab iollz peminat bangunan lama British di Malaya, dan mostly ada kisah hantu Jepun.. recently iollz ada visit sekolah Convent Tanah Rata, main building dia sgt cantik and mcm dkt UK...sekolah tu atas bukit overlooking the town below...situlah tempat iollz layan sunset klau healing dkt Cameron...rmai orang tak taw spot tu...huhuhu..seramm tapi best...ada hantu Jepun? maybe ada sbb pernah jadi markas/hospital tentera Jepun during WW2 |
|
|
|
|
|
|
|
shernazz replied at 29-10-2023 11:44 AM
Maybe boleh offer dia masuk.dalam.team.olimpik..
Mesti.menang
Kann..xdelah kita kemarau pingat emas pasni |
|
|
|
|
|
|
|
dua_chzy replied at 29-10-2023 11:36 AM
Baca ni buat aiols pun teringat kat ex stodens aiol. Budak2 Form 5. Nampak cik pon (ke langsuir - ...
Hahaha mesti cik pon kene anxiety maklom la pompuan. |
|
|
|
|
|
|
|
jejaka_hensem replied at 29-10-2023 11:41 AM
Tingginya pocong tu melompat,sampai atas bumbung!
Atlit lompat galah kah beliau sebelum ni??
sb tu..ada bidalan berbunyi...'naik hantu'.... |
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 29-10-2023 01:46 PM
sb tu..ada bidalan berbunyi...'naik hantu'....
Bila pocong naik hantu,atas bumbung dia melompat |
|
|
|
|
|
|
|
Asik dimomokkan ngan hantu jer hidup kita ni. Manusia lagi menakutkan kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah dengar cerita orang kena kencing langsuir
|
|
|
|
|
|
|
|
tak skeri pun
|
|
|
|
|
|
|
|
pernah dgr masz budak2 dulu ada org kena kencing dgn hantu
hantu apa tak tahu la
pastu jd kena penyakit kulit
betul ke tak Wallahu a'lam
|
|
|
|
|
|
|
|
la sis sama la sy pun suka keadaan seram tp best sanggup sy balik mlm2 lalu jln ikut hutan walaupun satu kenderaan pun takde lalu masa tu
rasa best je sekali dgn seram
jap2 tengok rear view mirror pastu tengok atas pokok2 besar kot2 la...........
|
|
|
|
|
|
|
| |
|