CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 11960|Reply: 37

CERPEN : Mummy Mertuaku. [U]

[Copy link]
Post time 28-1-2011 12:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by bintang at 29-1-2011 16:12

Kleg!  Aku letakkan gagang telefon.  Sambil memejamkan mata,  aku menarik nafas panjang. Rasanya aku ingin melonggarkan dadaku yang tiba-tiba saja sesak.  Beberapa kali kutarik  nafasku, sampai  akhirnya aku merasa lega.  Kupicit-picit  keningku  yang tiba-tiba saja berdenyut.  Begitulah, setiap kali selesai  menerima panggilan telefon dari mummy mertuaku, migraine aku pasti kembali. Kata-katanya yang meletus bak berdas-das tembakan peluru seringkali membuat aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-1-2011 12:45 PM | Show all posts
“Mummy tidak mau tahu kesibukannya.  Esok adalah hari minggu dan mummy nak datang sehingga boleh berjumpa  suami kau. Tidak ada alasan bagi dia untuk sibuk, apalagi bekerja.”  Itu adalah kalimat terakhir sebelum akhirnya dia menutup telefonnya tanpa dapat kusela  kata-katanya.  

Seolah-olah, dia hanya minta didengarkan tanpa merasa perlu ada jawapan, komen,  tindak balas atau komunikasi dari aku. Dan hanya kalimat itulah yang dapat aku ingat dari percakapan kami selama lima belas minit.  Sungguh yang aku ingat dari serangkaian serangan mesin gun itu hanya kalimat terakhirnya. Sungguh aku lupa bicaranya yang lain. Itulah ibu mertuaku. Entah kurang faham etika bertelefon atau apa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:25 PM | Show all posts
next...ada lagi??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:39 PM | Show all posts
sambung la lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2011 02:49 PM | Show all posts
mungkin anak mummy ini jarang jengok mummy dia kot...
itu yang sampai tinggal pesan, buat temu janji....
mungkin mereka ini golongan orang koperat .....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-1-2011 03:44 PM | Show all posts
Kalau menelefon aku dia akan terus membebel tanpa ada peluang untuk aku menepis atau membalas,  dan kadang-kadang memberi perintah seperti seorang boss. Jangankan menanyakan keadaan aku, bertanyakan kesihatan anaknya yang menjadi suamiku tidak sekali-kali.  Aku merasakan, ibu mertuaku seperti mengalami sindrom hilang kekuasaan ketika bapa mertuaku mulai pencen.


Dia seperti tidak boleh menerima kenyataan ketika bila tiba-tiba saja suaminya tidak lagi berkerja. Padahal bapa mertuaku bukanlah berjawatan tinggi.  Memang dia salah seorang kakitangan kerajaan yang berjawatan pengawai kerani kanan di salah sebuah jabatan pendidikan negeri. Bapa mertuaku sendiri sebenarnya tidak ada masalah dengan pencennya. Bahkan dia terlihat lebih enjoy dengan pencennya yang memang dinantikan sebelumnya.


Sebidang kebun yang selama ini kurang mendapat perhatiannya telah menjadi begitu baik dari sebelumnya.  Kini kebunnya itu bukan hanya kebun sayuran sahaja malah turut juga beberapa tanaman buah yang tiga tahun lalu mulai ditanam sudah menunjukkan perubahan. Semua itu hasil ketekunannya bercucuk tanam dan membersih kebun setiap hari sejak menjadi pesara. Malah turut didirikan pondok kecil untuk beristirehat selain menjadikannya tempat solat yang sangat selesa.  Aku melihat semua ini kegembiraan baru buat bapa mertuaku, malah suamiku juga turut melihatnya sebagai ruang kosong yang sudah terisi dengan baik sekali.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-1-2011 07:43 AM | Show all posts
menarik nih....... jangan la dpt mak mertua cmni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-1-2011 04:09 PM | Show all posts
Berbeza dengan ibu mertuaku. Dia menganggap kerja sampingan suaminya itu low class dan agak memalukan. Sebab itu barangkali ketika bapak mertua masih di pejabat, ibu mertuaku memang terlebih boss di banding suaminya. Kalau datang ke pejabat bapa mertua,  dia akan menganggap semua anak buah suaminya adalah anak buahnya yang selalu harus melayani dan juga boleh diperintah itu ini.




                                                               *****




“Abang, besok mummy akan datang ke sini,”   kataku sambil menarik selimut.

“Mummy mau ke sini, buat apa?”

“Isk... abang ni...  Itu kan mummy abang. Jangan sampai nanti dikatakan yang tidak suka padanya adalah Reena.  Selalunya bang, menantu perempuan itu akan selalu dilawankan dengan ibu mertua. Ini yang tidak Reena inginkan. Reena tetap ingin menjadi menantu yang baik.”

“Kenapa abang tidak suka? Ya... sebab abang tidak mau ada masalah lagi. Buat abang serba salah saja.”   

Kerut di dahi suamiku mula menggaris.

“Dah la tu bang,  mummykan ibu kandung abang,“   aku cuba menenangkannnya, memicit-micit lengannya.

Suamiku diam membatu. Aku picit kepalanya pula. Aku seperti dapat merasakan apa yang sedang dilamunnya.

“Terserahlah pada abang. Reena menurut saja. Kita tunggu saja mummy datang dan menyambutnya dengan gembira. Dia kan nak menjenguk abang.”

“Menjenguk abang? Reena fikir begitu?”


Aku dapat memahami keadaan suamiku. Sejak peristiwa setahun lalu, dia merasa sangat sukar berada di depan ibunya. Pendidikan dan bergaul dengan kelompok yang ramai jauh dari keluarga, yang diperolehinya telah membuat dia sedar bahawa antara perempuan dan lelaki setara. Dia sedar kalau selama ini perempuan sering dinombor duakan, semata-mata hanyalah kerana masyarakat yang dikuasai laki-laki membuatnya demikian. Padahal semua itu masih boleh diubah.

Ertinya, lelaki dan perempuan boleh menjadi teman setara dalam menjalankan segala tugas pada kehidupan atau perkerjaannya. Apa lagi dalam urusan rumahtangga. Kami sama-sama menggembleng. Bukan tugasan rumahtangga di bahuku saja.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-1-2011 05:15 PM | Show all posts
Mungkinkah dia masih belum lupa, peristiwa enam bulan setelah kami bernikah.  Sebuah peristiwa sempat membuat mummy meradang ketika tiba-tiba datang ke rumah kami pada hari minggu. Ketika itu aku sedang membersihkan ruang kerja kami,  dan suamiku baru saja usai dengan pekerjaannya, dia meluru ke depan mendengar bunyi salam serta deringan loceng.  Betapa terkejutnya mummy ketika melihat suamiku mengenakan apron  - kerana memang hujung minggu adalah giliran suamiku memasak. Spontan mummy membebel dan menganggap bahawa anak lelakinya telah melakukan pekerjaan yang tidak pada tempatnya. Sebagai seorang golongan bangsawan – mummy mendakwa keturunannya adalah dari kalangan raja-raja -  dan dia tidak boleh melihat anak lelaki masuk ke dapur.


Padahal di rumah ini kerana aku dan suamiku sama-sama bekerja, membuat tidak lagi ada hal tabu untuk mengurus rumah. Kami telah mensepakatinya melakukan hal-hal rumahtangga bersama-sama. Kerana rumah ini penghuninya kami berdua. Dan kami berdua bekerja.

“Mummy menyekolahkan anak lelaki untuk menjadi engineer bukan untuk masuk ke dapur..!” Bentak mummy kepada suamiku.

Aku diam meski waktu itu sudah telanjur berhenti di depan bilik kerja ketika mendengar suara mummy meninggi.  Ini adalah persoalan ibu dan anaknya. Kalau ikut mencampuri, akan menjadi lebih memburukkan keadaan. Dan aku lihat suamiku juga masih diam.


“Kenapa jadi begini..?  Apa.... kamu sebagai lelaki merasa terhormat ketika masuk ke dapur. Sementara isteri kamu duduk di bilik?”


Saat itulah aku melihat suamiku mendongakkan kepalanya. Sambil tersenyum dia mengatakan;   “Mummy, bekerja di dapur bukanlah hal yang rendah bagi seorang lelaki. Saya di dapur ini juga kerana saya suka dan saya yang memintanya.  Apalagi yang dipersoalkan? Sekarang ini mummy, seorang lelaki yang terhormat harus tahu dan membiasakan diri mengerjakan pekerjaan di dapur yang selama ini biasanya disebut pekerjaan perempuan. Bukankah tidak ada pekerjaan perempuan, mummy? Lihat saja Reena, dia juga engineer seperti saya. Bukankah perkerjaan itu sebenarnya milik lelaki, menurut mummy?”


Aku waktu itu tidak sempat lagi melihat bagaimana wajah mummy ketika mendengar jawapan suamiku. Yang jelas, mummy membelakangkan badannya, menghentakkan kakinya dan terus berlalu pergi dari rumah.  Aku hanya melihat suamiku tersenyum mengangkat kedua bahunya. Aku diam saja, tidak tahu untuk berbuat apa.  

Pada malamnya adik iparku menelefon mengatakan;   “Mummy hanya akan datang kalau abang sudah tidak mengenakan apron lagi.”


Dan sampai setahun mummy memang tidak pernah datang-datang lagi. Kami hanya bercakap melalui telefon.

“Kalau sekarang tiba-tiba mummy mau datang, pasti ada sesuatu ya, bang,”  bisikku pada suamiku. Suamiku yang sudah hampir menutup mata tidak menjawab apa-apa.



                                                                 *****
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2011 08:57 PM | Show all posts
next..
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 01:36 PM | Show all posts
Reply 9# bintang

wah..da xsabar nak baca yg seterusnya~

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 04:00 PM | Show all posts
Pagi-pagi lagi mummy sudah pun tiba di perkarangan rumahku.

“Bagaimana Reena? Sudah kau sampaikan pesan mummy pada suami kamu?”  Kata-kata itu terus diucapkan, setelah aku usai mencium tangannya. Tidak ada tanya khabar setelah setahun tidak datang ke rumah anaknya.

“Sudah mummy,”   jawabku singkat saja. Kulihat di luar tidak ada siapa-siapa.  Bererti mummy datang sendiri.

“Saya sudah cakap pada abang, mummy mau datang hari ini,”   tambahku lagi.

“Cuma itu?”


Aku terdiam, menggelegak dadaku dengan kata-katanya yang tinggi.  Aduh! Waktu itu aku yang baru saja pulang dari mall berdekatan memang naik sebak mendengarkan kata-katanya yang bak mesin gun. Duh... pesanan apa lagi ya? Aku memang lupa.

Aku bangunkan suamiku yang masih tidur, setelah mempersilakan dan menghidangkan secangkir teh hangat buat mummy.  Suamiku
Aku bingung.  Ibu mertuaku nampaknya tidak ingin berbaik denganku. Salah apa lagi ya aku? kataku dalam hati.


Supaya tidak mengganggu pertemuan ibu dan anak yang sudah lama tidak terjadi, aku ke dapur saja. Pokoknya asal saja aku tidak menjadi penyibuk di tengah mereka anak beranak itu. Meski telingaku kulebarkan untuk mendengar apa yang dibicarakan di ruang makan itu.


“Isterimu sudah beritahu?”

“Sudah, mummy! Dia mengatakan hari ni mummy mau ke mari.”

“Cuma itu? Tidak menyampaikan pesan aku yang lain?”

Aku tidak sempat mendengar jawapan suamiku.  Mungkin saja, dia hanya menggeleng. Kerana memang aku hanya menyampaikan bahawa mummy mau datang, titik.  Terus terang, aku waktu itu tidak tahu apa yang disampaikan sewaktu mummy menelefon petang semalam.

“Isk,  mummykan sudah cakap. Mummy minta disediakan duit sepuluh ribu pagi ini.”


Aku terkejut.  Bukan kerana kata-katanya yang mulai meninggi.  Tapi duit sepuluh ribu yang dimintanya.  Dari mana duit itu?  Apa mummy ingat kami ini punyai mesin pencetak wang? Oh mummy, kami berdua ini pekerja swasta. Kalau pun kami ini boss, belum tentu kami dapat menyediakan wang sebanyak itu. Lagi pun untuk apakah mummy perlu dengan duit sebanyak itu?


“Apa mummy?  Sepuluh ribu?  Dari mana kami memiliki duit sebanyak itu? Dan lagi,  untuk apa mummy tiba-tiba memerlukan duit  sebanyak itu? Daddy sakit?atau…………”   

Belum habis persoalan suamiku, ibu mertuaku memintas;   “Tidak ada urusan dengan daddy kamulah. Daddy tidak tahu.  Kerana ini keperluan mummy sendiri.”

“Lalu, mummy ....untuk apa? Nak buat umrah dan ziarah?”

“Bukanlah, mummykan sudah ke mekah, untuk apa banyak kali sangat ke sana.”

“Habis tu?”

Aku yang mendengar ini semakin berdebar.

“Gini……  mummy ingin mengikuti program pelangsingan tubuh seperti yang dilakukan oleh kawan-kawan mummy di sana.”

Pyaaaarrrrr!!!  Gelas di tanganku terjatuh mendengar jawapan itu.



                                                                *** TAMAT ***
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 04:01 PM | Show all posts
wah..ade cerpen baru dari bintang..best2..next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 04:11 PM | Show all posts
wah..ade cerpen baru dari bintang..best2..next
naza81 Post at 31-1-2011 16:01



    Next apanya da tamat naza
Reply

Use magic Report

Post time 31-1-2011 04:47 PM | Show all posts
oh..hehe..tu la..tdi baca lum tamat..hehe..ok2..da baca abis da..hhe//slmt bercuti kwn2 ...blk kg mlm ini..hehe..saje ambil cuti awal..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-1-2011 04:52 PM | Show all posts
oh..hehe..tu la..tdi baca lum tamat..hehe..ok2..da baca abis da..hhe//slmt bercuti kwn2 ...blk kg ml ...
naza81 Post at 31-1-2011 16:47



    Selamat bercuti naza... hati-hati dalam perjalanan, moga selamat sampai dan kembali...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2011 09:29 PM | Show all posts
aik..dah tamat ker???
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2011 05:13 PM | Show all posts

aduh mummy......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 05:54 PM | Show all posts
aduh mummy......
merahsilver Post at 3-2-2011 17:13



    Begitulah, mummy moden
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2011 05:55 PM | Show all posts
aik..dah tamat ker???
nhid_tam Post at 2-2-2011 21:29



    Cerpen pendek jek nhid_tam...  sekadar liburan sambil makan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.204258 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list