CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4901|Reply: 27

Shila Amzah Tak Bangga Isu Keluarga Dicanang Tapi Harap Jadi Pengajaran Pada Orang Lain

[Copy link]
Post time 15-10-2023 06:57 PM | Show all posts |Read mode
Penyanyi Shila Amzah sama sekali tidak berbangga dengan apa yang berlaku namun dia melihat ia sebagai perkara positif apabila ramai tampil meluahkan perkara sama.


Pemilik nama sebenar, Nurshahila Amir Amzah, 33, berkongsi perkara itu menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan pada Ahad.






"Saya tak bangga dengan apa yang saya katakan dalam siaran langsung tersebut. Tapi dalam masa sama apa yang saya luahkan itu dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang mungkin senasib dengan saya.


"Syukur Alhamdulillah, mungkin kesedaran ini perlu diketengahkan lagi," katanya.


Dalam pada itu, Shila berkata, dia tidak pernah berhasrat mendedahkan isu keluarnya kepada umum namun tidak menyangka ia didedahkan oleh ahli keluarganya sendiri.


Kata Shila, dia menyimpan semua perkara yang berlaku dalam hidupnya kerana menghormati mereka sebagai darah dagingnya.


"Saya sebenarnya harapkan benda ini tidak menjadi seperti ini... Kalau saya nak benda ini jadi, lama dah berlaku. Tapi saya tak tahu tiba-tiba hati saya terbuka setelah bertahun lamanya saya tak cakap apa-apa.


"Tapi apa pun hal keluarga kita nak simpan sendiri. Tidak kiralah baik buruk, mereka tetap darah daging kita," ujarnya.


Penyanyi yang terkenal dengan lagu Patah Seribu ini juga mengakui cuba berfikiran positif dan berharap agar masalah keluarganya itu dapat diselesaikan tanpa diketahui orang luar.


"Saya seorang yang suka berfikiran positif sampai saya tidak menafikan ia menjadi toksik pada diri saya sendiri... Saya selalu kata lalui benda ini Insya-Allah akan ada jalan keluar.


"Apa lagi yang boleh saya fikirkan selain meletakkan pengharapan itu... kalau tidak macam mana nak berjuang," ujarnya.


Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediamannya susulan banglo milik penyanyi itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.


Shila pula menafikan dakwaan dia menghalau adik-beradiknya sebaliknya mahu menjual banglo tersebut kerana ingin membeli kediaman baharu lebih selesa buat ibu mereka.


Isu tersebut berlarutan apabila adik lelakinya Amir Syafiq mendedahkan Shila tidak membuat sebarang perbincangan sebelum berhasrat menjual banglo tersebut.


Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 08:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Park sini dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu word jee.. baiknyaa ko shilaa.. kalo akuuu emmm... Tau laa hangpaa langit tuu tinggi ke rendah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila nk abis drama lalat clan ni
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:55 PM | Show all posts
Bertabahlah shila…semoga dipermudahkan segala urusan lah yeee
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
MeowPARSI replied at 15-10-2023 08:50 PM
Bila nk abis drama lalat clan ni

Alahai nanti habislah xyah la nak tnya sgt, tgk mcm kes anak abby tu dah senyap kan

Biarjelah bnyk isu baru seronok bgosip
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-10-2023 08:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah dia cakap. Kalau dia nak aibkan keluarga dia dah lama dah dia bongkar kisah ni. Ni dah 33 tahun hidup baru terbongkar. Tu pun sebab adik adik low iq dia yang buka aib sendiri kononnya nak malukan dia sampai dia terpaksa buka cerita. Kalau tak, takde siapa tahu. Dah lah selama ni hidup asyik dikeji netizen masa mak dia cerai tu pun orang keji dia kata sibuk bercinta sampai takde kat sisi mak dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Sejak komer luah perasaan hati
Macik jadi tersuka pulak kat komer

Sebab macik sebagai mak yang jelita dari NekTa
Rasa macam bertuahnya seorang ibu
Anak perempuan sediakan makan pakai rumah dan keperluan

Ini bukan membandingkan anak macik ye
Anak2 macik ok je
Bukan bewak
Wakakakakaka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2023 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm Matang lak statement xila Kali nih
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul la dia ckp dlm live yg dia pakai shirt hitam tue. Puas dia simpan aib family dia. Tiber adik beradik bukak semua. Habis org dah tau.
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Adik-adik bodoh diaa tu laa bukak aib sendiri. niat nakk suruh netijen cerca akak diaa sekali diaa yang kene cerca
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2023 11:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tudung navy blue ni.. dah mcm advertisment Dior lak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 02:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Adik2 sdri nk jatuhkn dia kn

Mmg bodoh n x tau bsyukur cuba klu xila tu x dpt job sapa nk sara bewak sekalian… dah la bewak bodoh lak tu. Ptut jd je la bewak yg baik kakak syg ko yg senang.
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 06:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Go figure! Hang in there
Aku suka suara dia ni
Lagi2 dlm lagu Patah Seribu
Soothing
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 06:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Camtula life xila...kl. Xdiuji dgn family sendiri..diuji dgn suami curang/ biawak ..kl xsuami , family in law pulak dari nuraka..kl x family in law, ujian anak pulak...gitu la kekdahnya
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 07:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Begitulah hidup. Adik beradik sendiri nak jatuhkan kakak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-10-2023 10:05 AM | Show all posts
Bagus dia ni, dia cuma lawan balik apa adik2 dia fitnah dia, tp bila mak dia yg terpaling ibu mithali tu buat statement, langsung dia tak cakap apa..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
teruknya adik lelaki dia. boleh ke paksa org tukar nama mcm tu je.. apa hak dia? nanti mak dia bagi kat dia, dia pun jual sama mcm dia jual kereta sebelum tu
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 10:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Ok la shila, iouls rasa public pon dah faham apa yg terjadi. So lepas ni ko deal je la dengan family melalui lawyer & teruskan hidup mana damai dengan suami & anak. Takut bila kita bercakap banyak2 nanti terkeluar pulal side yg kita xnak orang nampak (ehemmm..syushedappp)
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2023 12:09 PM | Show all posts
Banyak je isu macam ni, anak jadi ketua keluarga.. Mak bapak adik beradik makan hasil anak yg dikerah

Mula-mula tolong, lama-lama dah jadi tugas sampai kena jadi bebanan
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 07:14 AM GMT+8 , Processed in 0.048119 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list