CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12236|Reply: 128

Buat Bodoh Je, Abang Tiri Hanya Perhati Budak Usia 4 Tahun Lemas Dalam Kolam Renang Di Bangi

[Copy link]
Post time 25-9-2023 12:55 PM | Show all posts |Read mode
KAJANG – Seorang abang tiri ditahan selepas didakwa hanya berdiri dan melihat sahaja seorang kanak-kanak lemas berusia empat tahun di sebuah apartmen di Bangi, 13 September lalu.


Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, suspek yang merupakan abang tiri mangsa berusia 26 tahun itu diberkas Ahad lalu.


Katanya, penahanan dibuat selepas penelitian dijalankan menerusi televisyen litar tertutup (CCTV) di lokasi kejadian yang baru dapat diakses.


Foto: Kosmo




“Penelitian yang dijalankan berdasarkan CCTV tersebut mendapati ketika kejadian suspek yang merupakan abang tiri mangsa turut berada di lokasi kejadian.


“Suspek dilihat leka melakukan sesuatu sambil melihat sahaja mangsa yang sedang lemas tanpa bertindak melakukan sesuatu untuk menyelamatkan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Jelas Mohd Zaid, pihaknya sebelum itu menerima laporan berkaitan kejadian daripada pegawai perubatan Hospital Serdang yang menerima mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri, 13 September lalu.


“Siasatan mendapati, mangsa maut sekitar pukul 3 petang selepas dipercayai lemas ketika mandi di apartmen itu sebelum dibawa ke klinik dan kemudian dirujuk ke Hospital Serdang, bagi rawatan selanjutnya.


“Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 1 tengah hari 14 September selepas mendapatkan rawatan dan kes pada awalnya diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.


Mohd Zaid berkata, suspek ditahan sepasukan anggota polis dari Cawangan D7, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, bagi siasatan lanjut berkaitan kejadian.


“Kes disiasat dan diklasifikasi mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.


“Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Muhammad Azrul Nizam Zainal Abidin di talian 016-9985730 bagi membantu siasatan,” katanya. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Astaghfirullah...bangsa apa ni..knp kejam sgt dgn adik tiri...sakit hati aku baca
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-9-2023 12:58 PM
Astaghfirullah...bangsa apa ni..knp kejam sgt dgn adik tiri...sakit hati aku baca

Tak tau laa sis.. mgkin ade dendam kot.. aku ckp terus terang jee.. ade dua org lemaas

Satu abg aku satu lg rohingya
Aku pastinyaa akan tolong rohingya tuu..

Cam tuu laa
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
eh ko dah nape dok tegak tgk saje???
manusia skrg makin kejam
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 25-9-2023 01:04 PM
Tak tau laa sis.. mgkin ade dendam kot.. aku ckp terus terang jee.. ade dua org lemaas

Satu abg a ...

Tapi masa aku tulis td terfikir mak ayah budak lelaki ni bias terhadap dia dan adiknya...mungkin juga...

Susah juga tp tula mesti ada kisah disebaliknya..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:28 PM From the mobile phone | Show all posts
noor2 replied at 25-9-2023 01:18 PM
Tapi masa aku tulis td terfikir mak ayah budak lelaki ni bias terhadap dia dan adiknya...mungkin j ...

Mgkin laa dia dah lama dendam.  Kita mana tau cite sebenar
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-9-2023 01:29 PM From the mobile phone | Show all posts
salam takziah. sadis pemergian si adik tiri usia empat tahun. kecik lagi. ntah apa masalah si abang tiri nya tu
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kes macam ni nak caj macam mana?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dia dengki dgn adik tiri lebih kurang sebaya boleh faham jugak...ini dengki dgn budak kecik cenonet yg masih taktau apa2....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:55 PM From the mobile phone | Show all posts
ada ke videonya?
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 01:58 PM | Show all posts
mungkin dia leka main game on the phone....or leka berwhatsapp on the phone..sbb org lemas ni mmg tak keluar suara nak mintak tolong sebab mulut dah penuh air.....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:01 PM | Show all posts
Video dikaburkan

  

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:13 PM | Show all posts
berdendam ke atau psychopath si abang dia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:13 PM From the mobile phone | Show all posts
antikorok replied at 25-9-2023 06:01 AM
Video dikaburkan

My Goooddddd

HOOIIII

HOOOOIIIIII BABI SIAL NYAWA TU DEPAN KAU, KAU BUAT BODOH JA?! MY GOOODDDDDD DAH SAMPAI LEVEL BEGINI KA GENERASI SEMATFON PENDIDIKAN KASIH SAYANG ROTAN TAK BOLEH TANAHAIR???!!!!!

Aduh anak...kesiannnnnnnnnnnn

Ntah apa agaknya dia fikir masa nak mati tu knowing ada abang dia kat situ tapi tak selamatkan dia pun!
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:20 PM From the mobile phone | Show all posts
apa yg aku baca ni..
26 thn vs 4 thn. di mana akal dan belas kesian..
nasib ada cctv. neraka jahanam lah tempat ko
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah boleh jadi bapak orang dah....boleh pulak dia tengok jer....kalau malas sangat nak masuk pool selamat kan adik kau tu..kau jerit jer lah mintak tolong....bangkang!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2023 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ada yg kata abgnya tu oku
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:28 PM | Show all posts
blh dia buat xtau jer...mana la hati & perasaan dia ni...xkan la tak perasan...dpn mata dia je kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru tgk video. Obvious sengaja..he watched adik dia drown la kan...ish²
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2023 02:41 PM | Show all posts
Sempat tgk video semalam.. si adik tgh mandi pakai pelampung. lepas tu nampak dia bercakap2 then terus berenang p kat tangga kolam. dia berdiri kat tangga then masa nak masuk kolam semula posisi badan dia mcm terjatuh kebelakang dan pelampung tercabut.  Ya Allah mmg struggle adik tu terkapai2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.624103 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list