CariDotMy

 Forgot password?
 Register
CARI sedang mencari rakan kongsi yang berkongsi matlamat sama untuk meneroka lebih banyak peluang bersama. Untuk maklumat lanjut: Klik sini
View: 2899|Reply: 2

[Tempatan] Mat Sabu sertai 'flash mob' PRK Pelangai bersama poster 'kembalikan Najib'

[Copy link]
Post time 23-9-2023 05:43 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by kemaruk at 23-9-2023 05:47 PM

Mat Sabu sertai 'flash mob' PRK Pelangai bersama poster 'kembalikan Najib'

https://www.sinarharian.com.my/article/280555/berita/politik/mat-sabu-sertai-flash-mob-prk-pelangai-bersama-poster-kembalikan-najib

BENTONG - Kehadiran Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mohamad Sabu yang menyertai `flash mob' pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai yang turut menyaksikan poster 'kembalikan Najib', mencuri perhatian ramai.

Sekumpulan pemuda memakai baju 'UMNOSiswa' terlibat dalam program berkenaan, berlangsung sempena hari penamaan calon PRK itu pada Sabtu yang menyaksikan persaingan tiga penjuru.

PRK DUN Pelangai merupakan pilihan raya ketiga selepas PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram Johor melibatkan kerjasama dalam parti Kerajaan Perpaduan iaitu Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

BN mempertaruhkan Ahli Jawatankuasa UMNO Bentong, Datuk Amizar Abu Adam, 50 tahun, yang merupakan anak jati Felda Chemomoi, bagi mempertahankan kerusi tersebut.


Manakala, PN meletakkan Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Bentong, Kasim Samat, 63 tahun, atau lebih dikenali sebagai Cikgu Kasim.

Sementara itu, seperti yang diumumkan, Haslihelmy DM Zulhasli disahkan sebagai calon Bebas yang bertanding menggunakan simbol kereta.

Senarai rasmi calon-calon bagi PRK DUN Pelangai diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail di Pusat Penamaan Calon Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, di sini sekitar pukul 10.15 pagi.



Multiple Polls: ( Max 4 choices ), Total 9 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2023 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mat sabu reti membaca maybe dia takkan join flashmob tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2023 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mungkin mat sabu memang ikhlas nak najib kembali.. beliau dah sedar dah akan kesilapan yang lalu sering kutuk najib..

Sebagaimana beliau sama atok..

Anyway, bwnarlah telahan bangkem sebelum ini, mat sabu for PM11!!!

reformasi! Reshuffle!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-1-2026 06:51 PM GMT+8 , Processed in 0.075694 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list