CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2488|Reply: 34

Janna Nick Masih Menderita Bipolar, Dah Tak Makan Ubat "Cuma Saya Kena Pandai Kawal Diri"

[Copy link]
Post time 14-9-2023 11:15 AM | Show all posts |Read mode
Sebelum ini Janna Nick pernah mendedahkan dirinya menderita penyakit bipolar, dan kini tahap kesihatannya masih sama walaupun sudah berkahwin sejak Jun lalu.


Namun kini tidak lagi bergantung dengan ubat-ubatan kerana faktor kerjaya sebagai pelakon.


Foto: IG




Justeru itu, dia mengawal penyakit berkenaan sendirian tanpa melakukan pemeriksaan bulanan.


"Keadaan (penyakit) saya masih sama. Ada masa saya gembira, bertenaga, sedih dan agak kritikal.


  



"Keadaan masih sama sebab sakit saya sakit yang tidak boleh hilang sampai bila-bila.


"Cuma saya kena pandai kawal diri," katanya kepada mStar.


  



Dalam usaha mengawal penyakit itu, isteri kepada aktor Dini Schatzmann ini memberitahu dia sentiasa mengamalkan pemakanan sihat dan lebihkan bersenam.


Bercerita mengenai Teater Muzikal Kanak-Kanak Pak Pandir dan Labu Ajaib yang bakal diadakan pada 13 hingga 15 Oktober depan di Istana Budaya, Janna memaklumkan bahawa ia merupakan satu-satunya teater muzikal kanak-kanak untuk tahun ini.


  



Janna yang juga penerbit dan pelakon teater itu berkata tiket telah mula dijual dengan harga bermula RM50 hingga RM250 di ticket2u.com.


Kos perbelanjaan untuk teater tersebut adalah mencecah sehingga RM500,000.


Barisan pelakon yang bakal menerajui teater tersebut adalah Bell Ngasri, Janna Nick, Puteri Sarah, Norreen Iman, Aya Amiruddin dan Naque Ariffin. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 11:31 AM From the mobile phone | Show all posts
laki dia kena peka…tgk dia happy semacam ke bingeing semacam cepat le dpt rawatan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:33 AM | Show all posts
Penyakit berkaitan mental ni bahaya kalo tak makan ubat
kot makin melarat
macam mana Jena control dan calm herself bila datangnya sakit dia
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 01:53 PM | Show all posts
pandai kawal diri...
ingat tu tabiat yg boleh dikawal?? mcm kurangkan makan etc.
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 08:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Bipolar normally ubat for life & cannot skip ubat. Or ada potential relapse.. unless she dah diskusi dgn psy & allowed to do so
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 08:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak try preggy kut..tu yg stop minum ubat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-9-2023 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makan jela ubat tu ssh nk kontrol2 diri sendiri bagai..xle stress sket..member dlu asik laa skip ubat asik laa sakitnya dtg. Tp lepas konsisten nah 3 taon elok je dh..cuma hrtu lepas bersalin dtg kejap sakitnya sbb xmkn ubat time time kt wad tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 08:51 PM From the mobile phone | Show all posts
pocongkiutss replied at 14-9-2023 08:47 PM
Nak try preggy kut..tu yg stop minum ubat

My friend tu time preggy pn ubat on jugak..alhamdulillah anak dia so far elok sihat cerdik and behave sgt..12 tahun menanti kelahiran
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-9-2023 09:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Die jadi mcmane bipolar ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:52 PM | Show all posts
Nham22 replied at 14-9-2023 09:17 PM
Die jadi mcmane bipolar ni...

Brain chemical tak balance.

Sebab tu kena makan ubat

Things that could aggravate bipolar: stress, trauma, drugs, alcohol etc

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2023 11:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Member iols.bipolar
Ada masa.tu.dia tak Makan ubat
Pastu dia rasa aktif je...happy.la.dia.sebab.dia tak rasa tido Malam..dok la buat keje rumah malam2 n.pagi pergi keje MCM biasa..
Pastu Minggu depannya.dia.gi Appt doc kat serdang
Doc marah sebab tak.makan.ubat
Dah Jadi manic..
Dia cakap yaqqinnya Aku Bahawa Aku tak yah Makan ubat dah..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 02:50 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by LadyCarefree at 15-9-2023 01:53 AM
moonela replied at 14-9-2023 10:33 AM
Penyakit berkaitan mental ni bahaya kalo tak makan ubat
kot makin melarat
macam mana Jena control da ...


Tak juga. Ada yg boleh dikawal dengan behavorial therapy dsb. Ubat2 mcm xanax ke apa tu semua ada side effect yg jejas kualiti hidup juga. Kalau boleh wean off dan depend on behavorial therapy lagi bagus. Plus janna ada dini yg bukan jantan bangang. I am sure dini pandai mainkan peranan.
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:11 AM | Show all posts
LadyCarefree replied at 15-9-2023 02:50 AM
Tak juga. Ada yg boleh dikawal dengan behavorial therapy dsb. Ubat2 mcm xanax ke apa tu semua ada  ...

Kalo boleh wean off tanpa bergantung pada ubat baguslah sebab apa2 ubat pun memang akan ada long term side effect..
Iols ada baca katanya pesakit bipolar memang kena makan ubat tak boleh tinggal..
maybe bergantung kepada tahap pesakit
ada yang mild, severe and etc
jena not sure dia kategori mana satu sebab penyakit bipolar ni banyak cabang juga
bukan dulu selalu nampak artikel kat cari ni dia ada depression?
tapi yang ni dikatakan bipolar

based on apa yang Iols baca tak mudah untuk hidup dengan orang yang ada bipolar ni
sebab mood mereka boleh swing anytime





Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:13 AM | Show all posts
Edited by moonela at 15-9-2023 10:17 AM
shernazz replied at 14-9-2023 11:55 PM
Member iols.bipolar
Ada masa.tu.dia tak Makan ubat
Pastu dia rasa aktif je...happy.la.dia.sebab.dia  ...

ada tak kawan uols dalam fasa mengamuk
macam nak suicide
mencederakan orang lain?


Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Bagi iols kan, orang bipolar anxiety ni kebanyakannya sebab diri sendiri yg buat masalah. Macam kawan iols. Sendiri yg undang kutukan orang, dia sendiri yg sakit hati sampai dah mental
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:23 AM | Show all posts
Kurex replied at 15-9-2023 10:13 AM
Bagi iols kan, orang bipolar anxiety ni kebanyakannya sebab diri sendiri yg buat masalah. Macam kawa ...

Yang ni macam kategori takde penyakit cari penyakit
yang jenis mudah trigger, maki hamun, guna bahasa kesat,
play safe, defensive kat social media kena cek juga
tak sure tu kategori mental illness apa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-9-2023 10:29 AM From the mobile phone | Show all posts
moonela replied at 15-9-2023 10:23 AM
Yang ni macam kategori takde penyakit cari penyakit
yang jenis mudah trigger, maki hamu ...

Bahasa kesat tu iols yakin kebanyakannya buat. Boleh jadi utk lepaskan amarah. Sebab tu iols guna porem utk lepaskan segala amarah iols sebab kalau dipendam boleh jadi mental jua. Macam sorang suami pendam amarah dekat tempat kerja diluahkan amarahnya dekat anak bini. Kalau doplohpatjam nak mencarut sama ada dekat ig, fb, tiktok atau lain2 platform, tu kena tanya yg pakai dia kategori apa. Better uols tanya pakar
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
moonela replied at 15-9-2023 10:13 AM
ada tak kawan uols dalam fasa mengamuk
macam nak suicide
mencederakan orang lain?

Hurm...suicide tu iols tak pasti Pula...
Tak berani nak Tanya..
Tp tu lah..kalau dia tak Makan ubat Penenang...mmg bercakap tak brenti..hahhaha...
Smalam baru jumpa...selama sejam.jumpa...potpet tak brenti sampai iols htr dia ke mrt..
Keliling iols ramai bipolar.n anxiety...
Huk3..so far depa Masih boleh control diri depan iols
Tak tau la kat rumah mcmana kan
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:33 AM | Show all posts
Kurex replied at 15-9-2023 10:29 AM
Bahasa kesat tu iols yakin kebanyakannya buat. Boleh jadi utk lepaskan amarah. Sebab tu iols guna  ...

pakar psikologi / psikiatri agaknya boleh diagnos specific term dia apa
tapi memang berkaitan emosi dan psikologi
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2023 11:41 AM | Show all posts
shernazz replied at 15-9-2023 10:59 AM
Hurm...suicide tu iols tak pasti Pula...
Tak berani nak Tanya..
Tp tu lah..kalau dia tak Makan uba ...

dia cakap tak berhenti tu biasanya topik apa uols?
ke dia main cakap macam orang tak betul
ataupun dia bercakap macam orang normal ja?

iols tengok lakonan Claire Danes dalam Homeland series
like whoaaaa
CIA officer yang ada BPD
macam mana dia cope dalam fasa BPD dan jadi agen perisik



Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 04:29 AM GMT+8 , Processed in 0.056486 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list