CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3720|Reply: 45

"Tak Mimpi Tapi Datang Angin Sepoi-Sepoi Bahasa, Mungkin Dia Ada," -Ibu Juruterbang Mat Nahas Elmina

[Copy link]
Post time 21-8-2023 09:11 AM | Show all posts |Read mode
Ibu juruterbang yang terlibat dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam pada Khamis lalu, melahirkan kesyukuran apabila urusan perjalanan terakhir anaknya dipermudahkan.


Mahanom Ismail, 67, tak menyangka jenazah anaknya iaitu Allahyarham Shahrul Kamal Roslan, 42, dapat disempurnakan lebih awal daripada yang dimaklumkan sebelum ini.



Foto: mStar





"Syukur Alhamdulillah hari ini selesai semua... kita tertunggu-tunggu dari Khamis, jadi hari ini dah selesai, Alhamdulillah," katanya ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Klang Gates, Gombak, pada petang Ahad.


Mahanom sempat berkongsi satu peristiwa yang dialaminya sehari selepas Allahyarham maut dalam nahas berkenaan.


"(Saya) tak bermimpi (mengenai arwah) tapi ada rasa macam dia ada. Malam hari Jumaat, masa tu tengah mengemas, datang angin sepoi-sepoi bahasa. Rujuk dengan ustazah juga... mungkin ada katanya.


"Allahyarham anak yang baik sangat, pertuturan bahasanya baik, suka bagi nasihat.


"InsyaAllah dia ada tempat terbaik. Apabila tengok cuaca hari ni, daripada panas, mendung tiba-tiba turun hujan," ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada mereka yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat anaknya.


  



Allahyarham Shahrul Kamal Roslan selamat dikebumikan kira-kira pukul 2.30 petang Ahad dalam suasana hujan lebat dan disaksikan sekitar 200 ahli keluarga dan kenalan.


Terdahulu, jenazah disolatkan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang sebaik sahaja dituntut ahli keluarga di Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah.


Jenazah kemudian dibawa ke kediamannya sebelum ke Masjid Kampung Klang Gate Baru bagi solat jenazah kali kedua.


Allahyarham Shahrul Kamal adalah salah seorang daripada 10 individu yang maut dalam nahas pesawat terhempas berdekatan kawasan perumahan Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.


Mangsa lain dikenal pasti sebagai juruterbang Heikal Aras Abdul Azim; penumpang iaitu Adun Pelangai Datuk Seri Johari Harun, Kharil Azwan Jamaludin, Shaharul Amir Omar, Mohamad Naim Fawwaz Mohamed Muaidi, Muhammad Taufiq Mohd Zaki dan Idris Abdol Talib @ Ramali.


Seorang pemandu e-hailing dan seorang pekerja penghantaran makanan turut terbunuh apabila pesawat itu terhempas. Mereka dikenal pasti sebagai Sharipuddin Shaari dan Muhamad Hafiz. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 11:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah...angin kus kus dikatanya anak dia

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 02:34 PM | Show all posts
macam2 lah....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz pun mungkin ambik hati je.. tp orang putih la paling percaya benda2 gini. Kalau anak mati bapak mati atok mati, rasa ada angin sepoi2 la, ada butterfly la, burung la hinggap. Dorang anggap tu anak dorang dtg lawat. Once kita dah terpisah alam, no way kita boleh balik ke alam bumi ni. Barzakh tu sendir maksud dia pemisah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 02:44 PM | Show all posts
B40tastePosh replied at 21-8-2023 01:08 PM
Dah...angin kus kus dikatanya anak dia




Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Makcik, alam sana dgn alam dunia dah terpisah makcik, roh tak kembali di dunia. No such thing as roh balik ke rumah tgk family. Ustazah mane ajar makcik benda salah tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2023 02:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut sungguh ustazah tersebut....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:02 PM | Show all posts
redho jelah makcik walaupun sangat sakit dan perit utk terima anak yg pergi dulu dari kita..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 03:06 PM From the mobile phone | Show all posts
iya kan je lah. kasih sayang ibu. sedih bila anak yg pergi dulu.
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga syurga buat anak puan.. Anak yg banyak berbakti kepada ibunya... Ameen
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:13 PM | Show all posts
itu cara dia cuba nk redha.. kita tk payah nk keji org sgt lah
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:27 PM From the mobile phone | Show all posts
bkn ke roh tu berkeliaran je dlm masa 40 hari..nnti baru naik ke langit
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
edayildiz replied at 21-8-2023 04:27 PM
bkn ke roh tu berkeliaran je dlm masa 40 hari..nnti baru naik ke langit

Iya....

Akk pun penah rasa, dua hari lepas mak akk di kebumikan, masa akk masuk bilik nk solat, bau kapur barus semerbak dlm bilik.....akk tau roh mak akk balik tgok ank² dia....kita tsk nmpak dia, tapi dia nmpak kita.....

Masa menaip ni pun, basah mata cik eda oiii....
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:42 PM | Show all posts
Fahamperasaan seorang ibu
perkara paling menyedihkan apabila anak pergi dulu darinya
tambah pergi dalam keadaan yang tragis
tak dapat nak tatap wajah terakhir anak sebelum dikafankan
mungkin perasaan seorang ibu yang terlalu merindui anaknya
sehinggakan tiupan angin dia rasakan seolah itu kehadiran anaknya

ye.. redha dengan ketentuanNya
fitrah manusia biasa ..adakalanya tak kuat
but time will heal..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:44 PM | Show all posts
Alam Roh tu rahsia Allah..
Kita pun tak tau... ustaz2 ustazah tu nak sedapkan hati mak dia aje... kita semua pun tak tau..
Yang penting arwah2 ni untung.. ramai yang solatkan.. kat situ pun ada kelebihan dah.
Mcm arwah pilot ni pulak, mak dia ada lagi.. insyaAllah doa seorang ibu tu takde hijab..
Banyak boleh dapat manfaat.

WAllahua'lam
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by jfq at 21-8-2023 04:46 PM
B40tastePosh replied at 21-8-2023 11:38 AM
Dah...angin kus kus dikatanya anak dia


Tau takpa
Tgh kemas rasa angin sepoi pun tanya ustazah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2023 04:45 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-8-2023 04:40 PM
Iya....

Akk pun penah rasa, dua hari lepas mak akk di kebumikan, masa akk masuk bilik nk solat, b ...

Rindu yang paling menyakitkan ialah rindu pada orang yang telah tiada..I feel you sebab saya pun kehilangan arwah mak dan ayah pada usia mereka 50an..


AL Fatihah untuk arwah mak akak...



Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 04:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah merasai nye dl..ms abah aku meninggal..lps kebumikan petang tu pak2 saudara sibuk memasaK tuk Majlis tahlil mlm tu..tiba2 diam je.. lps tu rs mcm angin gitu lalu..x lama lps tu Pak saudara ade ckp rs seram lain macam...nenek aku ckp dia blk tgk kejap kot..tp mmg lain macam tau rs angin tu..kalo tu la angin2 sepoi2.. Aku duk berimpit adik beradik rs lain mcm btl
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 05:00 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 21-8-2023 04:40 PM
Iya....

Akk pun penah rasa, dua hari lepas mak akk di kebumikan, masa akk masuk bilik nk solat, b ...

sama pengalaman ketika arwah nenek aku baru2 meninggal...
lalu dekat tempat dia biasa solat...kuat gila bau kapur barus.
Malam lepas sehari dia meninggal..kakak n mak aku solat maghrib sama2..
tiba dtg angin menerpa sekali dgn bauan kapur barus..
rasa mcm x logik..tp itula pengalaman kitorang yg xbleh lupa...

Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2023 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by limesherbet at 21-8-2023 05:22 PM

Yg dok rasa2 tu sebenarnya qarin nya..bukan roh si mati. Jin qarin kita masih berkeliaran di dunia lepas kita mati sampai hari kiamat. I pun lepas late father meninggal ada kelibat dalam rumah next day. nampak skali tu je then takde dah. Tu qarin

Yg dok buat tahlil 40 hari 100 hari konon roh balik rumah tu tak betul tu pemahaman christian. In islam, roh si mati tak boleh kembali ke dunia, dah terpisah...sama dgn kita kat dunia ni tak blh pergi alam barzakh mereka tu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 02:22 PM GMT+8 , Processed in 0.065306 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list