CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 7243|Reply: 70

Isteri Pembantu Juruterbang Tanya "You Okay", Mesej Langsung Tak Dibalas Sebab Dah Maut Terhempas

[Copy link]
Post time 18-8-2023 02:10 PM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Isteri kepada pembantu juruterbang pesawat ringan yang terhempas di Elmina, Shah Alam berkongsi tangkap layar mesej di WhatsApp yang tidak berbalas.


Christine Yong menghantar pautan kejadian itu dan bertanyakan keadaan suaminya, Heikal Aras Abdul Azim kira-kira pukul 4.12 petang mengenai kejadian yang berlaku di Elmina.


“You okay? (Awak okay?),” soalnya.


Foto: Kosmo




Bagaimanapun, mesej tersebut tidak dibaca oleh Heikal Aras.


Christine berkongsi sebuah video memaparkan tangkap layar tersebut bersama beberapa keping gambar kenangan mereka sekeluarga.


Di ruang kapsyen, Christine turut berterima kasih atas ucapan takziah dan kata-kata semangat yang diberikan buat dirinya dan keluarga.


“Terima kasih atas kata-kata dan doa yang baik. Tolong hentikan sebarang spekulasi kerana perkara ini memberi kesan kepada keluarga dan anak-anak yang sedang melalui saat sukar.


“Saya akan berkongsi sebarang berita mengenai arwah, buat masa ini mohon semua faham ruang yang kami perlukan terutamanya anak-anak. Dia (Heikal Aras) terbang lebih tinggi sekarang, berehatlah Heikal,” katanya.


Terdahulu, Heikal Aras, 43, yang merupakan pembantu juruterbang disahkan maut bersama seorang lagi juruterbang dan enam penumpang dalam kejadian pesawat terhempas di Elmina semalam. – CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa yang nak dispekulasikan???
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 02:57 PM | Show all posts
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo? takkan tatau kalau dah meninggal di mana kita semua dikumpulkan, ke mana kita akan di bawa dan ditimbang tara?

berehatlah amenda? semua nak buat ayat tragis camtu demi sebuah posting. doakan saja mereka semua di alam sana, bukan berehatlah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:01 PM | Show all posts
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...

dah bini dia previously agak2 kristian kot..nama pun chris

Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:04 PM | Show all posts
oo yg ni yg nampak wife mcm chinese tu..
anak lelaki 2 org ...  
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:07 PM | Show all posts
nuralisa replied at 18-8-2023 07:04 AM
oo yg ni yg nampak wife mcm chinese tu..
anak lelaki 2 org ...

Bukan 4 anak ke. 3 boys 1 girl kan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-8-2023 03:29 PM | Show all posts
vanillaninja replied at 18-8-2023 03:07 PM
Bukan 4 anak ke. 3 boys 1 girl kan.

maksud aku yg nampak kat video2 ...
dua budak lelaki ..yg pompoan x perasan lak... adala kot..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:30 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...

Kenapa pulak tak boleh guna istilah berehat utk org Islam yg telah meninggal?

Ulama' dan para asatizah pun selalu berpesan dunia adalah tempat utk berpenat-penat. Kat dalam kubur @ alam barzakh nnt berehatlah sepuasnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 03:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Isteri org sabah ke...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Baca kat FB katanya single dad
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Amboi netizen pun
Sikit2 nak marah nak kecam waris
Apooooo tak rilek langsung
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 03:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Rasa pilot wives ni tambah² kalau commercial international flights...skrip paling common bila suami mereka fly jauh & tak mesej² lagi are:
"dah selamat sampai?"
"tak touched down lagi?"
"hellew??"
"Delay ke?"
"Too long, i'm worried..is everythg ok?"
"Should i call the office??"
"Will call the office if I dont hear anything from u after X hours"
"U ok?"

Kalau tak double tick lagi, tak sampai lagi la tu. Kalau lama sgt mesej tak masuk² lagi beyond expected time mula lah risau apa² terjadi ke. kalau setakat delay, lambat sampai & finally mesej double tick & husband reply tu syukur sangat lah wives itu. Dah penah lalui, stress banget.
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:02 PM From the mobile phone | Show all posts
bulalof replied at 18-8-2023 02:57 PM
menyampahnya semua nak letak ayat berehatlah. semuanya tiru ucapan kematian kristian. berehatlah apo ...

Aku rasa bkn tiru kristian ke apo..
Ustaz cakap roh orang baik yg boleh jawab soalan munkar nakir akan berehat di taman syurga sehingga hari kiamat. Manakala yg jahat akan diazab.
Semestinya orang akan menganggap dan berharap roh org2 tersayang tergolong dlm golongan yg baik.. sebab itu mereka sebut berehat. Xkan nak bg ucapan -"Syg, selamat menjawab soalan kubur, jawab lah dgn tenang ya jangan kelam kabut"
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:09 PM From the mobile phone | Show all posts
purplelilac replied at 18-8-2023 03:42 PM
Baca kat FB katanya single dad

Oo dah divorce kee.. malas aku baca cerita elmina ni.. buat sedih aje.. buat mood ke lautan atlantik.. yg pergi tuu pergilaa.. aku kesian yg kena tinggal nii..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyempaka replied at 18-8-2023 04:02 PM
Aku rasa bkn tiru kristian ke apo..
Ustaz cakap roh orang baik yg boleh jawab soalan munkar nakir  ...

Kan, takkan nak kata selamat melalui azab kubur(bagi roh² yg diseksa sampai hari kiamat)...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
limesherbet replied at 18-8-2023 03:57 PM
Rasa pilot wives ni tambah² kalau commercial international flights...skrip paling common bila suami ...

oh betul la u isteri pilot dlu kn..ildr aritu i curious..hihi..
ok back to topic..
semoga dipermudahkn segala urusan mereka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-8-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Buritan replied at 18-8-2023 04:09 PM
Oo dah divorce kee.. malas aku baca cerita elmina ni.. buat sedih aje.. buat mood ke lautan atlant ...

i pun bengkak mata..jd mengantuk..ni tgu nk balik jap lg 5.30..nk balik tdo..i xsuka baca bnda sedih sbb lama plak i sedih..adoi..emosi teruk..smlm plak terslh tekan bideo yg rider terbakar tu...first time i tgk  bnda gitu..tu pun kjp je..skeriii
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:29 PM | Show all posts
limesherbet replied at 18-8-2023 04:11 PM
Kan, takkan nak kata selamat melalui azab kubur(bagi roh² yg diseksa sampai hari kiamat)...

aduh terus tergelak aku ni...takkan nak cakap 'good luck', ye dak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 04:32 PM | Show all posts
Cyempaka replied at 18-8-2023 04:02 PM
Aku rasa bkn tiru kristian ke apo..
Ustaz cakap roh orang baik yg boleh jawab soalan munkar nakir  ...

salah ke kalau iols tergelak2 baca perenggan akhir chuols?
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2023 05:03 PM | Show all posts
she replied at 18-8-2023 03:46 PM
Amboi netizen pun
Sikit2 nak marah nak kecam waris
Apooooo tak rilek langsung

Ha'ah, chill je dh lh, wish yg baik2, org tu tngah sedih pun.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Kes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, hakim perintah Nurul Shuhada hadir perbicaraan (UPDATE)
maklukpenggodaKes Hafidz Roshdi pukul bekas isteri, ha
Views : 63873 Replies : 1986
Dakwaan pereka fesyen 'tabur duit' untuk tutup kes buli ke atas pekerjanya
maklukpenggodaDakwaan pereka fesyen 'tabur duit
Views : 1469 Replies : 1
Kroni siapakah?
maklukpenggodaKroni siapakah?
Views : 18506 Replies : 23
Tukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke-5, apa yang sedang berlaku?
maklukpenggodaTukar Setiausaha Kerajaan Negeri kali ke
Views : 25825 Replies : 20
Kehebatan Raja Ema
maklukpenggodaKehebatan Raja Ema
Views : 35552 Replies : 38
Pelakon suara Doremon telah tiada
maklukpenggodaPelakon suara Doremon telah tiada
Views : 32497 Replies : 30
Sila Pilih Jawapan.....
telracsSila Pilih Jawapan.....
Views : 7103 Replies : 19
Tesla buat hal lagi, 4 terbunuh
maklukpenggodaTesla buat hal lagi, 4 terbunuh
Views : 27120 Replies : 16
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 106855 Replies : 6029
Bukan acik forum, Rosyam tetap saman
maklukpenggodaBukan acik forum, Rosyam tetap saman
Views : 13092 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-10-2024 04:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047139 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list