CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1608|Reply: 0

Kuartet 4x400 m negara cipta sensasi

[Copy link]
Post time 6-8-2023 01:36 PM | Show all posts |Read mode

KUARTET lelaki dan wanita negara sahkan tempat ke final 4x400m di Universiade. -FOTO KPT






Kuala Lumpur: Kuartet 4x400 meter (m) lelaki dan wanita negara terus mencipta sensasi di bumi China apabila berjaya mengesahkan kemaraan ke pentas final temasya Sukan Universiti Dunia (Universiade), malam tadi.

Malah, kuartet lelaki dilihat mampu melakukan kejutan dengan memenangi pingat pertama sukan olahraga sejak penyertaan pertama Malaysia di Universiade Kobe, 38 tahun lalu.

Pada aksi yang berlangsung di Stadium Pusat Sukan Shuangliu itu, kuartet lelaki yang dibarisi Abdul Wafiy, Muhammad Firdaus, Ruslem Zikry dan Umar Osman mengakhiri saingan saringan pertama di kedudukan ketiga dengan catatan 3 minit 10.98 saat (s).

Turkiye mengungguli saingan dengan catatan 3:06.43s diikuti Afrika Selatan kedua 3:06.97s.

Catatan masa dilakukan kuartet negara meletakkan mereka di kedudukan ketiga terpantas keseluruhan menjelang aksi final malam ini.

Sementara itu, kuartet wanita yang dibarisi Mandy Goh, Zainah Afifah, Teoh Kim Chyi dan Chelsea Cassiopea turut cemerlang apabila mara ke final selepas menamatkan aksi saringan kedua di tempat ketiga dengan catatan 3:44.56s.

Malaysia berada di belakang Algeria yang pertama melintasi garisan penamat dengan catatan 3:39.18s diikuti China kedua 3:40.08s.

Selain itu, dua atlet negara yang beraksi dalam aksi final malam tadi, gagal untuk memenangi sebarang pingat.

Atlet baling tukul besi wanita, Grace Wong sekadar berpuas hati di kedudukan ke-11 dengan catatan 57.22m manakala Queenie Kung yang beraksi dalam acara lempar cakera menduduki tempoat ke-10 dengan catatan 50.56m.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... egara-cipta-sensasi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-6-2024 06:30 PM GMT+8 , Processed in 0.435140 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list