CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8308|Reply: 87

Dari Terengganu Nak Hantar Ke UIA- Gara-Gara Terlalu Pendiam, Tak Ada Siapa Sedar Adik Tertinggal Di R&R

[Copy link]
Post time 1-8-2023 06:12 PM | Show all posts |Read mode
Bakal pelajar Asasi Seni Bina Arkitek di Universiti Islam Antarabangsa Gambang di Pahang ditinggalkan sendirian di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kijal, Terengganu gara-gara sikapnya yang terlalu pendiam.


Tiada seorang pun ahli keluarga yang menyedari dia keluar dari kereta untuk ke tandas ketika mereka berhenti seketika.


Malah ketiadaannya hanya diketahui selepas dia menghubungi ibu apabila melihat kenderaan yang dinaiki tiada di tempat parkir.


Menerusi video tular itu, kelihatan dua buah kereta berhenti di tepi Lebuhraya Pantai Timur 2 bagi menantikan 'kedatangan' remaja berusia 18 tahun.


Foto: mStar




Abangnya Mohammad Khairul Azmi Ghazali berkata, mereka bergerak dari Kampung Jerong Seberang, di Marang, Terengganu sebelum singgah di hentian berkenaan kerana ingin membuang air kecil.


"Sekitar 20 minit saja berhenti di situ. Semasa semua orang turun, dia masih di dalam kereta.


"Jadi, kami masing-masing ingatkan dia tak mahu turun," ujarnya kepada mStar.


Menurut Khairul, adik bongsu mereka daripada empat beradik bernama Ahmad Syakir Luqman itu merupakan seorang yang kurang bercakap dan lebih gemar bermain telefon.


Disebabkan itulah tiada siapa yang menyedari dia tiada di dalam kereta.


"Lagipun pada ketika itu, dia dengan mak menaiki sebuah kereta yang dipandu abah manakala saya bersama isteri dan nenek dalam sebuah lagi kereta.


"Adik pula duduk di bahagian belakang, jadi memang orang tak perasan dia tiada dalam kereta," kongsi anak muda berusia 28 tahun itu lagi.


Paling kelakar adalah 'kehilangan' dia hanya disedari selepas satu kilometer dari R&R Kijal.


Itupun selepas dia menghubungi ibu dan memaklumkan tertinggal di hentian berkenaan.


"Mak cakap dia rasa pelik sebab adik duduk di belakang tetapi buat panggilan telefon. Apabila mak toleh ke belakang, barulah dia perasan yang adik tak ada.


"Masa tu memang mak panik sangat... wajah bimbang mak kelihatan masa dia keluar dari kereta dan maklumkan adik tertinggal.


"Tapi selepas kami semua gelak, barulah mak pun turut gelak," katanya.


Khairul yang bekerja sebagai mekanik berkata, disebabkan tidak dapat membuat pusingan, dia meminta adiknya mendapatkan pertolongan orang untuk menumpang kenderaan yang mahu meneruskan perjalanan.


"Semasa bercakap dengan adik, dia beritahu ada sebuah kereta Myvi di hentian tu... jadi saya suruh dia pergi minta tolong.


"Tapi adik jenis pemalu dan saya minta dia beri telefon untuk bercakap dengan pemandu tu sendiri. Alhamdulillah, dia sudi hantarkan adik," luahnya.


Selepas berkumpul bersama-sama, adiknya yang mesra disapa Kahar bertanya mengapa tiada siapa yang menyedari kehilangannya.


"Dah famous kau, satu UIA Gambang tu dik. Belum masuk dah terkenal... eh kau tertinggal kat R&R tu.


"Kenapa tinggalkan watak utama dalam cerita ni. Tukar umi dia daftar UIA," ujar beberapa warga maya.


Pemilik kereta Myvi yang menumpangkannya turut meninggalkan komen di video tersebut.


"Owner hadir. Mujurlah adik tu beranikan diri nak minta tumpang saya," katanya ringkas. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Salahkan budak tu pendiam plk?  Yg lain2 ikut menghantar tu dh x sabar sgt nk tengok singa putih kt gambang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Pendiam sebab telepon
Skang ramai dah pendiam sebab telepon ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Unacceptable!
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 06:45 PM From the mobile phone | Show all posts
saja jer tu nk terkenal ngn 'cara camtu'...sedangkan ' orng boleh nampak....pong'...ko ada ke takde....
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ni spesis senyap dia alam realiti tp di alam maya, dialah yg terpaling pandai
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2023 08:05 PM | Show all posts
pendiam dan pemalu tp bila di alam maya hmmmmm
btw tak blh malu2 sangat nnt susah nak dpt awek
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 08:09 PM | Show all posts
kampung hacker kepada mek yah

kalau dapat dekat mek yah ni habis di gomolnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-8-2023 08:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah jadi macam tu, nak bukak mulut mintak tolong pun tak boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 09:47 PM From the mobile phone | Show all posts
kelakar jgk
mg bdk skrg jnis xnk ckp..main hp je..
btw mcm ayah i dlu dia akan pgil nama kitorg..rohana..rohani bkn nama sbnr.. masih ada ke dlm keta ..i ngn my sister mmg xbckp kalau hari yg kitorg dh nk kena balik asrama
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2023 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Jitu replied at 1-8-2023 08:05 PM
pendiam dan pemalu tp bila di alam maya hmmmmm
btw tak blh malu2 sangat nnt susah nak dpt awek

ada ke org sejenis kat alam realiti pemalu..tp kt alam maya no satu memaki org
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku kalau baca cerita2 mcm ni. Meluat pun ada.
Mcm bangang sgt sekor2. Kereta korang ni, panjang mcm train KTM ke? Ke mcm limousine kat Vegas tu? Mcm haram je, tertinggal kat toilet lah, tertinggal kat RnR lah, tertinggal kat station minyak lah. Otak memasing bebal lembap nyanyuk sbb byk mkn bende2 tak berfaedah agaknya. Takkan la sebelum kau start drive, kau tak tgk rear mirror kau? Tak nmpk ke passenger kat blkg hilang? Yihhhhhhhhhh. Bodoh lah cerita2 mcm ni. Tak kelakar ok. Nmpk bangang sgt. Alhamdulillah ni semua bukan family aku. Yihhhh.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 01:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesian ekau dik
Takpelah macik doakan ekau berjaya di dalam bidang yang dipelajari
Anggaplah ini satu kenangan dan cabaran

Hidup kena tenangggg
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 02:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg kena pegi hntar ramai2 ke? Klau iols bini abg dia tu xkuasa aku nk ikut.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:01 AM | Show all posts
anony-mous replied at 2-8-2023 02:33 AM
Mmg kena pegi hntar ramai2 ke? Klau iols bini abg dia tu xkuasa aku nk ikut.

Mmg ada family yg jenis cmni, yg nak d hntr tu sorg je tpi yg temankan yahampun, 2 kreta pun x ckup.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:02 AM | Show all posts
Carcosa replied at 2-8-2023 12:38 AM
Pelik aku kalau baca cerita2 mcm ni. Meluat pun ada.
Mcm bangang sgt sekor2. Kereta korang ni, panja ...

Kan? Mcm crita Hasanah je, xkn org yg dduk sebelah budak ni x sedar lngsung bila budak ni xde dlm kreta.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2023 03:03 AM | Show all posts
edayildiz replied at 1-8-2023 09:47 PM
kelakar jgk
mg bdk skrg jnis xnk ckp..main hp je..
btw mcm ayah i dlu dia akan pgil nama kitorg ...

Budak jnis cmni sbnrnya boleh brckp mcm biasa tpi dia cuma brckp dgn kwn2 yg btul2 rapat dgn dia je.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:04 AM | Show all posts
tahanie replied at 1-8-2023 08:53 PM
Dah jadi macam tu, nak bukak mulut mintak tolong pun tak boleh?

Mungkin nak buat content, zmn skrg bukn boleh prcya sngt apa yg ada kat internet.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:05 AM | Show all posts
Jitu replied at 1-8-2023 08:05 PM
pendiam dan pemalu tp bila di alam maya hmmmmm
btw tak blh malu2 sangat nnt susah nak dpt awek

Uol kot yg malu sngt ni, smpaikn x nak txt kat Telegram lgi lol.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2023 03:05 AM | Show all posts
swimswim replied at 1-8-2023 07:23 PM
Ni spesis senyap dia alam realiti tp di alam maya, dialah yg terpaling pandai

Kdg2 jdi admin utk fanpage artis, kat irl pndiam, kat internet smua mcm2 dia tahu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-3-2025 12:47 AM GMT+8 , Processed in 0.053121 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list