View: 4923|Reply: 25
|
Tak Suka Jaja Cerita Peribadi, Punca Nama Isyariana Sendu
[Copy link]
|
|
Tidak suka berkongsi soal peribadi dalam laman sosial antara punca nama Isyariana Che Azmi sendu dan lambat naik.
Namun, katanya dia tidak kisah kurang dikenali, asalkan kisah peribadinya tidak menjadi bahan jajaan.
Muncul dengan filem terbaharu, Mat Tudung Begins arahan Datuk Fizz Fairuz, Isyariana kurang bersetuju jika ada rakan artis memilih berkongsi masalah peribadi dalam platform media sosial.
Foto: IG
"Bagi saya, soal peribadi atau masalah kerja adalah perkara yang perlu kita simpan untuk diri sendiri, tanpa perlu dihebohkan.
"Saya kurang gemar berkongsi soal peribadi kerana lebih sukakan privasi.
"Jika ada rakan meminta nasihat mengenai kelewatan bayaran lakonan, saya akan beritahu apa perlu dibuat dan ingatkan mereka jangan tularkan perkara itu.
"Saya memang kurang bersetuju dengan tindakan suka kongsikan semua perkara dalam media sosial terutama membabitkan soal peribadi," katanya kepada BH Online.
Isyariana yang sudah hampir sedekad dalam bidang seni bersyukur belum pernah berdepan dengan penerbit yang cuba mengambil kesempatan dengan tidak membayar upahnya.
Pemenang trofi Artis Baharu Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 itu berkata, dia seorang yang sangat tegas apabila membabitkan soal bayaran.
Katanya, dia tidak akan sesekali memberi muka kepada penerbit, sebaliknya akan menagih haknya hingga dapat.
"Alhamdulillah, setakat ini, saya belum pernah berdepan masalah bayaran. Jika ada bayaran lewat, saya atau pengurus akan meminta secara profesional.
"Biasanya sebelum bersetuju dengan sesuatu tawaran, kami akan meneliti terlebih dahulu kontrak sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya terjadinya sesuatu," katanya.
Mengulas adakah pernah berdepan nama ditolak pada saat akhir, Isyariana berkata, ia perkara biasa dalam dunia lakonan dan sudah lali dengan perkara itu.
Katanya, dia menganggap perkara itu sebagai tiada rezeki. Justeru, tidak perlu melatah mengenainya.
Berkongsi mengenai filem Mat Tudung Begins yang bakal menjengah panggung wayang pada 3 Ogos depan, Isyariana berkata, ini kali pertama membawakan watak lebih santai.
"Sebelum ini, saya sering diberikan watak berat yang perlu bermain dengan emosi. Namun, watak kali ini pula lebih ringan.
"Saya terima tawaran ini sebab barisan pelakonnya yang hebat. Saya juga senang bekerja dengan Fizz," katanya.
Selain Isyariana, filem Mat Tudung Begins terbitan Rain Maker Creation Sdn Bhd turut dibintangi Fizz, Achey, Maryam Durian Kimchim, Kazar Saisi dan Fazlina Ahmad Daud.
Mat Tudung Begins adalah karya arahan pertama Fizz. -CARI
Sumber: Berita Harian
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia pun cantik jugak. Tgk cerita dia dgn Ammar ok la berlakon tu. maybe kurang publicity. |
|
|
|
|
|
|
|
lawa n pandai berlakon gak dia ni. suara pon sedap.. sbb tgk dia jadi pelakon jemputan sepahtu dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam certain gambar nampak lawa juga dia ni. Tak pernah pula perasan sebelum ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Sheols lawa & tak kayu. Takpe la tak viral, janji career stabil. |
|
|
|
|
|
|
|
patut la who is yuhhhh... tapi sheols lawa jugak la...
|
|
|
|
|
|
|
|
Terus kan sendu isya,iols suka
tak payah jadi badut macam artist lain |
|
|
|
|
|
|
|
takpalah janji hang berlakon bagus
mana tau lps2 ni meletop |
|
|
|
|
|
|
|
Macam muka anak kawan aiols lak. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni comel..bukan ke penah viral dulu org ckp muka dia mcm FA versi perempuan |
|
|
|
|
|
|
|
Gmbr die jeling ke belakang pegang phone baju putih tu nmpk lawa lak |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Lagubestbest at 28-7-2023 10:05 PM
tgok "Tolong Sempurnakan Cerita Mami" dia dressup cute/ lawa dlm drama tu. I yg lelaki ni tertarik tgok dia dalam citer tu, ala2 1st time tgok Fathia Latif dalam tv drama lawak dulu2 sblm femes n btukar jd tekya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Gmbar first tu lawa..sesuai color & style rambut..igt agnez mo td |
|
|
|
|
|
|
|
dia ni af berapa nth dlu
ada gusip kata she nippon paint bethol ke |
|
|
|
|
|
|
|
Kau cantik lawa tolong jangan cemarkan nama. Lama2 naik dengan sendirinya. |
|
|
|
|
|
|
|
Walaupon nama dia x gah sangat tapi dia selalu je dapat job kan. Astro selalu ambik, RTM pon ada. RTM suka retis2 yg xde issue.. teruskan usaha dik, yg penting masyukkk |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by beatgirlX at 29-7-2023 05:49 PM
Lakonan dia paling buat org tau wujudnya dia bila dia berlakon dlm Isteri Halal...
Dia ninsimple.. Cantik.. Lakonan ok.. Hope terus la dgn less kontroversi |
|
|
|
|
|
|
|
selalu confuse dia ni dgn Shasha Abedul.. muka iras2 |
|
|
|
|
|
|
|
Gambar mula2 tu macam mimi lana versi putih melepak |
|
|
|
|
|
|
| |
|