View: 643|Reply: 3
|
2 Hikers Wanita Maut Akibat Suhu Melampau Panas
[Copy link]
|
|
Dua wanita meninggal dunia di Taman Negeri Valley of Fire, Nevada, ketika berjalan kaki (hike) di taman berkenaan.
Metro UK melaporkan, Nevada kini berada di bawah nasihat haba melampau kerana haba menyelubungi seluruh rantau, membawa suhu harian mencecah tiga digit (Fahrenheit).
 Gambar hiasan
Pegawai dan rakan pejalan kaki menyedari kedua-dua wanita itu pergi untuk mengembara berjalan kaki di taman berkenaan, pada pagi Sabtu.
Tidak jelas jam berapa mangsa memulakan aktiviti itu, tetapi suhu mencecah 37 darjah Celsius menjelang 9 pagi, menurut data Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan.
Rakan mula bimbang selepas dua wanita itu tidak pulang pada sebelah petang kerana suhu di taman itu mula menghampiri 114 darjah Fahrenheit iaitu bersamaan 45.5 darjah Celsius.
Polis Taman Negeri menemui wanita pertama yang rebah di laluan pada 2.48 petang, tanpa bersama rakannya.
Penyiasat kemudian meminta bantuan daripada pasukan mencari dan menyelamat dari Jabatan Polis Metropolitan Las Vegas.
Wanita kedua akhirnya ditemukan di sebuah ngarai, kata pihak berkuasa.
Identiti kedua-dua hiker itu masih belum dikenal pasti dan siasatan terhadap kematian mereka sedang dijalankan.
SUmber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
45.5 darjah Celsius? 36 pun dah tak sangga tau. Kesiannya |
|
|
|
|
|
|
|
perghh mcm mana die tahan weeyh |
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang summer season. Mesti pihak park ade issue advisory notes utk visitors especially hikers. Kene ambil tahu |
|
|
|
|
|
|
| |
|