|
Seorang wanita tidak sempat 'reunion' dengan sahabat sekolah selepas meninggal dunia akibat serangan jantung ketika berwuduk dan bersiap sedia untuk menunaikan solat Zuhur, semalam.
Berita sedih pemergian Siti Sabariah Mohd Apandi, 58, itu dikongsi rakan-rakan arwah di media sosial.
 Harian Metro
Difahamkan, Sabariah sepatutnya hadir bertemu rakan-rakanpada majlis perjumpaan 'Reunion SMA 65' Sekolah Menengah Kebangsaan Munshi Abdullah (SMA), Sabak Bernam di Shah Alam, 5 Ogos ini.
Rakan arwah yang juga usahawan dari Shah Alam, Aliza Kahar, 58, berkata, berita itu amat mengejutkan kerana arwah adalah seorang rakan yang sangat baik dan sentiasa mengingati rakan-rakan walaupun tinggal berjauhan.
Menurutnya, arwah beriya-iya untuk hadir pada program itu dan beliau juga sudah menyelesaikan dua pembayaran dan berjanji akan hadir dengan ditemaninya anak perempuanya selain berjanji akan membawa dua hadiah untuk diberikan kepada rakan.
" emergian arwah memberi kesan yang mendalam kerana walaupun kami tinggal berjauhan namun setiap kali pulang ke kampung saya tidak lupa menziarahinya dan ketika pulang pasti arwah akan membekal kandengan tanaman kampung seperti ubi, sayur dan pisang kerana arwah rajin bercucuk tanam," katanya.
Sementara itu, Surirumah, Rosmah Mustafa, 58, dari Bandar Baru Sentul, berkata, Ahad lalu dia ada menghubungi Sabariah bertanyakan khabar dan beliau berkali-kali menyatakan akan hadir pada majlis itu dan akan membekalkan tapai ubi buatannya yang digemari rakan-rakan kerana beliau pakar menyediakan makanan tradisional itu.
"Sebelum ini arwah juga pernah menghadiri beberapa program reunion yang diadakan, namun sambutan pada kali ini pastinya akan suram tanpa kehadirannya.
"Semoga arwah ditempatkan ditempat yang sebaik-baiknya oleh Allah SWT dan kami semua akan merinduinya kerana Sabariah adalah seorang yang peramah, menghormati rakan-rakandan disenangi semua pihak," katanya.
Jenazah arwah disolatkan di Masjid Ar-Rahmaniah, Sungai Air Tawar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Air Tawar selepas solat Isyak malam tadi.
Sumber: Harian Metro |
|