View: 193|Reply: 0
|
Tambah Baik, Bukan Hapuskan Akta Hasutan
[Copy link]
|
|
Kuala Lumpur: Langkah memansuhkan hukuman jenayah bagi pesalah di bawah Akta Hasutan 1948 dan menggantikannya dengan remedi sivil antara penambahbaikan akta yang menjadi polemik.
Ia sebahagian daripada syor penambahbaikan akta itu untuk mencapai pendekatan seimbang dan berkesan, tanpa keperluan mewujudkan undang-undang baharu, sekali gus berkesan dalam menangani cabaran berkaitan 3R, Raja, agama dan kaum.
Pengamal undang-undang dan Pengerusi Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin, turut mencadangkan skop hasutan terpakai dalam akta itu diberikan takrifan semula supaya hanya terpakai pada ucapan dan tindakan benar-benar menghasut keganasan atau bahaya kepada orang lain.
"Ia bukannya ditafsirkan secara meluas untuk menyekat perbezaan pendapat atau kritikan secara aman terhadap kerajaan atau ucapan dalam kempen politik ditafsir sebelah pihak sebagai mempunyai kecenderungan menghasut, sedangkan hakikatnya berselindung di sebalik kegusaran kehilangan sokongan politik masyarakat.
"Selain itu, menambah baik takrif pengecualian jelas dalam akta untuk melindungi kebebasan bersuara, membenarkan kritikan terhadap kerajaan, pegawai awam dan dasar selagi ia dilakukan tanpa hasutan kepada keganasan atau ancaman berbahaya," katanya.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
| |
|